Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 21 March 2013

KETUA EKSEKUTIF NEGARA YANG BERANI - DIA PASTI BANGKIT

Konflik Tamil Eelam (LTTE) dengan kerajaan Sri Lanka telah berlaku sejak tahun 1970an. Tetapi kerajaan Sri Lanka tetap mengadakan pilihanraya. Ini kerana kerajaan Sri Lanka berpendapat gerombolan Tamil Eelam bukan pihak yang berhak untuk menentukan masa depan rakyat. LTTE berjaya dibanteras dan kedaulatan Sri Lanka dipertahankan.

Konflik Ireland Utara pula berakar sejak kurun ke-17, apabila Britain menakluki sebahagian Pulau itu, khususnya di sebelah utara. Pertelingkahan antara golongan Protestan dan Katolik itu berlarutan selama 3 abad. Sinn Fein akhirnya berdamai dalam tahun 2000. Kerajaan British tidak menjadi kucar-kacir kerana masalah Ireland Utara. Kerajaan bertukar tangan, antara parti konsevatif dan Buruh. 

Konflik Kurdish-Turki adalah konflik bersenjata antara Republik Turki dan pelbagai kumpulan pemberontak Kurdish. Mereka menuntut perpisahan dari Turki untuk mewujudkan Kurdistan bebas atau mempunyai autonomi dan politik serta budaya sebagai hak untuk golongan Kurd di dalam Republik Turki. Kumpulan pemberontak utama, Parti Pekerja Kurdistan atau PKK (Kurdish: Partiya KarkerĂȘn Kurdistan) dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Turki, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan NATO. 

Sejak PKK diasaskan pada November 27, 1978, konflik ini berterusan sehingga kini. Sebahagian ekonomi Turki bergantung kepada industri pelancongan. Konflik dengan Kurdish menjejaskan sedikit industri ini. Namun, pemerintahannya tetap berubah. 

Banyak lagi negara yang sentiasa bergolak. Peranchis, misalnya bertelagah dengan Mali. Korea Selatan bertelagah dengan Korea Utara. Lubnan juga bergolak. Di selatan Thailand masih wujud konflik dengan golongan pemisah seperti golongan Islam Patani. Filipina pula perlu menangani golongan pemisah MNLF. Indonesia berdepan dengan golongan pemisah Aceh. Malahan rakyat Palestin yang masih berperang dengan Israel juga berpeluang memilih pemimpin …yang mereka percaya boleh membawa keamanan… 

Ini tidak termasuk pergolakan yang berlaku di Latin Amerika yang mengamalkan system berpresiden yang lebih autokratik. Bolivia dan Columbia, misalnya sentiasa berdepan dengan ketua-ketua mafia dadah yang ganas! 

Begitulah keadaannya di seluruh dunia. 

Semua negara-negara di atas memiliki ketua eksekutif (perdana menteri atau presiden) yang berani. Walaupun menghadapi masalah dalaman dan antarabangsa, parlimen/dewan perwakilan tetap dibubarkan untuk pilihanraya. Ini kerana apa yang penting ialah kerajaan mendapat mandat baru untuk memerintah. Tidak kira kerajaan yang sedia ada menang atau kalah, kerana yang diutamakan ialah hak rakyat untuk menentukan jalan hidup mereka sendiri (self determination). 

Parti-parti politik, kumpulan pendesak dan aktivis tidak bersetuju dengan pemerintah adalah asam garam sistem demokrasi. Tanpa mereka demokrasi jadi hambar!

Sebelum inipun berdekad Malaysia menghadapi konflik perang gerila yang didalangi oleh kominis. Tetapi, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman tetap membubarkabn Parlimen demi mengadakan pilihanraya. 

Sekarang, Perdana Menteri Malaysia yang menumpang mandat Perdana Menteri terdahulu tidak berani membubarkan parlimen. Ironis sungguh! 

Tiada siapa yang mahu krisis yang bermula di Lahad Datu, yang dilakukan oleh segolongan kecil kaum Suluk. Krisis ini ibarat onak yang tertusuk ketika kita menjalani pengembaraan dalam hutan politik. Kita akan dapat menanganinya. Lukanya akan sembuh.

Syaratnya...Kita perlu pemimpin yang berani!

Berilah kepercayaan untuk membenteras pengganas itu kepada angkatan keselamatan kita.

Dalam dunia Malaysia-demokrasi pula, kalau benar bagus, kalau benar-benar kuat, kalau benar-benar rakyat love PM, bubarlah Parlimen. Biar rakyat Menentukan siapa yang harus menjadi PM Malaysia ketujuh.

