Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 7 February 2013

MELAYU DAN MAMAK TANJUNG MENGIGAU PANJANG

Tak tahu entah dah berapa lama UMNO Pulau Pinang yang ahlinya lebih ramai Mamak dari Melayu itu mengigau. Sejak Tanah Melayu merdeka sampai ke laa. Depa mengigau nak Ketua Menteri Melayu! Tapi parti Gerakan yang dok peluk kerusi yang banyak rezeki itu sejak 1969 tak mahu lepas.


Pada tahun 2004, BN menang bergaya. Itupun ameno tak dapat Ketua Menteri Melayu, walaupun macam-macam janji dibuat time kempen. Pucuk pimpinan BN mungkir janji. Bila nak PRU12 tahun 2008 depa janji lagi. Sebab konfiden menang. Tapi tup-tup tahun itu depa kalah teruk di Pulau Pinang!

Habih semua angan-angan - bertukar menjadi igauan!

La ni semua parti Cina dalam BN di Pulau Pinang dapat kosong pada PRU12. Walaupun parti Melayu ameno masih bernafas di Pulau Pinang, tapi semua sudah terlambat. Tanah Pulau Pinang sudah tergadai! Segala kebobrokan yang tersembunyi telah terbarai di seluruh Malaysia.

Kini parti Cina yang semput itu diinjek oleh pucuk pimpinan yang sering janji nak jaga kepentingan Melayu, dengan semangat Cina akan jadi KM jika menang PRU13. Yong bukan fitnah. Ini TPM 1Malaysia yang cakap. Parti Melayu melopong lagi. 

Ameno serba tak kena.

Kalau kata Melayu akan jadi KM, ameno dan penyokong akan suka. Tapi penyokong MCA dan Gerakan tentu menyampah.

Jadi, nak buat macam mana? Korbankan saja igauan Melayu dan Mamak Tanjung.

Kesian Melayu Pulau Pinang. Asyik kena kelentong dek Mamak!!

Sapa bakal KM pilihan ameno nih? Hangpa cari sendiri gambar apek tu dalam Internet. Yong tak sior (tak hingin) bagi publisiti.

Tapi Yong tahu sesangat, angan-angan apek tu nak jadi KM Pulau Pinang tidak akan kesampaian!

Pemimpin dan pengikut PAS baik fikir dengan waras. Mahu PAS kalah dan parti pelakon prono menang? Atau mahu PAS menang dengan tidak menyokong ameno? 

MUDAH SAJA MENOLAK BUDAYA LUCAH

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

4 comments:

  1. A'kum Yong

    Perlu diingat di dalam PAS juga ramai juga Pemimpin yang berotak kontot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdeweller

      Berdoale mudah-mudahan Allah buka pintu hati demer.

      Delete
  2. Ade juga penyokong yang koghang codek...maloh bodo sombong...bangang tak boleh dihajo....tengin tak boleh disughuh.....politik bukan susoh sangat...niat keghana Allah...pasti Allah bagi jalan mudoh. Tinggei yang munko buat yang amei maaruf. Pas mesti bekuase...bekuase takat mana yang mampu...itupun ateh hasei usahe...kalu labun je lebih...koje malehhh..usoh le labun lebih2....TAKBIR....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PakNgahYobKider

      Ater, yang maleh kerojer tu saper? cer kabor!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.