Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 15 August 2012

KATAK BERHORMAT DAN ANGGUR MASAM, HUHUHU!

ANGGUR MASAM

Malaysia bukan negara pengeluar anggur. Tetapi anggur masam tetap ada. Anggur ini berbuah masam di mana ader orang ameno. Termasuk anggur yang dituai dan dimakan Nasharudin Mat Isa.

Mula-mula Yong taknak komen bila tengok gambor dia dengan piem 1Malaysia. Yong bersangka baik jer. Maklumle di bulan yang mulia ini...walaupun Yong memang dah lamer menyampah kat mamat UG ini. Bagi yang mengikuti blog Yong, tentu dah tahu stand Yong tentang UG dan sumer minah/mamat UG dalam PAS!

Apabila mamat ni membelasah partinyer sendiri melalui TV, Yong anggap ini jerami terakhir! (this is the last straw). Yong tahu kata-kata mamat ini adalah akibat menanam anggur masam! Yalah, dah cari benih dari tangan Hassan akidah. Mana tak masam?

WAJAH TERMAKAN ANGGUR MASAM - ADA NAMPAK SERI? (SUMBER BATUVSKAYU)

Nasharudin jelas tidak puas hati kerana dikalahkan oleh Mat Sabu yang tiada kelayakan akademik macam dia. Mat skima ini "over confident" perwakilan akan memilihnya. Dia tak puas hati pada perwakilan PAS yang menolaknya. Salah siapa? Bukankah salah dirinya sendiri kerana gagal sebagai wakil rakyat di Parlimen? Dia tidak sedar pemilihannya dahulu sebagai orang nombor dua PAS adalah satu ujian, bukan satu "privilege!" 

Yong faham sangat kebanyakan (bukan semua) pemimpin grassroot PAS (misalnya di peringkat kawasan) telah ditarbiyah, memiliki peribadi yang baik dan tidak akan berkata buruk tentang orang atasan mereka. Tetapi apabila memilih pemimpin, mereka tahu menilai dan menterjemahkan penilaian itu melalui undi. Jadi terimalah penilaian grassroot ini Nasharudin! Atau mungkinkah jadi katak berhormat lebih baik dari menghormati rakan dalam PAS?


CARA DSAI MENDEKATI RAKYAT TAK PERLU TV (SUMBER OMAKKAU)

Sebenarnya Yong lebih berminat dengan personaliti mamat sorang ni. Beliau kini sedang bertungkus-lumus untuk menarik pemimpin-pemimpin Sabah supaya keluar dari kepompong BN yang memberi keselamatan palsu (fake security).

Geng UG dalam PAS (jika masih ada) memang golongan yang pengecut! Takut menghadapi wakil rakyat bukan Islam yang ramai. Demer hanya berani di kalangan orang Melayu, tetapi takut berhadapan dengan penganut agama lain!

Yong tinggal di Sabah selama 15 tahun. Bagi Yong native Sabah adalah kelompok insan yang lurus dan baik hati. Keperibadian inilah yang dieksploitasi oleh pemimpin BN! Sebab itu Yong sokong DSAI sepenuhnya dalam usaha beliau untuk memenangi hati rakyat Sabah! 

Mengapa tidak mahu berubah jika perubahan itu akan membawa erti yang lebih baik dalam kehidupan kita?

Apa salahnya kita tarik ramai-ramai orang Sabah ni? Mungkin usaha kita akan membuka hati mereka untuk memeluk Islam.

Apa ertinya orang Melayu Islam yang ramai dalam Parlimen Malaysia kalau perangai demer macam orang ameno?


BUKAN MUHRIM BERSENTUHAN APA HUKUMNYA TOK MUFTI?
JOM UBAH!

6 comments:

  1. Ajer nya ya Yong...
    Teman dulu dalam UMNO berasa hairan macam mana orang boleh pilih pembangkang yang entah apa-apa tu..

    Tapi sekarang teman pulak heran macam mana orang masih menyokong Be End yang bergelumang dengan macam-macam.

    Ater dema taknak berubah gamaknya Yong. Bior lantak negara ni papa kedana habis hasil mahsul dibolot dema...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Yong berkawan dengan orang umno. Yong tak bermusuh dengan demer. Sampai sekarang Yong heran apesal demer tu tak nampak? Yang badan duduk dalam PAS, tapi hati dalam umno lagi mengherankan!

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Tabley la camnie Yong... nanti Geng Rusila marah kat Yong plak... cukuplah Geng Rusila menyampah dan berdendam ngan gua pasai gua serlahkan sikap diorang.... Kalu Yong nak tau... asal UG nih berpunca dari kawasan Terengganu la.... seawal 1990 lagi...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Tahu tak masa Mohd Abdul Wahid Endut bertanding lawan umno untuk kerusi MP pada tahun 2009, ada orang PAS yang dah angkat bendera putih!? Nak bagi Wan Farid (umno) menang. Bendera, poster semua tak ditampal! Muslimat yang datang untuk tolong kempen cerita kat Yong! Muslimat itu kena maki hamun bila pergi tampal poster! Sakit telinga dengor!

      Sebab tu Yong tak kisah demer nak marah ke apa ke...Kita nak ke Putrajaya!

      Delete
    2. DeeDee Yong..

      Pergh...sampai begitue skali yer diorang punya perangai... hahaha... sebijik macam bebudak...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  3. salam

    mmg muke die mcm tgh mkn anggur masam

    KLIK tok guru haram DAP dapat 2 juta

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.