Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 23 October 2012

AES BERNILAI RM862,815.88 SEBIJI SUDAH KOJOL. JOM SELAMATKAN MALAYSIA - TOLAK PISA, TOLAK BN!

YANG KOJOL INI KATANYA BERHARGA RM120,000.00

Tentu komer heran mana datang RM862,815.88 itu sedangkan katanya harga sebiji kamera AES ialah RM120,000.00!

Angka itu Yong kira dari harga yang disebut oleh Zulhazmi Sharif, peguam Kase, yang dipetik Sinar Harian seperti berikut: 

AES: Kos RM717j meragukan 
Oleh: NOOR AZURA SAHRIL 
Tarikh: October 22, 2012 

SERDANG – Kos pelaburan RM717 juta bagi pemasangan 831 buah Sistem Penguatkuasaan automatik (AES) yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini menimbulkan keraguan. 

Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Sharif mendakwa, terdapat perbezaan sebanyak RM400 juta daripada jumlah yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri di Parlimen. 

Menurutnya, kerajaan dicaj melebihi harga pasaran untuk membeli peralatan kamera AES, berbanding dengan jumlah yang diumumkan di Parlimen. 

“Syarikat yang berpangkalan di Jerman, Jenoptik Robot telah menandatangani perjanjian bernilai AS$53 juta (RM160 juta) untuk memasang sistem Ates Sdn Bhd, dan syarikat Redflex Traffic Systems Pt Ltd di Australia, menandatangani kontrak dengan Beta Tegap Sdn Bhd untuk membekalkan 450 kamera pengesan kelajuan bernilai AS$50 juta (RM151 juta). 

“Kenapa ada perbezaan RM400 juta antara jumlah RM717 juta yang dinyatakan jawapan di Parlimen,” katanya, semalam. 

Beliau turut menunjukkan kontrak berasingan sebagai bukti yang ditandatangani firma berkenaan dan wakil pengedar kamera barangan kelengkapan berkenaan hanya bernilai RM300 juta. 

Kenyataan Redflex dari laman webnya:

KONTRAK TERMASUK PELAKSANAAN (TERMASUK KONSULTANSI?) DAN SOFTWARE

BACA SETERUSNYA:

Dari data tersebut, Yong buat pengiraan, seperti berikut:

KOS DITANGGUNG RAKYAT MALAYSIA

Jumlah kos = RM717,000,000 
Jumlah AES = 831 (Tak tahu berapa fixed berapa mobile) 
Jumlah kos pelaksanaan sebiji = RM717,000,000/831 = RM862,815.88 
Harga sebiji AES = RM120,000 
Kos pemasangan, software, konsultansi dan lain-lain = RM862,815.88 – RM120,000 = RM742,815.88 bagi sebiji kamera. 

KOS REFLEX 

Jumlah kos = RM151,000,000 
Jumlah AES = 450 (fixed), 140 (mobile) 
Jika diandaikan kos fixed dan mobile unit itu sama:- 
Jumlah kos pelaksanaan sebiji = RM151,000,000/590 = RM255,932.2 
Jika harga sebiji = RM120,000:- 

Kos pemasangan, software, konsultansi dan lain-lain = RM255,932.2 – RM120,000 = RM135,932.2 bagi sebiji kamera. 

Beza = RM742,815.88 – RM135,932 = RM606,883.68 bagi sebiji kamera. 

Kalau harga sebuah rumah PPRT RM20,000, perbezaan antara kos Redflex dan kos sebenar sahaja sudah boleh buat 30 buah rumah PPRT! (Harga rumah PPRT tentunya berbeza bergantung kepada lokasi, design dan bahan yang digunakan). 

Siapa sebenarnya yang akan membiayai kos ini? 

Jawapannya: Rakyat yang kena saman, termasuk penunggang motorsikal kapcai!

Mat Indon, Bangla, Myanmar etc yang menunggang motor kapcai bukan milik demer takde masalah. Dijamin selamat!

Ini adalah satu pelaburan skim Penswastaan Ikut Suka Aku (PISA) yang hebat! Gerenti untung melambung!

Memasang alat sahaja sudah untung. Belum lagi mendapat RM16.00 bagi setiap saman bernilai RM300.00.

1MALAYSIA BOLEH! JANJI DITEPATI! RAKYAT DIBAHULUKAN, KRONI DIUTAMAKAN! 

