Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 8 January 2013

BERAPA HARGA PENGELAP LANTAI ROSMAH?

Blogger PR memang tak patut. Ader ke Rosmah susah payah pakai but kuning, sarung tangan kuning dan unifom baru untuk tolong bersihkan rumah kena banjir komer kata lakonan?

Penat tau. Bukan tak penat kerja mencuci. Tak sama dengan kerja melaram kat dinner party.

ROSMAH DAN SUAMI DENGAN TOKEH-TOKEH. SIAPA DUDUK KAT KIRI TU?

Kena buat persiapan rapi supaya nampak real. Kalau tidak pokcik dan mokcik ingat ini sumer lakonan! Tengok sendirilah apa jadi dalam set persediaan sebelum berlakon mencuci.


READY!: MULA-MULA PAKAI SARUNG TANGAN JANGAN CALAR BLINK-BLINK!

Konon terkejut pokcik dan mokcik dengan kedatangan Rosmah. Seorang pokcik berkata:


Berbaloi pakai sarung tangan kuning, rupanya. Bukan hanya ia melindungi tangan, pokcik dan mokcik tak perasan blink-blink di sebalik sarung tangan itu! Blink-blink bergantung kat leher pokcik tak pulok komen. 

Orang kampung jangan nak mengada-ngada. Komer tak payah nak pakai sarung tangan atau but. Beli dengan harga gomen mahal tau. Kuikuikui!

CAMERA!: SIAP BUAT GAYA TERBAIK!

ACTION!: INI BARU LAKONAN!

Bagi Yong, tak payah le pompuan buat kerojer berat ni. Ada bomba nak buat kerojer, bior le demer buat. Kita toksah menyibuk! Pompuan yang kerojer bomba nak buat, gasak demer le. Itu pilihan demer.

Tukang ambik gambor ni pun satu hal. Kalau nak ambik gambor untuk buat kempen, ambik le dengan scene dan pos yang betui. Ini macam lakonan jer! Kan dah orang gelak?!

Yong takkan "terharu" dengan lakonan ini. 

Lagi satu. Yong minta, bila PR memerintah nanti, jangan ada menteri-menteri turun makan besar dengan tokeh-tokeh!

Kalau syarikat nak meraikan kejayaannya, bagi makan kat anak yatim dan orang miskin jer!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

8 comments:

  1. melayu memang mudah di banggang kan !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Oncu

      Ameno memang suka jika Melayu terus bangang

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Ala Yong... Yong jangan dengki la kat RM... dier nak praktis .. mana tau boleh berlakon samer dalam rancangan Phua Chu Kang (PCK) ... hahaha...

    Oh yer lupa gak... kalo Yong nak tau... Kalu PR menang nanti... yang paling awal makan besar dengan tokey-tokey tue aderlah dari puak hijau... hahahaha...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yelah tu...

      Agak2 Ader tak bomba atau pandu puteri tandakan pengelap lantai yang dipegang Rosmah tu? Mana tau satu hari nanti boleh lelong:

      "Ini lap lantai milik Rosmah" Hahaha

      C++

      Bab geng hijau tu Yong no komen. Bila jadi baru Yong komen. Yong dah tulis kat sini. Jangan!

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Relaks aaa... gua sajer-jer kasi panas isu geng hijau... hahaha... Geng Hijau tue Geng Lynas kan... hahahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  3. Awat tak panggil Shah Rukh Khan datang sekali berlakun. Barulah best. Dia dan Bik Mama boleh pegang sekali paip bomba tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam armal

      Good idea. Tunggu banjir kat Putrajaya pulak. Banjir ayor mata kalah PRU13!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.