Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 19 April 2013

AWAS! RAHSIA KEINGINAN BN UNTUK MENANG MAJORITI 2/3 DI PARLIMEN TERLETAK DI PUTRAJAYA?

INSAN YANG BN GERUN

Ketika lepak di Putrajaya, Yong bertembung dengan seorang ajk UMNO peringkat bahagian. Dia bekas pegawai kanan kerajaan, berpangkat Dato'. Dia masih menyambung tugasnya secara kontrak.

Ketika melihat bendera UMNO yang terpacak, dia berkata penyokong UMNO Putrajaya pemalas. Kat mana pemalasnya tu? Katanya tak sanggup pacak bendera BN tinggi! Semuanya rendah dan menunjukkan dacing yang senget!

DACING SENGET!

"Kalau begini macam mana nak dapat 2/3?" katanya.

Yong buat bodoh dan bertanya, "Kenapa mesti 2/3?"

"Mesti menang 2/3. Kalau tak dapat 2/3, macam mana nak bangunkan Putrajaya?"

Huh? Dato' ni rasanya tak mabuk. Tapi kenapa dia mengarut perlu menang majority 2/3 jika mahu bangunkan Putrajaya?

WARGA PUTRAJAYA YANG INGIN BERUBAH

"Tak menang 2/3 pun, boleh buat pembangunan Putrajaya." Balas Yong.

"Tak boleh. Diaorang boleh membantah. Sebab tu kena menang 2/3."

"Ada undang-undang yang tak membenarkan kalau tiada kelulusan Parlimen 2/3 ke?" Tanya Yong memancing kepastian.

"Tentule ada," Jawabnya, "Ingat tak? Pilihanraya 2008, BN tak dapat majoriti 2/3. Pembangunan terus terencat. Nak buat projek apapun, Pakatan asyik bangkang sahaja."

Apa yang tersirat?

********************

Semua orang tahu sudah tentu BN ingin menang 2/3.

Tapi apa kaitannya menang 2/3 dengan pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya?

Apakah ada lagi keinginan BN terhadap tanah negeri Selangor atas nama pembangunan Putrajaya?

Apakah ada lagi agenda tentang Putrajaya yang melibatkan bilion ringgit wang pembayar cukai yang rakyat tidak diberitahu?

Apa lagi agenda perembatan dana awam atas nama pembangunan yang memerlukan majoriti 2/3?

Tanah mana lagi yang akan dicincang selain Kampung Bharu, yang terletak di Wilayah Persekutuan?

********************

Perkara 89. Tanah Simpanan Melayu. 

(1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu, iaitu suatu Enakmen— 

(a) yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Dewan Undangan dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan pengundi; dan 

(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi. 

(8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan Perkara ini terpakai bagi sesuatu Negeri, kecuali bahawa Fasal (1) dalam pemakaiannya bagi Wilayah- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hendaklah diubahsuaikan supaya dibaca bahawa mana-mana tanah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Akta Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen. 

Kalau BN menang 2/3, maknanya hanya satu sahaja:

Tanah simpanan Melayu akan habis! 

Lihat sendiri besar mana Putrajaya itu.

Putrajaya terselit dalam Sepang. Putrajaya dan Sepang dikuasai BN. Selangor dikuasai PR. Nampak emas berkilau tapi di dalam genggaman orang.

W.P. PUTRAJAYA TAK CUKUP BESAR UNTUK DIBANGUNKAN?

TANAH SIMPANAN MELAYU MENGIKUT NEGERI (SUMBER)

Fikir-fikirlah orang Melayu!

Sudah berapa kali terantuk?

Sila ke https://www.facebook.com/P125Putrajaya

JOM UBAH
SELAMATKAN TANAH SIMPANAN MELAYU
TOLAK UMNO
TOLAK BN


8 comments:

  1. Kalau dah keturunan penyamun tu, ikut mana pun dia nak menyamun.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kadri

      Maaf lambat respon. Yong pergi ke Dengkil.

      Ya, selamatkan Malaysia. Selamatkan tanah simpanan Melayu. UMNO kalah Melayu selamat

      Delete
  2. Jom selamatkan Malaysia,jangan bagi undi pada penyamun-penyamun negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ijoks2009

      Cukuplah tu kita jangan diperbodohkan lagi!

      Delete
  3. Yong.
    Kenapakah cerdik pandai Melayu masih tak cerdik dan tak bercambah perkembangan minda mereka.Pelajaran dah sampai universiti.Jawatan tak usah nak cakap,professor,ketua,pengarah dan pelbagai lagi.Tahap pemikiran nil.Hebat sipenoreh getoh dikampung teman lagi.Pande bepikiou.Pelik bebenor memikiounya Yong.Kadang kadang sakit hati dan semok pikiran mengenangnya.Sebab itu akhir zaman ni banyak penyakit .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazi

      Bab kenapa cerdik pandai Melayu jadi begini Yong tak dapat yang cari puncanya. Tapi menurut satu sumber, sistem turnover BN amat menakutkan!

      Biorle demer nak tenggelam.

      Delete
  4. Salam

    Jangan overconfidence ... silap haribulan Negeri Kelantan tergadai ... tapi dapat PusatJaya.

    Hampir 3000 orang kelate gedebe turun ke Pusatjaya nak sokong Musang ...

    Elok la tu Gangster VS Gedebe

    Siapan nak pertahan kelantan ? semua dah lari ke luar negeri. Yang tinggal mamat manjoi perak Hatta Ramli...

    fikir fikirkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Manusia hanya pandai merancang. Allah perancang sebenar yang menentukan.

      Tak baik panggil orang dengan nama yang buruk. Ini menunjukkan peribadi kamu yang buruk juga.

      Walaupun katak, Yong tetap panggil dia dengan nama yang mak-bapak dia bagi.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.