Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 17 March 2013

DENGAN BANGGANYA ADIK KIRAM TELEFON ABANGNYA GUNA SIM CARD SABAH

WIRELESS CANGGIH

Macam tak percaya. Tapi itule berita yang demer kata. Tidak pula kita diberitahu dia guna prepaid atau postpaid. Tak tahu dia guna Celcom, Maxis, U-Mobile atau Digi atau Dugong atau apa.

BOLEH TELEFON DARI LADANG KELAPA SAWIT?

Katanya tentera dah guna jammer. Maknanya takde sapa boleh guna handphone lagi. Tapi adik Kiram ni boleh pulak berhubung dengan abangnya di Filipina. Pelik kan?

Kita rakyat 1Malaysia baru saja dikejutkan dengan kisah kerajaan yang dikuasai BN guna "spyware" untuk menyepai rakyat sendiri. Tapi, bab pengganas pula, kerajaan tak dapat kawal aliran komunikasi dari Kiram junior di Sabah ke Kiram senior di Filipina. Cer terangkan apa maknanya ni?

Tiap kali Yong balik ke kampung, Yong dapati sukar untuk berhubung keluar atau berinternet guna broadband kerana kampung Yong ada banyak pokok kelapa sawit. Bila tanya telco, katanya pokok-pokok yang banyak daun itu mengganggu network!

Tapi kat perkampungan (ladang kelapa sawitt???) Lahad Datu, mudah je Kiram ini berhubung antara satu sama lain. Huh?

Kalau dah guna cellphone, tentu kena charge bateri. Hmmm...guna solar charger ke? Bil line cellphone saper bayor pulak?

Dalam satu drama Taiwan, Yong pernah tengok, ada watak hero jatuh gaung, handphonenya takde line! Kisah pencerobohan Lahad Datu ni pula buat pengarah drama penin! 

Siapa lagi yang rakyat harus percaya ni?

HANYA ADA SATU CARA UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA

TOLAK UMNO, TOLAK BN

13 comments:

  1. yang ko percaya cakap kiram tu pasal apa....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yan

      Ader Yong kata Yong percaya?

      Delete
    2. baik dari pihak Malaysia ataupun dari pihak Bahalul Kiram..., jelas masing2 sedang gunakan psychology war untuk melemahkan semangat juang anggota pihak lawan. tapi Bahalul Kiram kelihatan lebih banyak menipu dengan kenyataan yg agak bangang. so jgnlah kita pikirkan sangat2 perkara ni..biarlah mereka lakukan tugas mereka..kadang2 kita perlu memberi kenyataan yg tidak betul utk memerangkap lawan.. contohnya dengan menyebarkan berita yg adik Bahalul Kiram sudah lepas ke Filipina..mana tau dia masih terkepung..sekadar contoh...

      Delete
  2. A'kum Yong

    Nampaknya kita dah jadi susah nak percayakan sesiapa!
    Makna musuh kita ada di kalangan kita.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Kalau betul si Kiram ni dapat berhubung, maknanya demer ader sistem wireless yang canggih - untraceable macam stealth.

      Mungkinker demer dapat technology ini dari tentera Amerika?

      Delete
    2. atau....jeng..jeng..depa guna james bond punya....

      Delete
  3. aku tak paham, apa yg nak digambarkan pasal security kita dlm media???????
    report media feb : kiram and the gang masuk sabah
    report media mac : kiram and the gang lari balik filipina
    takkan sesuka hati keluar masuk mcm tu je? time msk mungkin la tak sedar, tp dah kena kepung pun boleh lepas???
    komen lebih2 nanti dituduh menghasur plak

    ReplyDelete
  4. Memang dari awal saya mereka dibantu Manila atau Amerika dan tak mustahil ....?

    ReplyDelete
  5. Salam Azmie dan Mountdweller

    Moga-moga pihak pasukan keselamatan dapat kesan di mana kedudukan Kiram dan gerombolan ini.

    Tangkap sekali dengan orang tempatan yang mungkin bersekongkol dengan penceroboh ni.

    Sama-samlah kita doakan semoga pasukan keselamatan kita sentiasa dilindungi Allah, walaupun berdepan dengan merbahaya adalah tanggungjawab demer.

    ReplyDelete
  6. Menteri bodoh..
    Menteri expired..

    ReplyDelete
  7. Dugong?
    kah kah kah!!!
    Miker ni ada juga urat melawaknya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Hehehe, kan demer konon mahir sihir. Mana tahu boleh guna dugong. Kan kat laut sana ada banyak dugong.

      Tak tahu pulok kot ada ikan duyung.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.