Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 18 May 2013

BLACKOUT- CERITA ORANG DALAM

Orang Sibu. Tolong bagi tahu, betul atau tak betul blackout berlaku di tempat mengira undi di Sibu?

Pencacai heboh mempersoalkan dakwaan Pakatan Rakyat tentang Blackout yang berlaku ditempat mengundi.

TNB pula kata "Tiada Blackout."

Maknanya tiada blackout disebabkan oleh masalah TNB.

Tapi seorang telah memberitahu Yong.

Orang ini menyatakan, Kerajaan Malaysia telah mengupah sekumpulan pakar IT untuk memantau sistem pengurusan maklumat dalam kerja-kerja pengumpulan data semasa PRU13.

Pada malam 5hb Mei 2013, pekerja pakar ini berada di sebuah agensi kerajaan seperti biasa untuk memastikan sistem pengurusan maklumat berjalan dengan lancar.

Tiba-tiba lebih kurang jam 9.20++mlm skrin komputer gagal capture data dari Sibu. Mesej yang diterima "Sibu Blackout."



Beberapa minit kemudian semua pekerja pakar IT diarah meninggalkan premise agensi kerana keadaan kritikal. BN mungkin kalah.

Tapi kita semua tahu BN menang.

Ia mula dengan blackout.

SUMBER OHRAKYAT

Yong buat N3 ini bukan untuk pencacai BN. Pencacai akan kata tiada blackout bukan kerana tiada blackout tetapi kerana mempertahankan kemenangan yang palsu, setengahnya hasil blackout.

Yong buat N3 ini untuk pencacai PR yang menyokong pemimpin-pemimpin PR yang syok dengan kemenangannya sendiri. Pemimpin yang tidak mahu membantah keputusan kemenangan palsu ini. Pemimpin yang membantah perhimpunan membantah kemenangan yang dicuri.

Mungkin tiada blackout di Gombak, Ampang, Bukit Antarabangsa, Marang, Manir, Sungai Manik, Pekan dan Bagan Datoh. Lalu komer semua menang.

TETAPI HAKIKATNYA, BLACKOUT MEMANG TERJADI.


15 comments:

  1. Kalau tak silap gue, Tku Razali Amzah Kalah kepada DrMM dlm pemilihan UMNO 24 April 1987 dengan majoriti 43 undi shj selepas berlakunya 'blackout'....Mungkin inilah bermulanya sejarah 'blackout"
    dalam pemilihan pemimpin...Gue tak berapa pasti tapi bolih tanya pemimpin yang hadir dlm mesyuarat tu...Kalu betul ,,maka kita dapat
    meneka siapa pengasas dan guru kepada kemenangan secara blacout ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hussin

      Macam pernah dengor cerita ini…

      Tapi Yong rasa pelik, orang yang bertamaddun menipu cara macam budak nakal.

      Delete
  2. Untuk mengesahkan any incedent of blackouts, kita harap petugas PACA PR di semua UPU repot kejadian ni supaya ada bukti kita nak buat petisyen or fight it in court, right?

    Pemimpin yg letih nak gasak SPR lepas PRU13 ni elok letak jawatan/ lepas kerusi tu biar 0, undi semula. Apa dia kisah sbb dia dah menang TAPI this a daylight robbery .. kami ditipu, dikhianati.. pikiran kami rakyat telah "diliwat" bab kata YB Ahmad Maslan (Menteri di JPM? wth!)



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Yong pun menyeru UPU sila buat repot jika berlaku blackout. Jangan diam jer. Kalau diam jer maknanya macam menyerah kalah kepada kejahatan.

      Delete
  3. Betul tu, pasal blackout.

    Semangat marah aku adalah bersama semua calon PR yang dirampas kemenangannya, bukan kerana batang tubuh mereka, tapi kerana perjuangan.

    Blackout adalah tektik lama yang digunapakai lagi secara menyeluruh di negara kita yang tercinta: Manglanesia (myanmar + bangla + nepal + indonesia)

    Tolong jangan dok perli pasal Marang. (kerana kamu tidak tahu apa yang TGHH rasakan, cuma bergantung maklumat dari blogger haprak i.e.: cipan, sniper, cenangau dan sewaktu dgnnya kot).

