Ini soklan oghang Peghok, kawasan Hilior Peghok. Demer tanya, "Anwarinas ni menatang aper? Jantan ke tine?" (Anwarinas ini binatang apa? Jantan ke betina?). Komer yang bukan orang Perak Hilir jangan tersinggung. Makcik dan pakcik kat situ sebut lelaki = jantan, perempuan = betina. Istilah itu bukan menghina. Tapi sememangnya begitu. Yang muda cer tanya opah komer, kot tak caya. Datuk lelaki demer panggil tok jantan.
Berbalik pada persoalan Anwarinas tadi, Yong rasa amat ajaib ada gerombolan itu di kalangan ahli PAS. Menatang apa tu tak tahu ler. Setahu Yong PAS ni ada 2 kelompok jer. Satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Panggilan ulama dan professional itu geng Hassan jati yang cipta. PAS langsung takde kena mengena dengan terciptanya istilah golongan ulama dan professional. Sekaligos kita boleh membuat deduksi, istilah Anwarinas ini juga ciptaan golongan yang sama dengan dengan Hassan jati @ameno.
AGAKNYA KALAU ARWAH DR BURHANUDDIN MASIH HIDUP, DIA PUN AKAN KENA GELAR ANWARINAS KOT? |
Salah seorang Presiden PAS yang sangat "berwarna-warni" jalan kehidupannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bukan "ulama" seperti tafsiran Hassan jati dan gerombolan ameno. Tetapi beliau juga pemimpin PAS yang berkalibar. Dr Burhanuddin tidak menyertai ameno, walaupun beliau telah bertungkus-lumus memperjuangkan kemerdekaan negara dan menentang penjajahan British. Bukankah kalau beliau menyertai ameno, mungkin telah menjadi menteri? Sebabnya sudah tentu kerana wadah perjuangan ameno itu tidak sama dengan prinsip PAS yang dipegangnya pada tahun 1956!
Jadi apa masalahnya? Adakah kalau menolak UG bermakna telah menjadi Anwarinas? Dr. Burhanuddin Al-Helmy semasa hayatnya juga tidak membentuk UG dengan ameno.
PAS tidak mengasingkan ahlinya berdasarkan apa-apa kriteria yang bersifat diskriminasi. Nokhtah.
PAS tidak mengasingkan ahlinya berdasarkan apa-apa kriteria yang bersifat diskriminasi. Nokhtah.
Golongan Satanis tu pulak siapa erk?
DeeDee Yong...
ReplyDeleteAyoyo... Kadawalei... amma appa...
Jangan Yong.... jangan bertelagah dengan demer... tak pase-pase kene nanti... tak siyor kume nengok Yong kena tibe...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteYong takde le keberanian macam DSAI. Yong pun bukan ahli PKR. Tapi Yong mahu berdiri di landasan kebenaran. Yong tak nampak di mana kebenaran hassan jati@ameno ni. Cer tunjuk kat mana? Twitter pun nak tipu!