Kita ada banyak kerja lagi di hadapan. 

DEMI KEDAULATAN NEGARA!

Agaknya apa yang bomoh UMNO nampak ketika melihat di dalam mangkok air jampi?


Sebab itukah takut hendak membubarkan Parlimen?

JOM UBAH
MEMILIH KERAJAAN ADALAH HAK RAKYAT
TOLAK UMNO
TOLAK BN

6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Bukan Najib Razak tabrani... tapi... puan RM yang menghalang... hahaha... Lagipon kalu ikut undang-undang... boleh enjoy jadi PM selagi mana YDP Agong tak arahkan SPR buat PRU..... hahaha...

    Takder limit masa.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salm C++

      Aperler miker belit-belit ni. Kalau sebab RM halang, tak berani ler tu!

      Delete
  2. Salaam kak yong,

    Saja nk tanya kak yong. kak yong percaya pd demokrasi? Apakah harapan Islam dlm sebuah negara demokrasi? atau adakah Islam boleh menang dengan demokrasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kismis Merah

      Dalam Islam ada demokrasi. Dalam demokrasi tak semestinya ada Islam. Contohnya di negara Scandinavia (Sweden, Norway dan Denmark). Demer hampir mirip demokrasi tulin (Hampir yerk!). Polis Islam pun dibenarkan menutup aurat. Tapi pada masa yang sama wujud gerombolan yang menghina Islam dan dibiarkan saja. itu sala satu kekuatan dan kelemahan demokrasi.

      Yong percaya kepada negara Islam. Tetapi kalau kita harus mengikut proses demokrasi untuk membentuk negara Islam itu, maka Yong setuju mengikutinya. Kerana itu Yong duduk di dalam jemaah (PAS).

      Ini pandangan Yong yang tak sekolah agama.

      Delete
    2. sy pong.. x ngaji agama juga. tadika dulu ada la skolah agama.

      smakin sy berusia smakin banyak sy mmbaca. dlm banyak bacaan sy banyk info yg sy dpt mengenai apa juga ideology dan fahaman yg ujud pd masa ini adalah ciptaan yahudi. kisah brmula sejak sblm kedangan Nabi Sulaiman, slps kewafatan Nabi Sulaiman, ujudnya the knight templar, free mason, illuminati, hinggalah kini ujud ideologi komunis, kapitalism, imperialism, sosialis, demokrasi dn pelbagai lg. semuanya adalah faham ciptaan dri yahudi yg menganuti agama menyembah syaitan. mungkin kita pernah dengar ttg perancangan 1000 tahun yahudi. kesemua ideology td adalah diantara prancangan tersbut.

      Wahabi, Syiah, qadiyani, muktazillah dn yg sama waktu dgnnya adalah juga ciptaan2 yahudi. tanpa mereka sedar ia hanya mmbenarkan sabda nabi yg Dajjal itu akan keluar di tengah2 umat Islam.

      Tujuan utama rancgan 1000 tahun yahudi adalah utk menguasai dunia dgn menjadikan bukan yahudi yg digelar mereka sbg "Akum" mnjd hamba. lihat hiraki dlm faham demokrasi. Mereka menolak keujudan agama selain penyemabahn syaitan. mereka memusuhi setiap agama terutamanya Islam.

      Mereka memecah belah umat manusia dgn faham faham yg mereka ciptakan. Berkecamuk dunia hri ini adalah kerana tangan2 mereka (tanpa menolak kuasa Allah yg mengizinkan ia berlaku). Kurun ini adalah kurun terakhir dlm perancangan mereka, dn mereka hampir berjaya. namun Islam makin berkembang. sistem Khalifah akan kembali.

      klu kita lihat dlm sistem demokrasi salah satu bab yg popular adlh dlm memilih pemimpin. sistem demokrasi mmbenarkan si bodoh si tolol dan si gila memilih pemimpin selain si cerdik dan si pandai. dah menjadi sunnatullah, dlm tiap negara org pandai adalah minoriti. majorinya adalah org yg x berapa nk pandai. jd maknanya pemimpin akan dipilih oleh semua org yg layak memilih x kira samada dia pandai bodoh tolol atau gila.

      berbeza dgn sistem Khalifah. pemimpin dipilih dri kalangan org soleh oleh org2 soleh.

      namun sy sedikit setuju ngan kak yong berkenaan PAS yg memilih tahaluf siasi dlm siasah mereka, mungkin sementara menunggu Khalifah akhir zaman dizahirkan tuhan, menyokong perjuangan menegakkan Islam adalah wajib. cuma tidak mengharap akan kemenangan andai demokrasi yahudi menjadi pegangan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.