Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 25 April 2013

ISTERI BEKAS MB AJAK KITA BERJUANG HABIS-HABISAN KERANA BN TIDAK SAYANG RAKYAT

BULU MATA ORI

Mula-mula komer tengok kulit kedua manifesto ini. Nampak ada yang signifikan? Nampak ada yang tak kena? Tak nampak?:

MANIFESTO CIPLAK

Kalau tak nampak, meh Yong sediakan 4 lagi kulit manifesto. Nampak ada apa-apa yang signifian atau yang tak kena?


NAMPAK BEZA TAK?

Hahaha...Cuma manifesto BN sahaja yang menonjolkan muka pemimpin parti (bekas perdana menteri) dengan wajah yang telah di fotoshop supaya nampak muda! 

Itulah kunci perjuangan BN.

Rakyat didahulukan? Didahulukan untuk apa?

********************

Okay, sekarang kita sambung sembang isteri Tan Sri Muhammad B. Muhd. Taib, bekas MB. Yong banyak kali jumpa dia, hehehe. Jadi ceritanya pun banyak.

"They don't even love their own faces. How can they love other people?"

Kata isteri bekas MB ini, orang UMNO wajah sendiri pun tak sayang, bagaimana dia boleh menyayangi rakyat jelata? Huh?

Contohnya yang ini:

KALAU SAYANG MENGAPA UBAH WAJAH?

Komer tanya le Zahida Rafiq. Komer ingat lagi budak ni yang ada ehem2 dengan menteri ameno (bekas). Tentu dia tau. Isteri bekas MB pun kata ada lagi VVIP yang mengubah rupanya, misalnya seorang Datin Seri buat bibir seksi macam Angelina Jolie. Dia sebut nama, tapi takpele. Tak baik dedah nama orang itu.

Menurut seorang wanita UMNO yang aktif dalam NGO, ramai VVIP yang memilih untuk suntik dengan vitamin C, bukan botok atau colagen. Itulah yang paling murah, kataanya. Dalam RM600 sahaja sekali suntik. Murah kan? Op! tunggu dulu yong, yob sekelian. Bukan boleh suntuk sekali saja. Bulan depan kena datang lagi. Pendik kata tiap bulan kena suntik vitamin C. Tiap bulan RM600 kena simpan untuk suntikan Vitamin C.

Itu baru vitamin C. Peroses merubah wajah yang tidak digemari, atas nama image building, kononnya juga kena include SPA, massage dan facial, grooming manicure dan pedicure dan bayaran konsultan.

Berapa gaji ADUN dan MP nak tanggung kos semua image building ni? Kita ambil contoh negeri Melaka:

Ketua Menteri – RM 14175.15
Speaker – RM 6109.29
Timbalan Speaker – RM 2662.00
Exco – RM 6109.29
ADUN – RM 4112.79

Huhuhu...mana cukup!

Pencacai pun nak upah jugak! Faham-faham je le...

Tapi kalau wajah macam pecah pintu atau macam bull-dog atau macam kongkang, tak boleh buat apa-apa lagilah.

Berbeza dengan Rohawati Abidin ini, calon PAS N51 Dun Pasir Panjang. Sudah cukup dengan keayuan Melayu. Tak payah nak tiru bibir Angelina Jolie. Atau letak bulu mata palsu macam mata unta.

SOKONG PAS, SOKONG PR

********************

Okay. Marilah kita lihat kata-kata isteri bekas MB itu dari skop yang lebih luas. Skop diluar wajah Khir Toyo. Kita rungkai apa pula kaitannya dengan konsep sayang rakyat manifesto PR dan BN dengan wajah pemimpin yang difotoshop nampak muda itu?

Kaitannya terletak di mana parti-parti itu menempatkan gambaran pemimpin dan rakyat di dalam manifesto yang diterbitkan.

Pada manifesto Pakatan Rakyat, gambaran rakyat telah dipaparkan melalui simbol-simbol yang mencerminkan kehidupan seharian manusia. Pada manifesto BN pula, gambar rakyat kecil di bawah dominasi wajah Najib. Manifesto tahun 2008 lagi teruk. Cuma ada bangunan pencakar langit sahaja!

Mana Kampung Baru Kuala Lumpur?

Gambar besar dan kecil menunjukkan status dan keutamaan. Itulah tradisi BN. Pemimpin diutamakan.

Ia juga mencerminkan sikap pemimpin BN yang tidak sayang kepada rakyat jelata. Demer hanya mahu rakyat sayang pada demer.

