Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 20 March 2013

VIDEO KERAJAANG PERPADUANG HANCUR BERKECAI

Apa yang diharapkan oleh UMNO yang mencanangkan agenda kerajaang perpaduang hancur berkecai!

Orang yang turut mencanangkan idea kerajaang perpaduan versi UMNO Us Fathul Bari dijangka tidak akan mendapat laluan mudah di Arau. Ini kerana penentangnya, konfim Dr Haron Din.

Perkara ini disebut sendiri oleh Dr Haron Din dalam video ini. Yong doakan mudah-mudahan Dr Haron Din sentiasa sihat untuk turut sama berjuang menentang kezaliman.

Us Fathul Bari adalah calon yang UMNO harap dapat menghakis sokongan terhadap Dr Haron Din di Arau. Bab ini Yong dah komen dulu di sini.

Adakah Yong memfitnah?

Komer tengok sendiri video ini.




UMNO lupa, penyokong Dr Harun Din bukan orang tua sahaja. Jadi, meletakkan orang muda tidak semestinya memberi advantage kepada UMNO. Walaupun orang muda ini telah mendapat liputan dari media perdana. Baca di sini.

Saki baki kerajaang perpaduang yang masih bersarang dalam PAS, lupakan saja idea itu. Jangan sampai nak lantik Ku Li sebagai PM hanya kerana benci pada Anwar Ibrahim. Jangan sampai melangkahi tiga Tuan Guru PAS (Nik Aziz, Haji Hadi dan Dr Harun Din) kerana cita-cita peribadi nak jadi menteri sebuah kerajaan yang dikuasai UMNO.

UMNO amat takut pada Pakatan Rakyat, sehingga baju warna hijau dan biru muda pun UMNO takut. Baca luahan hati di sini.

Biarlah Hassan Ali meroyan bersama syaitan yang dikenali dalam logo serupa syaitannya.

JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN

1 comment:

  1. ya allah berilah kemenangan pada pejuang pejuang islam dimalaysia khasnya dan seluroh dunia amnya.amin.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.