Yang dari Jerman Yong tak dapat kira sebab: Ich spreche deutsch nitch.

Laporan Sinar Harian disini

Jangan keliru! Yong sebenarnya menyokong tindakan memantau trafik demi menghindarkan kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun seperti rakyat Malaysia lain yang terpaksa bekerja keras demi sesuap nasi, Yong menuntut ketelusan dari segi pelaksanaan sistem ini!

JOM SELAMATKAN MALAYSIA - TOLAK PENSWASTAAN IKUT SUKA AKU (PISA), TOLAK BN!

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Tahniah dan terima kasih atas pencerahan nih.. whoa... tak tau la pulak gua banyak nih sudah disonglap depan mata... pergh... ini lagi hebat daripada Scorpene... hahaha... depan mata lagi... harga dipapar sana sini pon boleh nak tipu lagi..

    Yang berbahasa Jerman tue... Yong pass la kat gua... rasanyer takder masalah gua nak terjemahkan...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Jerman ini kurang telus berbanding Australia. Demer mengamalkan konsep "protectionism" macam orang Jepun jugak. Jadi tak banyak info berguna dari lama web demer.

      Miker boleh jengok sendiri laman web yang dalam bahasa Omputih kat http://www.jenoptik.com/traffic-solutions.

      Kalau Soi Lek tak suka Islam, dia boleh migrate ke Jerman. Tengok dia boleh buat business kat sana atau tidak.

      Delete
  2. sistem ini baiknya untuk mengawal kemalangan di Malaysia yang antara tertinggi di dunia, xada anak atau saudara sendiri yg mati kemalangan lagi so tak setuju, tpi kna batang hidung sendiri baru nak terhegeh2

    Yang tak baiknya korupsi, angka yang sungguh mencurigakan, serupa waktu beli kapal selam dulu, siapa agaknya yg makan dlm projek AES ni.

    KLIK menyanggah Nazri Aziz, Malaysia sebuah negara sekular

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Merahandbiru

      Sebab itu Yong kata Yong sokong usaha memantau pengguna jalanraya ni. Yong sendiri pernah 2 x kena saman ekor. Entah ia entah tidak, Yong tak pasti. Tapi terpaksa bayor jer.

      Yong pertikai ketelusan jika sistem yang sensitif ini diberi kepada syarikat swasta untuk mengaut keuntungan!

      Ia macam menswastakan institusi kepolisian negara!

      Delete
    2. Satu lagi, pasang AES di kawasan 30km/j apa heinya. Laju lagi keter lembu.

      Delete
  3. Salam kak yong!

    Relaks kak. Jangan la kita langgar tiang kamera AES tu. Tak baik tapi kalu nak langgar baik kita langgar semua AES yg ada..haha!

    Kak, sapa lagi nak 'tolong' tambahkan pendapatan negara kalau bukan kita rakyat yg didahulukan ni? Sapa lagi, kita la mesti didahulukan untuk bayar saman, kompaun & denda bayaran yang disengajakan atau secara tak sengaja tu. Berjuta RM negara akan dapat.

    Orang kampung tak orang kampung, penoreh getah mahu pun pekerja biasa di kilang kalau pasni bawa laju melebih "had laju" yang merapu, yang tak rasional tu, bayar saja la saman tu .. jangan banyak songel. Kerajaan niat dia nak elakkan kemalangan jadi kita kena bawak , 30 km/j saja. Kuang 3x.

    Mata kena terang, papan tanda kata 80km/j elok la kita bawak 79km/j..jangan bantah. Kalu nak bantah jugak, pangkah saja selain BN.. setuju? Haha ... Siap la mat rempit di highway lu langsi lu kena saman la pasni! Smile!

    Rakyat didahulukan, yeah right!

    AES boleh jadi TAK ADIL .. buatnya lampu isyarat 'mengong', rosak.. tak ke naya kita kena saman AES jugak? Kalau polis trafik suruh kita jalan gak, amacam? Mana aci.. Agung, MB, yg ada escort tu, menteri, polis trafik, ambulans pastinya tak kena saman ekor AES walau pun depa laju macam pelesit. Patutnya depa kena saman maksimum bayar pakai duit poket sendiri, baru depa ada akai + kerajaan dapat 'recycle' duit lebih banyak!

    Baru la negara maju...right? Not! haha

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.