Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 23 January 2013

DI MANA NASHARUDDIN MAT ISA MASA BACHOK BANJIR?


Adakah Yong melampau kalau bertanya, di mana YB Nasharuddin Mat Isa pada hujung tahun 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012 ketika Bachok dilanda banjir?

Boleh dikatakan setiap tahun Bachok banjir. Lalu, ia sudah menjadi bencana alam yang berulang (repetitive natural disasters). Nasharuddin Mat Isa sebagai MP Bachok harus tahu tentang fenomina ini. Banjir berlaku di sekitar bulan November setiap tahun. Ketika itu musim tengkujuh melanda Pantai Timur. MP Bachok patut sudah ada dalam diarinya untuk ini.

Tetapi di mana dia?

YB Tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah banjir? Tidak mengapa tidak tahu. Melawat mangsa boleh dianggap sebagai menunjukkan simpati.

Yong terbitkan semula sebuah petikan N3 yang ditulis dalam Blog Greenboc:


Betulkah apa yang didakwa? Komer boleh baca N3 itu sepenuhnya di sini.

Nasharuddin ada masa untuk berjalan dengan PM keluar negara kerana dia menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds?

Harus diingat Pengerusi Lembaga Pengarah Amanah Yayasan itu ialah Mukhriz Mahathir. Majlis perasmiannya diadakan gilang-gemilang di hotel 5 bintang, Marriot Putrajaya. 

Nasharuddin Mat Isa dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds pada tahun 2012. Tetapi "rare presence" tubuhnya di Bachok telah berlaku beberapa tahun sebelum itu.


Dalam bulan Oktober 2012, Nasharuddin Mat Isa "berdakwah" di pentas UMNO di PWTC. Dalam bulan November 2012 Bachok dilanda banjir yang teruk.

Dalam bulan itu juga muktamar Pas diadakan di Kota Bharu.

Di mana Nasharuddin Mat Isa ketika itu?

Apa yang dia "dakwahkan" di PWTC? Tengok sendiri Video Nasharuddin Mat Isa di PWTC yang di upload di Youtube pada 9 Oktober 2012.




Tiada hotel 5 bintang di Bachok? Tiada tempat hebat seperti PWTC untuk berdakwah di Bachok? Pengundi Bachok "are not worthy of your concern?" 

Tolonglah! Jangan berpura-pura lagi.

TOLAK UG DENGAN SYAITAN YANG DIKENALI.

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

10 comments:

  1. terperinci kajian miker.
    itu yg teman susah nak tiru miker.

    ReplyDelete
  2. umno akan bunuh dia secara senyap2.....padan dgn muka pengkhianat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maie

      Kita tengok jer nasib ulama yang masuk ameno, sudahle.

      Delete
  3. Hebat!

    Yong memang best.
    Sebab tu saya hari2 visit blog ini.

    Tahap proefessionalism yang tinggi.
    A very comprehensive report.

    ok ok ok... kita tak boleh puji lebih2...

    Saya rasa PAS pun nak tunggu habis PRU13. Lepas tu out lah mamat ni.

    Harap2 HD pun out samalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jayton

      Terima kasih kerana menyokong Yong.

      Yong tak dapat turun padang untuk kempen rumah ke rumah. Ini saja sumbangan Yong kepada perjuangan PAS dan PR.

      Delete
  4. Salam Libang Libu

    Alhamdulillah. Kebelulan Yong dah dulu makan garam dari miker. See beyond the fruits and roots besides the leaves, trunks and branches.

    ReplyDelete
  5. DeeDee Yong...

    Sebenornyer semalam gua ader tulis satu artikel pasai Nasharuddin Mat Isa nih... tapi gua letak dalam draft jer... Biler baca DeeDee Yong punya artikel... nampak gayanyer tak perlu la gua publish artikel gua tue... DeeDee Yong dah tibai dulu.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Takpe, boleh kuarkan. Kita sama2 tibai Mamat nih!

      Pada tahun 2011 Yong hampir terperangkap akibat banjir di Terengganu ketika membuat kajian. Alhamdulillah sempat balik dengan memandu merempuh air dalam hujan lebat sepanjang malam.

      Yong pun pernah menolak kereta kerana kena banjir di Manjoi. Jadi, Yong amat
      memahami kesukaran orang yang terperangkap banjir.

      Yong sedih bila pemimpin tak nampak muka masa rakyat kesusahan.

      Delete
  6. Simpan si mamat ni dulu jgn terus buang..lepas PRU13 kita titik2 dia dan campak ke lubang ***** kalau buang sekarang ..nanti jadi bola tanggung umngok.

    ReplyDelete
  7. salam all ! naah not that salam 1Malaysia..hehe

    Listen 11x here semua...saya bermimpi Ust. Na$ha tu telah syahid di Gaza... beliau telah gugur syahid mati ditembak demi kalimah "perpaduan Islam" ..haha... stop! mimpi ngeri kalu betui berlaku. Too good too be true..Sah sah dia jenis alim (ulamak) plastik!

    Whereas, kat tempat dia - Bachok, all other places in Malaysia ni - he supposedly berkhidmat, berbakti, menyatukan umat & to die for, dia leave it for granted ! BS la Ust. sekor ni ! End of!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.