Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 20 April 2013

KETENTUAN ALLAH MUNCUL SECARA PENUH MISTERI

Inilah berita paling hot sekarang. Ia lebih hot dari berita Haji Ghani Othman bertanding kerusi Parlimen menentang Lim Kit Siang di Gelang Patah! 

YANG PAHIT ITU BIASANYA UBAT

Sama ada tindakan ROS menyusahkan DAP ini atas arahan pucuk pimpinan BN atau tidak, kita tidak akan tahu. Tapi, kesudahannya tidak seperti yang diharapkan oleh BN! Kini Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan menggunakan logo PAS. Tindakan ROS telah menyebabkan hubungan setiakawan di dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh.

Walaupun Lim Kit Siang bimbang, potensi peluangnya menang mungkin merosot dari 50-50 kepada 40-60, kita harus melihatnya secara positif.


Penyokong PAS dan Melayu atas pagar yang mulanya tidak pasti sama ada akan turun mengundi, membuat undi rosak atau mengundi BN (atas dasar calon Melayu) mungkin akan mengundi Lim Kit Siang kerana penggunaan logo PAS.

Fenomina ini akan berlaku di seluruh negara, bukan hanya di Gelang Patah; lebih-lebih lagi di kawasan DAP lawan MCA, DAP lawan Gerakan dan DAP lawan PPP.

Syaratnya, jentera DAP hendaklah menjelaskan kepada penyokongna kenapa perkara ini terjadi. Sementara itu jentara PAS dan PKR boleh mengambil kesempatan ini untuk membuktikan bahawa kesepakatan dalam Pakatan Rakyat itu kukuh merentasi sempadan agama dan kaum.

Tindakan ROS akan menjadi senjata yang memakan tuan!

Selamat Berjuang para reformis!

MANUSIA HANYA BOLEH MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN.

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

JOM UBAH
TOLAK POLITIK KOTOR
TOLAK UMNO
TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.