Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 10 October 2012

ADAKAH ANAK-ANAK MAHATHIR AKAN JADI PAPA KEDANA JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH?

Jika soalan diatas dipanjangkan kepada Marina Mahathir, tentu dia akan jawab "tidak." Walaupun Yong tidak setuju dengan penampilan Marina dan beberapa pendapatnya, Yong percaya Marina tidak akan jadi papa kedana.

Bagaimana pula dengan Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz?

Jika PR memerintah, pastinya cita-cita Chedet untuk menaikkan anaknya menjadi PM akan terkubur begitu saja. Anaknya, Mukhriz itu bukan hebat pun. Tapi kehebatan bukan soal penting untuk jadi PM. Bukan begitu Chedet? Pak Lah dan Najib pun tak hebat. Tapi dapat juga jadi PM. Aper beza dengan Mukhriz?

Anwar Ibrahim lagi hebat, tapi dia masuk jel. Arwah Ibrahim Libya hebat, tapi sudah dibunuh. Tuan Guru Haji Hadi pun hebat. Tapi dapat jadi MB satu penggal sahaja setelah hampir 100% rakyat Terengganu turun mengundi! Sesuatu yang mustahil, sebenarnya. Lepas itu beliau hanya mampu jadi pembangkang.

BEKAS BANDUAN YANG CHEDET TAKUT

Namun Tuan Guru Nik Aziz dapat synergize kehebatan dan pangkatnya - ulama dan MB Kelantan! Macam-macam kerja jahat Chedet buat, termasuk menafikan hak royalty minyak, terhadap rakyat Kelantan di bawah kepimpinan TGNA. Tetapi semua tidak menjadi. TGNA memang seorang yang hebat!

TUAN GURU YANG CAKAP SERUPA BIKIN

Anehnya, Che det kata ameno suka cantas orang Melayu yang berkebolehan. Maksudnya, ahli ameno sudah tinggal standard Ahmad Maslan sahaja. Yang muda pula standard blogger Jiwa Paradox yang bercelaru jiwanya (Paradox bermaksud absurd, bercelaru, ironis).

Chedet sebenarnya tak suka orang Melayu jadi hebat. Kalau ada yang mimpi tentang sikap "kemelayuan" Chedet, bacalah buku "Malay Dilema" atau Delima Melayu yang ditulisnya. Lepas dia tulis buku itu, dia buat puisi "Melayu mudah lupa!" Sebab itu Yong kata Chedet tidak suka Melayu jadi hebat, lebih-lebih lagi kalau Melayu itu lebih hebat dari anak-anaknya.

Kalau boleh biarlah Melayu terus delima dan mudah lupa!


SIAPA SAHABAT SOROS? (SUMBER N3 TERDAHULU)

Semakin lama Chedet semakin merapu kerana desperado untuk menjaga kepentingan anak-anaknya! Nama Soros timbul lagi, kononnya kemenangan PR adalah demi Soros, walaupun umum mengetahui dialah sahabat Soros sebenarnya.

Apabila Sinar Harian melaporkan tentang perjanjian bekalan api antara MAS dan Petron, rakyat tidak percaya bagaimana ini boleh terjadi kerana Chedet adalah Pengerusi Petronas dan anaknya Mirzan memiliki kepentingan dalam Petron.

Ke manakah perginya slogan "Bersih, Cekap, Amanah" yang dilaungkannya semasa menjadi PM Malaysia?

INI BUKAN NEPOTISM TAHAP GABAN? 

Adakah anak-anak Chedet akan jadi papa kedana jika mereka benar-benar layak dan berkebolehan?

Agakya, berapa banyak hutang kroni Chedet kepada bank?

Jika rakyat Malaysia ingin kembali kepada kehidupan yang benar-benar "Bersih, Cekap dan Amanah" tolak BN dalam PRU13 nanti!

TOLAK BN SELAMANYA!

4 comments:

  1. Sekarang ni di Johor, proses pengubahsuaian daripada stesen minyak Esso ke Petron sedang berlaku. Ada satu stesen Esso di tempat teman tu, tahun depan akan tukar papan iklan dengan jenama baru... Teman takkan isi minyak kat situ, biar lah teman pegi isi jenama lain..jenama yang dekat-dekat nak sama nama pun dah bertahun teman tak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Yong guna Caltex atau BHP. Yong dah uji. Kedua minyak itu sangat economic untuk kereta Yong. Ini takde kena mengena dengan patriotik!

      Sedara Yong guna Toyoya, Wira, Kembara dan 4WD dah uji. Miker boleh uji juga. Lepas uji bagi tahu Yong yang mana lebih economic. Caltex, BHP, Shell atau Petronas?

      Delete
  2. Yong, tman tak sior ngn minyak petron. Tmn belipun (sesekali) nak cuci injin motor kapcai tmn yang brminyak...tu aje layaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Antahberantah

      Yong langsung tak mandang minyak petron!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.