Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 24 April 2013

BEREBUT KERUSI PUNYA PASAL


TAKUT JADI KUDA YANG GELAK GULING-GULING MACAM NI?

Kali ini Yong buat metafora jer. Taknak cakap banyak

Dia kata, dia taknak bagi kerusi itu pada orang yang didengarnya jual pil kuda. Tak dikaborkan siapa dan di mana? Berita dari cakap-cakap orang sebenarnya tak reliable!

Dia juga kata taknak bagi kerusi itu pada orang yang ada gambor Karl Mark, Lenin dan Stalin. Tak dikaborkan pulak besor mana gambor Karl Mark, Lenin dan Stalin itu.

AGAK-AGAK GAMBOR KARL MARK ITU ADER BESOR INI?

Bahaya kalau memandu terlalu laju di jalan berliku. Takut kalau ader brake failure.

Kalau memandu kat highway yang berserabut pula, mana boleh kita bergantung pada anak menantu untuk tunjuk jalan, kecualilah dia jelas dengan tanda jalan, simpang dan sebagainya yang berkaitan dengan navigation.

SILAP MASUK LORONG - HABIH LER

Orang tua berebut kerusi. Memang memalukan! Mungkin kita dapat kerusi yang dah hancur! Kalau nak baikipun, mungkin ada bahagian yang terpaksa diganti terus! Kena cari orang yang ada personal mastery dalam bab baik-pulih.

MACAM NI BOLEH BAIKI LAGI? 

Silap-silap, kita asyik berebut kerusi, orang curi kerusi kita yang elok. 5 tahun lagi baru boleh dapat balik. Itupun kalau boleh. Kan baru padan muka.

MUSUH GELAK JER

TV pencacai dok asyik spin bab ini. Kesian pak long, mak ngah, kak chik, abang ji dan lain-lain akar umbi yang bergerak dari rumah ke rumah, yang bawa bendera...Jenuh demer kena sindir dan perli.

TUKAR PENASIHAT ATAU JADI NELAYAN

Dari episod ini kita hanya boleh buat 1 kesimpulan. Sah kem Haji Hadi memang penuh dengan ejen musuh yang GIAT bekerja memberi maklumat salah, mengelirukan atau sebahagian sahaja benar. 

TOLAK KERAJAAN PERPADUANG
TOLAK UMNO
TOLAK BN



6 comments:

  1. Salam...

    Demer tu, kak yong, puak PAS "pro UG" Teganu tengah giat melobi, nampak sgt tamak halobe nak byk kerusi DUN Teganu. Demer ingat nak tawan negeri ler tu, ada can ker? Rakus sampai tak mau pakat sama PKR elok-2, buat kecoh 1 Mess-ia, kita kena gelak dek UMno-BN aje ler.

    Isu kecik 6 kerusi bertindih ajer..agree to disagree, diam-2 sudah la. Issh 3x !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Tak pandai politik satu hal. Ego satu hal lagi. Sakit ati betui tengok perangai demer yang bodoh alang ni.

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Demer suke main kerusi beracun kot... hahaha.. pasai tue la berebut kerusi... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Masa bebudak dulu tak dapat main kot...kihkihkih

      Delete
  3. Jangan cakap kalau kita tak tahu hujung pangkal nya..nanti nampak kebodohan kita di sebabkan tak usul periksa...Org Trgaanu aje yg tahu apa yg terjadi..tidak ada kaitan giler kuasa atau UG...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Zaharudin

      Berfikirlah di luar kotak. Musuh jangan disangka kawan. Suhabat jangan dianggap musuh.

      Kalau kita kata org Terengganu aje tahu aoa terjadi di Terengganu, janganle orang Terengganu memandai di Perak dan Damansara. Sebab orang Perak saja tahu apa terjadi di Perak. Dan orang Damansara saja tahu apa terjadi di Damansara.

      Yong tahu siapa yang cari KuLi

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.