Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 9 November 2012

JIRAN MENCURI WIFI

Di zaman moden ini kita tidak boleh memilih siapa harus jadi jiran kita. Mungkin dulu kita ada jiran yang baik. Lepas itu jiran berpindah ke tempat lain. Datang jiran baru. Nampak baik juga. Terpelajar. Maklumlah tinggal di kawasan perumahan kelas pertengahan. Tentu semua terpelajar dan celik IT.

Ooops! di sinilah timbul masalahnya. Melanggan IT di Malaysia mahal. Contohnya Unifi

PAKEJ TERMURAH UNIFI

Pakej termurah Unifi ialah RM149.00 sebulan. Sudah tentu ia membebankan jika dicampur dengan bil handphone dan tenaga litrik. Contohnya:
  • Unifi =     RM149.00 (Pakej termurah)
  • Litrik =    RM300.00 (banyak guna air-cond)
  • HP =       RM200.00 (banyak borak)
  • Jumlah =  RM649.00
Ini tak masuk bil Astro, duit minyak kereta dan barangan pengguna lain. Nak buat camne?

Datang syaitan bertanduk bagi idea. Apa kata nko curi je wifi jiran. Dia bukan rugi apapun. 

Itulah yang berlaku.

Beberapa hari lepas, bodyguard Yong mendapati wifi keme diceroboh. Siapa lagi kalau bukan jiran? Tapi tak tahu jiran mana.

Keme tukar password.

Sekarang bila tidak guna Internet keme off - AirPort.

Bukan Yong kedekut. Tetapi kita tak tahu orang yang menceroboh dan mencuri wifi itu buat apa semasa on-line. Adakah dia mencarut dan memaki orang lain, misalnya Raja? Bukankah keme yang tak tahu apa-apa ni akan dapat susah kalau ia berlaku begitu?

Yong minta sesiapa yang mencuri wifi jiran, sila berhenti sekarang juga. Ini kerana perbuatan ini berdosa. Jangan fikir jiran tidak hilang apa-apa jika komer mencuri wifinya. Jiran akan mendapati sistem internet jadi slow. Ini membuang masa jiran. Membuang masa juga berdosa.

Komer yang nak tahu tentang pencuri wifi, tanya pakcik google jer tentang wifi thief.

11 comments:

  1. Salam Yong,
    Ada lagi cara lain ka nak tau line tenet kita dicuri jiran selain dari slow?? Boleh suggest tak cara terbaik nak elakkannya??

    Iskk... Rasa macam nak pi gaduh ngan jiran ja neh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shalehudin

      Ada. kita tengok melalui IP. Nanti Yong citer dengan detail.

      Nak elak, selalu2 tengok melalui IP dan tukar password. WEP tak berapa secure. WPA2 lebih secure. Itupun masih boleh curi. Maklumle pencuri. Otak dia cume fikir camne nak mencuri jer.

      Delete
    2. salam...
      untuk tau sape yang tgh guna wifi kita... boleh install program NirSoft Wireless Network Watcher...
      lepas tu install jugak "netcut software 2.1.4"... ni kita boleh putuskan internet dgn komputer atau sebarang gajet yg kita x kenal... kedua2nya percuma.. cuba cari di google... semoga membantu... =D

      Delete
    3. From Voltron to Voltrex 9, Affirmative n tq, signing out :D

      Delete
    4. Salam Voltrex,

      Terima kasih. Yong akan download dan test.

      Delete
  2. salam yong...
    tu tak msuk lg pengalak pd pencuri pencuri wifi tuh...alatan mencuri wifi dijual merata heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS

      Benda ni dah jadi masalah global sebenornya. Semua negara kena duduk dan teliti di mana asas problem ini. Tapi kalau kerajaan bagi wifi free untuk rakyat, masalah selesai! Alat curi wifi tak laku.

      Delete
  3. kami sokong wi-fi pemberian wi-fi percuma dibandar dan luar bandar.sekarang ada juga dewan orang ramai dah dilengkapi wifi percuma.Nampaknya kerajaan Umno/BN meniru setiap dasar PR..diaorang tak de idea sendiri lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TBO

      Tiru idea tu macam curi idea gak. Cuma pemilik tak hilang apa2. Tapi curi wifi ni tetap curi sebab pemilik dapati sistemnyer jadi slow.

      Delete
  4. hi yong,dah settel ka curi line tu?saya pun mcm yong juga dha la guna WEP ja,mau ganti WPA2 mahal lagi,satu perumahan duduk dekat luar rumah sya nie nk curi line,sedih sangat slow jadiknya line sya nie...

    ReplyDelete
  5. nak buat cam na x dpt fikir nak tutup wifi syg jg ntah mau jadi mcm mna la pencuri line ni,kin sakit hati ja

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.