Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 1 November 2012

PEKAN LACHAU DAN ANUGERAH RM30 JUTA KEPADA SOI LEK SETELAH MENGHINA ISLAM (VIDEO ORI SEBAGAI BUKTI)

Sebenarnya video Najib menyebut Hulu Lachau tidak pernah hilang dari youtube!

Yong tak nak tergesa-gesa komen tentang isu perkataan yang disebut Najib semasa merasmikan Perhimpunan MCA, selepas Soi Lek berucap berapi-api menghina Islam.

Yong tak mahu buat fitnah.

Yong sukar mempercayai ada umat Islam yang sanggup memaki undang-undang agamanya sendiri. Kalau ada orang Islam yang melakukan perbuatan itu, Yong percaya ulama-ulama akan bersetuju jika Yong katakan orang itu patut taubat dan mengucap dua kalimah syahadat semula.

Jadi, Yong tak fikir Najib akan buat begitu kerana dia tahu ucapannya akan dirakam dan diterbtkan di youtube. Ucapan dahulu tentang sebutan "haramjadah" itu sudah cukup memakan dirinya sendiri.

Ini pandangan Yong.

Disebabkan story ini timbul semula, Yong rasa perlu menulis mengenainya. Tetapi Yong melihatnya dari perspektif yang berbeza.


LACHAU IALAH SEBUAH PEKAN PELANCONGAN

Kenapa dalam banyak-banyak pekan di Sarawak, dia nak sebut Hulu Lachau?

Sebutan itu telah membuat audiennya tertawa.

Siapakah yang menyediakan text ucapannya? Adakah perkataan Hulu Lachau wujud dalam text ucapannya? Kalau ada catatan begitu, Najib kena pecat penulis text ucapan itu!

Respons ketawa audien terhadap sebutan nama pekan itu memberi gambaran seolah-olah Najib mempermainkan orang Sarawak yang telah memberi nama kepada tempat berkenaan.

Yong sediakan video penuh itu di sini. Fast-forward ke minit 32:51 komer akan dengar sebutan itu dalam konteks ucapan.





Dalam video ini Najib memberi ganjaran RM30 juta kepada Soi Lek di atas "jasa"nya menghina Islam. Lihat minit 42:40 hingga minit 43.00.

Adakah penduduk pekan yang namanya pelik-pelik di negara kita, akan berasa gembira jika pemimpin menjadikannya bahan jenaka? 

8 comments:

  1. Sket lagi nak bunyi 'lanchau'.
    Dah namanya begitu, kita terima aja. Yg kurang bagusnya apabila ia dijenakakan secara yg tidak wajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lee

      Apapun, Najib tidak patut menjadikan nama pekan itu bahan jenaka persis mencarut. Kalau budak2 cakap kita boleh cubit dia. Kalau orang dewasa cakap kita nak buat macam mana?

      Yong memang pantang orang mencarut2. Sebab tu Yong tak buat link dengan blog mencarut. Yong pun tak publish kalau komen tu mencarut atau terlampau, sebab kat rumah Yong takde orang mencarut, menghina atau buat lawak kotor.

      Delete
  2. A'kum Yong

    Dah memang namanya gitu kot? Jadi bila ada dalam teks maka PM sebutlah.

    Tapi setahu saya orang-orang politik ni bila bercakap bukannya ikut teks sangat walau disediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob Mountdweller

      Memang namanya gitu. Tapi tak wajar dijadikan lawak. Pekan itu penduduknya majoriti kaum cina. Orang Iban duduk di pinggir bandar.

      Betul orang politik tak ikut teks bila berucap. Tapi kena ada wisdom bila berucap.

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Hahaha.... kat China pon ader satu daerah... bandar bernama Lanzhau (disebut Lanchow oleh sesetengah orang yang pelat)... Aper pon... tak baik ooo menghina nama tempat... even menghina nama binatang pon tak elok....

    Tapi.... kalu terpaksa guna peribahasa "biawak hidup" .... itu citer lain... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Bila miker sebut "biawak hidup" ni teringat Yong pada peribahasa "Bagi bunga pada beruk." Inilah sebenarnya yang berlaku di Malaysia sekarang.

      Pemimpin langsung tidak menghargai kepercayaan yang diberi oleh rakyat.

      Delete
  4. Assalam Yong...
    Mohon laluan untuk berkongsi maklumat...tp out of topic la sikit dr entri yong tp sedikit sebanyak ada kena mengena dengan video yg yong masukkan...

    Kuliah mlm td,ustaz ada memberikan sepotong ayat dari surah yang ke 4,iaitu SurahAn Nisa,ayat 140...saya petik maksud berdasarkan terjemahan yang saya rujuk

    'Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al quran),iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik),maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan perkara yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekelian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam'

    Sebagai orang islam,saya terhiris hati apabila dengan biadapnya presiden mca mempersenda,mempermain dan merendahkan hukum islam yang jelas dinyatakan dalam al quran.tiada sesiapa yang boleh mempertikai hatta orang kafir sekalipun...lebih menghiris hati,ada pemimpin islam yang boleh duduk di dalam majlis tersebut dan kemudiannya menjanjikan habuan jutaan ringgit......

    Terasa seperti islam itu dipijak oleh kaum kafir dihadapan orang islam lalu kaum kafir itu diberi ganjaran oleh orang islam tersebut seolah-olah berterima kasih kerana memijak-mijak hukum islam....ini baru betul2 l****u..... (maaf yong....ter emosi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bard

      Kalau kewajipan Islam yang mudah (tak perlu perah otak dan tenaga) seperti menjadi ketua keluarga yang Islamic seperti memastikan isteri dan anak menutup aurat pun engkar, apa lagi yang lain?

      Balasan Allah datang dalam bentuk yang kita tidak sangka sama sekali!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.