    Setiap CA di Marang dibekalkan dengan lampu suluh, dan bersedia dgn sebarang kemungkinan. Kalau berlaku lagi tektik kotor macam tu di Marang, silap haribulan, dengan KTM pun kena terajang. (nasib baik tak dilaporkan berlaku di Marang)

    Sekali lagi aku ulang; jangan dok tulis perli benda yang kamu tak tahu dgn jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Datok Purba...

      Hahahaha.... suruh dulu Hadi Awang jawab isu fitnah yang dier lemparkan tue dengan bukti dan fakta.... Suruh dier jawab dulu... Kalu dier tabley jawab fitnah dier tue.... cakap ngan dier... jangan jadi Tuan Guru (err... tuan guru kalu fitnah orang lain... tak berdosa ker???... hahaha)

      Sori DeeDee Yong...

      Termenjawab la plak kat blog Yong.... hehehe

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
    2. Terima kasih C++

      Purba? Apa yang purba ni?

      Delete
    3. Datok Purba, lu dari zaman Poleolitik, mesolitik, neolitik atau zaman logam? kihkihkih

      Delete
  4. Sebelum PRU13 sudah berkali2 diingatkan kepada calon2 dan penyokong2 Pakatan supaya menyediakan Torch-light berkuasa tinggi semasa pengiraan kertas undi dijalankan. Tapi nampaknya tak ada siapa yang mahu ambil pusing. Perkara blackout semasa kiraan kertas undi sudah banyak kali dilakukan oleh SPR dalam pilihanraya2 yang lalu untuk menipu undi dan memberi kemenangan kepada calon umno/bn. Kenapalah pemimpin2 Pakatan tak serik2 diperbodohkan oleh SPR dengan taktik yang sama. Ini bukan kes kena patuk dua kali di lubang yang sama, tapi kena pagut berkali2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Mungkin ada yang bawa torch lght. Tapi tak cukup.

      Benda dah jadi. Sekarang kena buat bantahan ler. Jangan flip-flop buat penyokong kurang semangat juang. Pemimpin kena tegas bantah.

      Delete
  5. Jangan mudah redha dengan kekalahan,lebih2 lagi kekalahan dengan cara menipu! Allah suruh kita berjuang dan pertahankan hak dan maruah kita dan khususnya Islam. Pemimpin yang dah letih nak buat protes macam TGHH dan harun Taib ini satu cadangan! Tutup mulut anda! Kalau dah syok dengan kemenangan sendiri dan kemenangan anak anda sebenarnya anda bukan pejuang sebenar! Selemah lemah penentangan ialah penentangan dalam hati! Ini dahlah taknak support, kerjanya melemahkan jemaah yang tidak redha dengan kebatilan! Anda tidak layak memimpin! Anwar berjuang dan lebih penat dan letih dari anda, di fitnah,dihina,dipukul,dipenjara! Tapi perjuangan menentang penipuan terus dilaksanakan! Janganlah berlagak dengan serban dan janggut saja!tapi semangat juang hancusss! Nyata anda menggunakan agama untuk sendiri, bukan untuk rakyat majoriti yang tertipu! Anda berdua pemimpin PAS yang sungguh menjengkelkan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops ! jangan emo sgt..nanti melompat juak penyokong tegar us. TGHH, Haron Taib...though, u got a point there!

      Delete
    2. Salam Hanz

      Kena jentik sikit dah melenting. Pemimpin mesti sanggup kena kritik! Bila kita kritik pemimpin ameno, demer suka. Bila kritik pemimpin sendiri teruih maroh.

      Delete
  6. Kita harus tentang keputusan PRU13 ini dengan apa cara sekali pun sebab bukti jelas menunjukan PENIPUAN OLEH SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT terhadap keputusan yang sebenar.
    Rakyat tidak mahu dianggap sebagai lembu yang dicucuk hidung....SPR kena ingat yang amanah yang telah diberikan kepada kamu telah kamu salahgunakan demi untuk mempertahankan kerajaan yang bersifat seperti FIRAUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam GEBU

      Terus terang, Yong sendiri tak larat nak round satu negara. Tapi Yong tetap menyokong berhimpun untuk membantah keputusan PRU13.

      Lawan tetap lawan.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.