Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 17 May 2013

DITIPU USTAZ INDON, TOLONG!!!


Dah lama Yong tak jumpa kawan ini. 

Kami borak macam-macam. Dari cerita politik sampai cerita bab belajar agama. Katanya dia minat belajar agama. Tapi dia ditipu oleh seorang ustaz Indon yang licik.

Katanya entah kenapa, tiada siapa yang berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kegiatan ustaz penipu ini kepada polis. Kini dia beranikan hati memberitahu Yong. 

Kawan Yong menceritakan 3 perbuatan penipuan ustaz ini:
  1. Kawan Yong meminta ustaz ini mengajar dia dan 2 orang anaknya mengaji quran. Ustaz ini kononnya pakar Iqra'. Ustaz ini mengenakan bayaran RM100 sebulan bagi setiap pelajar. Jumlah semuanya RM300 sebulan. Malangnya ustaz ini datang sebulan sekali, hanya pada tarikh mengutip bayaran, lepas tu ghaib. 
  2. Ustaz ini pernah mengadu kehilangan dompet dan wang RM1,500. Oleh kerana kesian, mereka yang mendengar ceramahnya terus membuat kutipan bagi menolong ustaz ini. Dapatle RM3,000. Semua diserah kepada ustaz ini. Tetiba seorang rakan dari tempat lain menalipon menyatakan kumpulannya telah dapat mengumpulkan RM4,000 untuk diserahkan kepada ustaz kerana kononnya ustaz ini telah kehilangan dompetnya. Kawan Yong terperanjat, mana mungkin ustaz ini kehilangan dompet di sana sini (tempat berbeza)?
  3. Seorang staf kawan Yong mengadu. Katanya ayahnya baru menginggal dunia. Ustaz ini pula memberitahu si-ibu, ayahnya banyak dosa. Jika ingin mencuci dosa, kena bayar RM20,000. Kononnya untuk memberi makan anak yatim. Kesian ibu yang jahil ini. Dia bayar RM20,000 kepada ustaz penipu ini.
Kawan Yong minta merahsiakan namanya. Katanya ustaz ini kenal ramai VIP dan ada ilmu perbomohan. Katanya ustaz ini mengaku memiliki 3 ijazah sarjana dan PhD. Dia juga mendapat jemputan di merata tempat di Malaysia. Kawan Yong mendakwa ada surau yang telah dikawal oleh ustaz ini.

Kawan Yong takut ustaz ini mengganggu keluarganya jika dia membuat laporan polis atau kepada Jabatan Agama Islam. Yong ada nama dan gambar ustaz ini yang disahkan oleh kawan Yong. Apa Yong nak buat sekarang? Kita wajib memberhentikan kegiatan ustaz ini. Tolong!

15 comments:

  1. salam,
    kak yong, sila email sy berkaitan dgn cerita ceriti kes ini dan sy akan guide camno nak buek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shah

      Yong dah bincang dengan peguam

      Delete
  2. Salam. Yong.. dedah...dgn dedah kita menolong ustaz tu dr terus buat dosa. Kebenaran mmg pahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wan Fauzi

      InsyaAllah. Terima kasih kerana menyokong

      Delete
  3. Orang macam ni ada ramai. Sanggup menipu untuk hidup. Dan mereka tak rasa bersalah pun hidup dengan menipu..

    Kenapalah agaknya yer? Adakah kerana pucuk pentadbiran negara pun hidup dengan menipu?

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pcbahar

      Macam mana orang macam ini dapat tauliah untuk menngajar agama?

      Delete
  4. yong jgn takut dedahkan,kami nak tau gak ustaz mana tu,sng klau nmpk dtg tmpt kami memang kena pelungkup teruih ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hantu Pocong

      Kita taknak fitnah orang. Lebih2 lagi pendakwah bebas nih. Tapi Yong terkejut mendengar pengalaman kawan Yong. Ini bukan kisah pertama. Dulu Yong dengor cerita ustazah. Orang lokal. Juga penipu dan ajaran pelik.

      Delete
  5. Siasat dari sumber lain juga, bila dah sahih, dedahkan gambar mankuk tu...( tapi kalau mcm muka saya, tolong jgn siarkan boleh? Ssyss...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alhusseyn

      Yong akan kirim nama dan gambar kepada blogger2 sahabat supaya boleh tolong siasat sama-sama.

      Delete
  6. salam yong.... ermmmpasal taksub ler nih...mcm taksub nyer org yg nak menang bg ic pree... kes penipu agama nih mmg banyak...adeiii...
    kg aku dulu pun kena... ader ler sekor pendatang... pasal konon alim org pun pandang...he he lalu dijemputlah sana sini...udahnyer LARIIIII.... anak orang perut suda ada isiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PUPPETS

      Masalahnyer Melayu ni bila taksub, dah tak dapat fikior lagi.

      Delete
  7. Bila konfem dia buat kerja jahat macam tu kita leh kasi dia bungkus aje la ///

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Saksi takmo come forward. Takut. Itu masalahnya.

      Delete
  8. kes yg ke 3 tu takkan jahil sangat dosa boleh ditebus dengan duit

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.