Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 21 April 2013

CEMAS, NGERI, PELUH SEJUK DAN MENGGELETAR KEPALA LUTUT!

Macam-macam dah buat,
Semuanya tak jadi kulat;
Pakatan Rakyat tetap kuat,
Barisan Nasional yang jadi gawat!

Macam-macam projek dirangka,
Semuanya untuk penyedap telinga cuma;
Sebab yang untung hanya kroni belaka,
Harga barang naik jalan turun tak jumpa.

Macam-macam dah dijanji,
Semuanya rakyat tak percaya lagi.
Eh, beg siapa pulak ni?
Beg standby nak lari.


Macam-macam agensi dikerah buat kajian,
Semuanya menghasilkan satu kepastian;
Barisan Nasional sudah keciciran,
Pakatan Rakyat jauh di hadapan.

Macam-macam fitnah, tohmah, maki-hamun dan tindakan keji,
Semuanya langsung tak menjadi daki;
Kerajaan Perpaduan dan 1Malaysia rakyat tahu apa yang tersembunyi;
Di penghujung hayat baru teringat mencari rakan sejati? 

Macam-macam slogan telah direkacipta,
Semuanya retorik sudah jadi bahan jenaka;
Wasatiyyah, infaq, jihad, maqasid syariah entah apa-apa,
Pemimpin mewah, rakyat makan nasi dan kicap sahaja.

Macam-macam umpan sudah disediakan,
Semuanya rakyat sudah tak makan;
Rakyat mahu memilih pemimpin masa depan,
Bukan untuk pemimpin berbelanja sakan.

Macam-macam cara diguna untuk merubah persepsi,
Semuanya sudah tak menjadi;
BN dijangka menang cuma 80 kerusi,
Sah, kita akan tukar Perdana Menteri!

Macam-macam dosa silam menghantu dalam fikiran,
Semuanya menjadi mimpi ngeri yang tak karuan;
Adakah rakyat yang dizalimi akan ada rasa belas kasihan?
Allah Maha Esa, dariNya kita mencari hukum dan ketentuan.

********************

BERITA YANG MENCEMASKAN BN DARI SUMBER DALAMAN

Kawasan putih BN tinggal 80 kerusi sahaja!
Kawasan putih tinggal 80 kerusi sahaja!
Kawasan putih tinggal 80 kerusi sahaja!
SELAMAT TINGGAL BN



7 comments:

  1. bior bebenor yong.
    anak mahafiraun dlm kawasan mana?

    ReplyDelete
  2. Salam Libang Libu

    Ini inside info dari unit demer yang bocor.

    Kalu miker maksudkan Mukhriz, dia di tempat hitam. Hehehe. Mustahil PM 1Malaysia tak tahu. Kesian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DeeDee Yong...

      Pagi nih gua dapat tau cuma 91 kerusi parlimen jer BN rasa selamat.... lain hancuss... Pasir Mas khabarnya sayonara.....

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    2. Salam C++

      91 kerusi Parlimen tu dah masuk yang 50-50 (kelabu). Cuma 80 kerusi sahaja mengikut risikan spy Yong.

      Delete
  3. Takde apa lagi yang dapat dibuat untuk menghalang kemaraan rakyat.. Cuma satu saja cara yang boleh - cara menipu.. Harap-harap pihak berkenaan ambil serius perkara ni..

    Ada satu macai kata kerajaan BN tetap akan menang.. kerajaan mana mahu kalah, katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Memang semua pihak nak menang. Cuma cara nak menang itu berbeza.

      Kalau sudah terlalu lama memerintah, beginilah jadinya. Tersangat angkuh.

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Ader yang belum memerintah pon tapi angkuh camana aaa... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.