Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 8 December 2012

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DIBANJIRI ORANG LUAR KEDAH: PENCACAI

Tak patut betul PR buat perangai macam orang ameno nih - angkut orang dari luar untuk membanjiri Stadium Darul Aman demi menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat. Memang tak patut. Kahkahkah!

OOPS! INI BAS YANG ANGKUT ORANG LUAR UNTUK PROGRAM PM (SUMBER)

Laa... mana gambaq kenderaan yang mengangkut orang dari luar Kedah? Jangan riso. Demer letak bukti! Ada bas. Ada kereta. Semua nombor plet luaq Kedah. 

HAA...!INI BARU KENDERAAN BAWA ORANG LUAQ KEDAH YANG PENCACAI JELES TU!

Ayoyo! Ini macam Yong tak boleh balik negeri Perak sebab nombor plet kereta Yong mula dengan W. Abang dan kakak ipar pun tak boleh pergi ceramah sebab plet kereta demer juga mula dengan W. Sebenornya kemer beli kereta kat WP second hand. Harganya jauh lebih murah dan banyak pilihan berbanding dengan kat Perok.

Dengornya program Rumah Terbuka PM 1Malaysia di Permatang Pauh, yang hadir 30,000! Huh ramei betui! Demer sediakan 60 buah bas weh! Jangan komer tak tahu. Sumer free! Komer yang dah miss baca citer pergi link kat caption gambor pertama di atas.

Kat HKR pula dengor citernya seramai 50,000 hadir. Demer berbondong-bondong datang. Jalan kaki, naik motor, naik kereta, van dan bas! Sumer kuor duit sendiri, weh!

INI LE DI ATARA GAMBOR YANG BUAT PENCACAI JELES BEBENOR TU!

Cer komer buat kiraan simple mathematic, untuk buat anggaran bilangan bas diperlukan. Anggaran ini mengambilkira majoriti datang dengan kenderaan sendiri.

Kalau yang hadir 30,000, bas diperlukan 60 buah.
Jika yang hadir 50,000, bas ada berapa buah?
Jawabnya = 100 buah bas. 

Ada tak komer nampak 100 buah bas kat situ?

Ok. Mungkin 100 banyak bebenor. 50?

Kalau takde, jangan cakap meraban, macam orang mabuk todi. Pinangan udah kena tolak. Komer dah jadi sasau ke?

Pencacai menghina orang Kedah! Ingat orang Kedah tak mampu beli kereta kat WP, Selangor dan negeri lain ke? 

Ingat oghang Kedah macam katok bawoh tempughong, seghoper komer ke?

JOM TOLAK AMENO DAN KONCU-KONCU DEMER!

5 comments:

  1. Assalamualaikum Yong,
    Lantok dek deme meroyan, jom balik makan deghoyan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Halimaton

      Selamat makan doghoyan dan berhimpun! semoga rezeki bertambah!

      Delete
  2. No plet WP,PERAK,PAHANG,JOHOR apa ke AES saman tetap saman...wah ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dAn

      Sebut AES, memang sakit hati. Jom tumbangkan BN yang tahu hisap darah rakyat!

      Delete
  3. Bila bebudak UMNGOK pi Kedah selamba jer orang-orang Kedah sound kat depa... Awat, hangpa ingat kami orang Kedah bodo politik ker? Pi balik...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.