Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 22 May 2013

SIMPATI PADA ROHINGYA BUKAN UNTUK JADIKAN PENGUNDI HANTU!

Beberapa hari sudah Yong didatangi sedara, seorang kontraktor. Sementara dia datang Yong mengambil kesempatan tanya sama ada dia sanggup pasang sistem plumbing kat rumah Yong. Sinki bocor, water heater takde water, etc. etc. