Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 20 April 2013

PKR SYOK SENDIRI DI SUNGAI MANIK

Sampai ke malam Yong mencari gambor penamaan calon DUN Sungai Manik. Tapi tak jumpa pun yang hebat dan menarik. Yong dapat gambor-gambor berikut dari fesbuk Bad. Itupun ada 3 sahaja:

PENYOKONG PAS DUN KAMPUNG GAJAH

SOLAT HAJAT
ADER LER 3 BENDERA PKR. YANG RAMAI-RAMAI TU PENYOKONG PAS

Di bawah ini Yong ciluk dari paspasirsalak. Bendera PKR tenggelam. Macam bukan demer yang bertanding. Nak tengok lagi pergile singgah ke blog itu. 

BANNER ADER MUKA CALON PKR PARLIMEN PASIR SALAK

AGAK-AGAK KOMER DEMER NI DARI PARTI APER?

Di bawah ini pula gambar Yong ciluk dari Pakcik Google. Mamat ini turun juga memberi sokongan walaupun tidak tercalon. Banyak gambor "personaliti" ini ditonjolkan.

JUTAWAN MUDA UMNO, AZWAN (BAJU BIRU) 

Tapi takde pun cerita betapa hebatnya calon PKR Sungai Manik. Kabornya demer memang tak sior dia ni. Dah berbuih mulut bercakap dengan pucuk pimpinan PKR Perak. Tapi pimpinan PKR Perak tetap bangang, pekak badak. Baca di sini

Sebabnya? Konon nak harapkan menang banyak kerusi, bolehler PKR jadi MB Perak. 

Aper guna lawan satu sama satu, kalau jentera takde weh? Jangan kata Putrajaya, Ipoh pun belum tentu sampai!

PAS Sungai Manik pulak wala' beb!

Satu degil, satu penakut. Ambik ko. 

Yong dah banyak kali bagi tahu Parlimen Pasir Salak ni kawasan putih BN (termasuk DUN Kampung Gajah dan Sungai Manik). Jadi, kena ler bijak memilih calon yang sesuai. Tapi komer taknak dengor. Komer ingat Yong cakap merapu ke? Lantak komer ler.

SELAMAT BERJUANG.

JOM UBAH
TOLAK KRONISME
TOLAK UMNO
TOLAK BN

8 comments:

  1. Yong,

    pak sedara teman pun kena perambat dek demer.
    kesian pak sedara teman.
    kalau idak, pak sedara teman tu bakal MB perak weh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Setahu Yong, adun katak Behrang yang nak sangat jadi MB. Tapi DAP pulok tak sior!

      Delete
  2. hahaha! calon sg manik tu kepentingan pihak tertentu di PKR pusat utk mengekalkan jawatan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Ater, kot grassroot demer pun tak gemor, nak harap magik dari maner? Yong kesian Anwar Ibrahim turun Boter dan Lambor nak bagi semangat. Tapi pemimpin bawahannya ramei yang baju jer PKR, perange macam ameno.

      Delete
  3. Cuti pengge hari tu temsn balik c.balai. terkejut beruk temsn dibuatnye. Bendera bn spjg jln c.balai, langkap, degung, sg manik hingga ke kpg bahgia. Kwn teman dlm pas kata demer boikot mustafa calon pkr tu... abisle kata teman. Tapi alhamdulillah bila teman nengok posting yong... teman nampak ahli2 pas dah bersemangat semula.. pkr tu ... susah nak cakap. Teman ngundi di arau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mohd noor

      Yong pun doa Mustafa Kamil dengan DRS Ishak tu menang le hanya kerana demer tu dalam PR, bukan kerana personaliti demer. Yong terima nobody is perfect.

      Tapi bab calon Sungai Manik tu citer lain...

      Delete
    2. teman sekeluarga undi mustaffa untuk parlimen sbb ketokohannya masih boleh dipercayai... undi rosak untuk dun sg manik.. kempunan pangkah bulan kali kedua...

      Delete
  4. salam

    Sedih betul parlimen p. salak. dari dulu org tak suka nak letak jugak. kawan2x yg dok luar jd tak semangat nak balik mengundi. kalau sy mengundi dun kg. gajah jer. 1 undi rosak untk parlimen...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.