Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 20 January 2013

LISTEN 3X: OSTAD KAZIM TERSUNGKUR DI MANJOI SEBELUM SEMPAT BERTARUNG!

Manjoi ni tempat Yong menolak kereta masa kena banjir. Itu kenangan manis Yong dengan adik-beradik. Hihihi!

Bila dengor cerita pencacai ostad Kazim akan bertanding tiket dacing senget di DUN Manjoi, tentunya penyokong-penyokongnya amat gembira.

Ostad Kazim ni kononnya ramai peminat.

Yong pernah pergi ke rumah penyokong PAS dan dia tengah dengor ceramah ostad Kazim di youtube. Yong tanya kenapa nak dengar? Dia jawab, "Aku tak kisah ustaz tu PAS atau UMNO. Aku tengok ilmunya sahaja."

YA AMPOOON!!

Penyokong PAS ini macam tak faham!
Kalau seseorang Islam itu tinggi ilmu agamanya, dia tidak akan bersekongkol dengan ameno!
Yong maksudkan tinggi di sini bukan PHD ye!

Mungkin ada yang dah pasang angan-angan untuk menjadi political secretary ostad Kazim.

Tapi baca berita yang menggemparkan ini dulu:

JENG! JENG! JENG!

Dalam senarai ameno, ostad Kazim bukan calon utama untuk DUN Manjoi.
Senarai ini dah bocor.
Ostad Kazim calon nombor 3 untuk DUN Manjoi.
Nombor 1 dan 2 orang baru.
Bukan YB Dato' Nazri.
YB Dato' Nazri terlalu baik untuk ameno jahat itu.

Maknanya harapan ostad Kazim untuk jadi ADUN Manjoi amat tipis.
Harapan pengikut setianya untuk jadi setiusaha politik juga amat tipis.
Kecuali calon nombor 1 dan 2 tetiba ghaib!

Mengapa jatuh nombor tiga?

Sebab dia selalu pakai serban.
Chedet tak suka orang pakai serban.
Chedet selalu hina orang pakai serban.

CHEDET PERLEKEH ULAMA (MALAYSIAKINI)

Nak jadi ulama ameno boleh.
Tapi kena pakai songkok tinggi macam Fathul Bari.
Tak taulah sama ada Ustaz Kazim sayang serban?
Atau sayang kerjaya dalam ameno?

Kesian! Ostad Kazim tak sempat bertanding di DUN Manjoi. Pemegang keris karat yang susah payah mencantas Dato' Nazri takkan dengan mudah melepaskan Manjoi untuk ostad Kazim yang belum diketahui di mana arah kesetiaannya!

KAH! KAH! KAH!

TAK KIRA OSTAD AMENO MANA NAK BERTANDING DI DUN MANJOI, KITA TETAP TOLAK!

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

14 comments:

  1. A'kum Yong

    Kesian ustaz yang suka memalot nih...
    He..heee.... memang tak layak pun. Setahu saya Manjoi pengaruh PAS kuat. Manjoi adalah kampung halaman isteri saya dan saya memang biasa di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Oh, iyeke? Yong lalu lalang kawasan itu bila nak pergi Jusco. Yong bukan orang Manjoi tapi biasa dengan tempat itu.

      Delete
  2. awok idok gemorkan manjoi. keras. menyakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Bunyi macam orang merajukje!

      Delete
  3. DeeDee Yong...

    Gua kalu pegi rumah sedara mara kat Manjoi... walaupon banyak kali pegi... mesti sesat larat punya... Skrang nih... kalu gua GPS (Gua Pun Sesat) ... samer jer efeknyer... sesat gak... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Jalan kat Manjoi tu berbelit2. Gitule Kampung Melayu. Dulu demer suka buat rumah ikut adik-beradik. Sekarang dah jadi skima jer.

      Takpe le.

      Delete
  4. Waima najib datang sawan dia dengan memakai serban pun aku tak ingin meletakkan diri aku dalam parti sakai tu

    ReplyDelete
  5. Manjoi tu ramai suku sakat teman..tok sedara,pak sedara,mak sedara..kalau sebut nak tentu korang kenal..hi..hi..malas nak sebut sebab deme geng belah sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Telok Bakang

      Ater, tak boleh bisik2 kat anok demer ke?

      Manjoi tu ada ameno totok. Ada peh (PAS). Equally strong.

      Delete
  6. Yong tc

    Dengor dr ceramahnyer, dia x minat nk jd yb. Smg ustaz kazim tu terusla dgn pusat pendidikan al barakah tu. Ramai org nak dengor ilmunyer aje. Kalo jd politikus, seantero dunia x gemo dah dgn mutiara ilmu yg dia cakap. Hanchoq! X bleh pakai! Serupa mcm ostat2glemer yg dh jd yb umnow sblm ni... Happa pun tak dapat. Lambat laun, kalah juge.... Tapi... Kalo jd yb pas.. Ha.... Cerah mase dpn. Campok ke darat jd taman, campok ke laut, jd pulau..... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong TC

      Eloknya toksah le Ostad Kazim tu nak bertanding jadi politik. Selama ni pun dia tak nampak giat dalam politik.

      Komer tengok je ostad2 yang berpolitik ameno sekarang. Ramei yang luruih bendoi kena kelentong jer...

      Delete
  7. Teman dah lama kenai Manjoi ni, dari sebuah romah abang sedara teman kerani pejabat agama Perak yang dipacaknye ditanah tapak lombong secara haram.Nak kesana menyeberang sunga titi batang nyor aja. kata abang sedara teman "Kadri pacak aja buat pondok kecik aja kemudian pange orang pejabat tanah suruh sukat upah sukatnye $50. aja" masa itu nak cari $50. pedeh bijik mata baru dapat. Taklah teman dapat buat.

    Sekarang dah boleh sesat di Manjoi, barulah banyak orang berebut-rebut nak jadi wakil rakyat. Rasa menyesal pulak teman !!!!!

    ReplyDelete
  8. Apa kutuk2 manjoi ni..xtahu apa2 pasak he manjoi, jgn nk kutuk ye...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.