Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 7 May 2013

DR ABDUL RANI OSMAN TAK CUKUP HENSEM UNTUK JADI MB SELANGOR KER?

YB DR ABD RANI OSMAN

Sinar Harian buat cerita lawak tentang Hassan Ali.

Alahai...buat apa tanya Hassan Ali siapa layak jadi MB Selangor?

Sekarang pandangan Hassan Ali tu dah jadi lawak antarabangsa dalam blogosphere pulak. Ini petikan dari berita tersebut:

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-PAS di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada PAS. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.

Tengok ada dia sebut nama Dr Abd Rani Osman, Pesuruhjaya PAS, Selangor tak?

Takde kan?

Pelik tak?

Bukanke patutnya Hassan Ali cadangkan nama Dr Abd Rani Osman jadi MB. Tapi dia cadang nama orang lain. What has he got against Dr Abd Rani Osman? Large chunk of chips on his shoulder?

Pada PRU12 Dr Abd Rani Osman menang kerusi DUN Meru, dengan mendapat 14,826 undi. Pada PRU13, beliau meningkatkan bilangan undinya kepada 22,086. Maknanya dia deliver kan? Kalau dia tak deliver tentu dia kalah atau kurang undi.

Bukan niat Yong nak perkecilkan nama-nama yang Hassan Ali cadangkan itu. Cuma Yong hairan. Seorang yang hebat macam Hassan Ali tu takkan tak faham, Selangor ni tak sama dengan Terengganu atau Kedah! Get what I mean?

Agaknya Hassan Ali lupa, pada PRU12, Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan Perak. MB yang dipilih ialah DS Nizar Jamaluddin dari PAS. Beliau terpilih kerana paling berpengalaman dalam pengurusan, walaupun PAS cuma menang 6 kerusi berbanding PKR, 7 kerusi. Kabornya tok mufti pun setuju dengan pilihan itu.

Jadi, toksahle nak berebut jawatan MB tu. Takdenya PAS jiwa jadi kecik kalau MB dipegang semula oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR.

Kredibiliti beliau telah diuji.

Cuma, mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim no speaking Arabic. Kah kah kah!

Nanti kalau nak jual kelapa sawit pada tok Arab, terpaksa panggil Nasharuddin Mat Isa jadi penterjemah, pulak. Wakaka!

Nak tahu apa pandangan Bloggers yang agak menarik? Meh baca Mat Indera di sini atau Greenboc di sini


31 comments:

  1. Tan Sri Khalid patut diberi peluang meneruskan kesinambungan kejayaan Selangor

    ReplyDelete
  2. Sudah susah bagi aku je jawatan MB tu. Itu pun nak gaduh ke. Bila kalah merungut undi tipulah dah menang gaduh nakkan jawatan.
    Malulah pada rakyat yang undi kamu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hussin

      Begitule manusia ni. Tamak sepanjang masa. tak tahu diri tu tak berkebolehan!

      Delete
  3. Hasan Ali batu apai, pakai songkok nak tunjuk kealiman, tetapi hatinya masih membengkak nak merosakkan ikatan PR. Cukuplah Hasan Ali anda sudah dipencilkan oleh UMNO sehingga tak terlintas dibenak Najib nak piliha awak jadi calon PRU13. Ibarat anjing salak bukit, bukit tak runtuhpun. Kepada ahli, PAS, PKR, dan DAP tak perlu fikirkan atau terpengaruh kerenah bodoh Hasan Ali yang kian dilupakan. Jawatan MB sangat sesuai diberikan kepada Khalid, memang terserlah tanggungjawab seliau mentadbir Selangor. Ingatlah Khalid jadi MB bukan untuk ahli PKR, beliau menjadi MB adalah untuk seluruh rakyat Selangor, tak kira mana-mana ideologi, bangsa. suku kaum, atau mana-mana parti. Parti hanya perantaran dalam proses pilihan raya. Kepada hasan Ali janganlah meroyan macam orang bercerai talak tiga, gila dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam wallyd

      Yong sokong TS Khalid Ibrahim bukan sebab dia PKR. Tapi Yong fikir tentang pengalamannya yang banyak dalam sektor korporat.

      Kita tahu Selangor adalah negeri yang bergantung pada sektor itu. Jadi wajar kita dapat MB yang cerdik dalam sepak terajang dunia perniagaan.

      Tengokle apa jadi bila Selangor ditadbir oleh doktor gigi yang suka tempe dulu?

