Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 7 November 2012

KAMIKAZE HAJI HADI VS. HISSHINO HAJI NAJIB: SIAPA TERKORBAN?

PILOT KAMIKAZE DALAM WWII

Yong sokong 110% Haji Hadi bertanding mencabar Haji Najib di Pekan. Tetapi ramai tidak yakin. Kata mereka, rugi kalau kalah. Ramai menganggap ini adalah politik kamikaze. Entah hidup entah tidak lepas buat kamikaze ni kita tak tau.

Mengapa takut? Mengapa perlekeh keberanian Haji Hadi?

Jika Haji Hadi menang, dia akan mencatatkan sejarah kerana menjadi orang pertama di Malaysia mengalahkan PM digelanggang PM.

Jika kalah, dia juga akan mencatatkan sejarah kerana keberaniannya sebagai seorang Presiden PAS menentang PM Malaysia di gelanggang PM.

Sebenarnya tiada apa-apa yang akan mengaibkan Presiden PAS itu sendiri.

"He has nothing to lose."

Tetapi buat Haji Najib. "He has everything to lose!"

Kerana itu Haji Najib jadi Hisshino (desperate). 

Haji Najib akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan untuk berkempen. ini tidak menghairankan. Selama inipun BN telah melakukannya. Bukan teknik baru.

Apa ada di Pekan?
  1. Kem Warga Kemboja
  2. Kem askar


RUMAH WARGA KEMBOJA DI PEKAN

WARGA KEMBOJA DAPAT KAD PENGENALAN

Gambar tentang warga Kemboja Yong ciluk dari Blog Mazidul di sini.

Bab kem askar pula, masih ingat pengakuan ini?

CONTOH (SUMBER MALAYSIAKINI)

Desperate man uses desperate means. 

Benar. Kem askar di Pekan adalah tabung undi bagi Haji Najib. Tetapi ia mungkin tidak cukup, kerana yang ditentang juga seorang giant. Mungkin ada DUN atau Parlimen lain yang akan dijadikan korban demi menangkan Haji Najib. DUN/Parlimen yang akan dikorbankan tidak akan menerima sumbangan yang cukup dari BN pusat untuk menang.

Mungkinkah yang turun mengundi nanti mencapai 99.99%?

Jadi, Haji Hadi tak boleh tarik diri.

PAS Pusat jangan halang hasrat Haji Hadi bertanding di Pekan.


MUNGKINKAH SIPUT BAMBU JUGA AKAN JADI PENGUNDI? (SIPUT INI BANYAK TERDAPAT DI PERSISIRAN PANTAI TERENGGANU DAN PAHANG)

Jika Haji Hadi kalah tetapi Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mungkin ada YB PAS yang sanggup berkorban dan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Haji Hadi bertanding semula. Tindakan ini membolehkan Haji Hadi duduk di Parlimen. Itupun jika Haji Hadi tidak jadi MB Terengganu. Hahaha.

Cuma Yong harap sangat, harap sangat-sangat. Jangan ada yang kata: Biar PAS kalah asal Islam menang!

Antara Kamikaze Haji Hadi dan Hisshino Haji Najib, siapakah yang akan terkorban?

6 comments:

  1. Presiden PAS lawan Presiden UMNO... wow ini sudah macam game besar bola sepak... semoga kemenangan berpihak kepada yang bertanding secara adil dan tidak menggunakan muslihat.. insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Voltrex

      Sebab tu Yong minta PAS Pusat supaya jangan halang hasrat Presiden PAS hendak bertanding menentang Presiden UMNO!

      Pertandingan PRU kat malaysia ni sejak bila pula ada keadilan?

      Delete
  2. Salam Yong..

    Biar PAS kalah asal Islam menang! tu dgn kata lain, Biar Hj Hadi kalah asalkan Najib menang ke? Najib kalau menang hanya Islam pada nama.... Apa yang Islam dapat??? Hudud lanchau ada laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Baretta

      Yong pernah dengor orang PAS cakap gitu. Tapi Yong perhatikan selama ni, PAS banyak kalah, tapi Islam tak menang pun!

      Sekarang time PAS nak menang ada pulak mamat bangang cakap camtu.

      Delete
  3. Big game? Normally kena ada pengadil yang sangat adil, transperans & tegas. kalau tak, akan ada elemen bias, berpihak, berat sebelah + penalti yang kontroversi. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz,

      Kat Malaysia pertandingan PRU ini hanya diadili Allah jer.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.