Biar rakyat meroyan bagi yang sudi! Yang tak sior, demer modify...

CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA

Bukanke BN ada pakar motivasi terXXX yang boleh menasihati secara psikologi, bagaimana rupa  kulit manifesto yang boleh menarik perhatian rakyat?

Pada pandangan Yong, komer yang design kulit manifesto tu amatlah bangangnya! Tapi...tak tahu pulak kot dia sengaja buat begitu supaya orang yang menyampah tak usah baca?

*********************

Kalau demer dengan rupa wajah sendiri tak sayang. Dengan rakyat pun tak sayang. Apa yang demer sayang?

INILAH YANG DISAYANGI PEMIMPIN BN

Disebabkan benda yang namanya duit, mamat yang suka makan tempe itu didapati bersalah. Dihukum 1 tahun penjara. Tapi masih bebas, weh!

Disebabkan duit jugalah demer buat tol, AES, naikkan harga minyak, kenakan GST, cukai eksais kenderaan etc..etc.. Di sini juga ada penswastaan yang boleh buat duit!

Disebabkan duitlah demer nak terus berkuasa!

Sebab itu dibuat drama Liwat 2, kata Isteri bekas MB ini.

Komer ingat macam mana demer dapat ujian DNA itu dan akhirnya Anwar Ibrahim dibebaskan?

********************

Dua email ringkas dikirim oleh isteri Bekas MB, melalui my i-phone untuk memberi semangat kepada kita berbunyi:

JOM BERJUANG HABIS-HABISAN
KITA JIHAD!

JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN






6 comments:

  1. salam yong
    tolong nasihatkan kawan2 yg takut dengan isu hudud..kononya akan mengelirukan rakyat??..sampai menghina pimpinan.. hudud adalah hukum allah apasal kita takut menyatakan dengan terang...ramai bukan islam dah tidak takut dengan hudud malah ada ramai yg menyokong..allah yg memberi kemenangan kenapa takut berbicara tentang hukum allah..yang takut hudud hanya umnoo dan sekutunya..jgn terperangkap dengan musuh tanpa kita sedari..sokong hukum allah pasti menang..allahuakhbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam upu selayangpermai

      Timakish kerana menjenguk blog Yong. N3 dah ada dalam draf. Kena tambah sikit lagi. Nanti Yong kuarkan.

      Yong sokong hudud

      Delete
  2. sama2
    jenayah yang semakin meningkat merisaukan semua rakyat..tak kira melayu,cina india..masa ini sebaiknya kita mempromosi hukum islam...dekat pilihanraya takut pengundi lari??..cina dan india dah tak takut hudud..mereka lebih benci rasuah, penyelewangn,ekonomi, samseng dan jenayah dalam mesyarakat..PAS terbuka tidak berselindung menunjukan kita telus..jgn nanti org cakap, cakap lain buat lain...SAYA MERAYULAH kepada penyokong PR kalau tak setuju jgn la melatah..kata pemimpin melatah tapi yg dok tibai tu tak melatah ker..apa2..ABU

    ReplyDelete
  3. SPR LAKNATULLAH..TAHNIAH KERANA TELUS...SEMOGA ALLAH MELAKNAT KAMA ORG2 SPR YG XJUJUR DAN TELUS NI...SEMOGA ANAK BINI MEREKA YG MEMAKAN HASIL WANG HARAM RASUAH TU BERLAKU BIADAB DGN MEREKA DAN PORAK PERANDAKAN MEREKA SEMUA...AMIN... KECEWA SGT DGN SISTEM MALAYSIA YG DAH ROSAK NI....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu Pocong

      Itule masalahnyer. SPR lansung tak telus. semuanya menjurus macam nak menangkan BN!

      Sama-samalah kita berjuang tumbangkan kerajaan zalim!

      Delete
  4. Kalu a ref in football game berat sebelah pun kita leh agak what is the eventual result at the end...ni pulak pihak SPR leh biased in a GE.. Teruk la ni macam kalu !

    SPR buat kerja taktik kotor (hidden agenda) cenggini meme tak adil..zalim..wali setan.. laknatullah! Ni sah perbuatan yg jauh lebih hina daripada, mmm apa ya? Ya.. lebih hina drp tahap budak belajar setakat SRP... hehe !

    Semoga Allah tolong kita semua termasuk memberi taufik hidayah & inayah kpd warga kerja SPR supaya leh berlaku adil seoptimum mungkin...for the better Malaysia! Insya-Allah!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.