      Delete
    2. Yong, masa Dr. Gigi jadi MB, business tempe pun tak jalan! Sebabnya dia kata dia awet muda dan berubah lebih cerah sebab makan tempe! Bila orang ramai cuba tak menjadi, maka pembuat tempe jenuh kena hamun dan terpaksa berkuntau untuk betulkan fakta tentang tempe! Toyo rupanya telah merudumkan business tempe! Bisnes lain apalah lagi!

      Delete
  4. Khalid Ibrahim utk MB Selangor!!

    ReplyDelete
  5. kami pohon biarlah TAN SRI KHALID IBRAHIM diangkat jadi MB selangor untuk penggal ini. Performance dan track record beliau yang lepas sacnag cemerlang.

    ReplyDelete
  6. sangat setuju TAN SRI KHALID IBRAHIM Mb selangor, performance and track record beliau yang lepas sangat cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Unknown.

      Yong kongsi pandangan miker, walaupun Yong bkan ahli PKR. Tapi Yong tinggal di Selangor!

      Delete
  7. Tan Sri Khalid adalah calon yang terbaik untuk jawatan MB. Jangan PAS dan PKR terkena mainan pihak lawan. Kami ahli Pas peringkat bawah amat menyetujuinya demi kesinambungan kejayaan dibawah tadbir MB ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Md.Azman

      Mudah-mudahan pucuk pimpinan PAS Selangor sependapat dengan miker.

      Delete
  8. Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. PAS jangan tamak. DAP 15 PKR 14. dah lebih dari separuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rakyat

      Cuma kita harap Azmin jangan buat taik di sini.

      Delete
    2. Calon pelapis ada dari PAS dan PKR,cuma buat masa ni, semuanya kena banyak menimba ilmu dan belajar pengurusan negeri dan ekonomi dari TSKI. Azmin dan Khalid Samad(jika dia bertanding DUN) boleh jadi pelapis berwibawa. Masa untuk mereka belum sampai. Dalam keadaan 'edan' begini, biarlah TSKI jadi MB kerana rekod kerjanya yang cemerlang! MB Selangor perlu pandai buat kerja, bukanya pandai bercakap! Gagap sikit-sikit no hal! He he he.

      Delete
  9. As salam Yong...the best quote was

    "Cuma, mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim no speaking Arabic." Kah kah kah!

    Sedikit aku nak tambah...

    Mungkin lepas ni Khalid leh enroll Arabic Language course.Bila Khalid dah reti ckp arab, konversesi yg pertama akan berbunyi

    "Ya Hassan Ali, anta is Abu Jahal wal jahat wal busuki hati wal beras wal jati...shut up ur stinky mouth"

    KAH KAH KAH beribu ribu lemon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pazuzu

      Kah kah kah.

      Yong pun no speaking Arabic jugak. Tapi Yong setuju siapa yang hati busuki wal dengki di sini.

      Delete
  10. JUJURLAH PADA DIRI SENDIRI, TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA RAKYAT TERUS MEMILIH PAKATAN DI SELANGOR ADALAH KERANA FAKTOR TS KHALID IBRAHIM....INILAH SATU2NYA PEMIMPIN YG KURANG BERPOLITIK TETAPI LEBIH MEMFOKUSKAN KEPADA AMANAH YG DITERIMA DARI RAKYAT...PERCAYALAH SEKIRANYA PAS DIBERI JAWATAN MB TU, 5 TAHUN LAGI BN AKAN DAPAT SEMULA SELANGOR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jhass

      Berita terbaharu kata TS Khalid Ibrahim akan jadi MB Selangor. Alhamdulillah!

      Delete
  11. Sy pun setuju kalo TS Khalid terus jadi MB Selangor sbb dia low profile ajer,jenis tak pungpang tapi prestasi mmg memuaskan.Lagipun,baru 5 thn,rakyat pun baru nak adjust dgn pentadbiran beliau.Khuatir kalo bertukar MB,byk polisi juga ditukar.Buat pening ajer.Bg beliau peluang lagi.Lainlah kalo dh lama,haruslah nak rasa kepimpinan org lain plak.
    Kita dlm PR,kalo boleh,biarlah bertolak ansur.Kata berjuang utk rakyat kan?jd,fikirkan kepentingan rakyat dr pikir rebut jawatan.Sy harap pimpinan PAS faham dan sedia bertolak ansur.
    Cukup2 dgn apa yg jd pada PRU13.Sy sedih bila baca org PKR kutuk2 Hj Hadi dan Ustaz Azizan.Manusia mmg x lari dr kesilapan,tp jgnlah marah mcm tu sekali.Sedih hati ni tau.
    Kita kene bersatu,baik PKR,PAS dan DAP.Cina sudah menunjukkan kesatuan mereka.Tinggal kita plak utk buktikan.Perjalanan kita masih panjang biarpun ketika kita menang.Nak kekal lg susah dr memperolehi.
    Teruskan kempen Yong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rafhani

      Sama jer sebenarnya. Kedua pihak ada buat silap. Ada yang kepala batu. Manusia biasa.

      Siapa yang mengambil kesempatan di atas kelalaian kita? Syaitan yang dikenali!

      Sama-samalah kita belajar mendengar pandangan orang lain. Jangan terlampau ego!

      Terimakasih Rafhani kerana menyokong Yong.

      Delete
  12. Salam Yong dan pengunjung semua.

    Saya baru dengar penjelasan dari Khalid Samad kenapa kita mahu kekalkan TSKI sebagai MB. Dia beri anologi yg mudah untuk difahami.

    katakanlah kita pasukan bolasepak Manchester United. Kita dah lawan semua team - dah lawan Liverpool, dah lawan Chelsea, dah lawan Arsenal dsbnya. Menang, menang, menang... sampai jadi champion. Dah menang, kita buang pulak manager. Tak patut kan? Tak betol... Haaaaaa... begitulah dengan Selangor ni.

    We won because of him. He performed and Selangor is what it is today due to his leadership.

    Itu pasal PAS pun hendakkan TSKI.

    Ahli PAS jgn dengar cakap Hasan Ali.

    Itu sajalah yg nak di kongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jayton

      Yong setuju sangat walaupun Yong bukan anak kelahiran Selangor. Maklumlah atuk Yong migrate ke Perak dari Selangor. Maka Yong jadi anak Perak. Sedara suku-sakat masih ramai di Selangor.

      Sekrang Yong dah kembali ke Selangor. Jadi Yong ingin pastikan yang terbaik untuk Selangor.

      Harap Perak dapat jadi seperti Selangor.

      Delete
  13. Biar Khalid terus bimbing Selangor jangan orang luar nak tunjuk pandai.

    ReplyDelete
  14. Count me in, kak Yong... me vote Khalid Ibrahim sebab:

    #1. Dia terbukti memimpin Selangor as a whole!

    #2. Dr. Rani, Khalid Samad, Azmin Ali, the rest leh tumpukan hal lain to complement him - agama, budaya, kemasyarakatan, pertanian, sistem pengangkutan awam, etc.

    #3. Abaikan semua nama Ha$$an si "batu api" tu sebut sebab mesti ada kepentingan dia.. demer tu harus proksi dia atau geng UG, mungkin!

    #4. Dr. A.Rani kureng hensem ler kot..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kita terima wajah kita seadanya.

      Jangan jadi macam MB suka makan tempe tu - dia cuba ubah wajahnya.

      Tak hensem takper Dr Rani. Yang penting hati mahu baik maaa.

      Delete
  15. Salaam. Korang jgn dok kutuk Dr Rani bleh dakk (hot ni). Dia org kg aku tau. Org Meru. Hengsem ke x hengsem ke yg penting dia banyak buat kerja agama. Dulu sblm dia jd YB dia la penggerak Masjid As Syariff Meru. Dia yg mulakan banyak program2 ilmu kt masjid dan surau2 sekitar meru. Sampai skrng masjid Meru hidup 5 waktu solat. Bila public holiday Masjid meru hidup di malam hari. Banyak program qiam. Dr Rani tu la ustaz dan guru ahli kariah Pekan Meru. Sbb tu aku x suka klu ada org kutuk-kutuk dia. Muka x hengsem buan korang yg buat. Allah yg buat. Pe korang nk kesah!?

    Skrng Dr Rani dh jd YB dh susah nk dengar kuliayah dia :(. JAIS punya pasal la! kureng btol! JAIS antara faktor yg buat aku nk sgt PR ambik Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kismis Merah

      Alahai...takdenyer kitorang kutuk Dr Rani.

      Yang kutuk Dr Rani tu Hassan Jati and the gang.

      Yong memblog macam ibu Yong mendidik dulu. Bila Yong panjat pokok dia kata: "Hah, panjat tinggi lagi, panjat!"

      Maknanya, nyaya kot Yong memanjat tinggi-tinggi. Alamat kena piat telinga.

      Bila jatuh dari pokok, dia kata: "Hmm, apesal tak patah kaki ajer? Esok panjat lagi yer?"

      Hahaha...

      Anyway, harap Dr Rani teruskan berbakti kepada rakyat, tak kira dia jadi MB atau tidak!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.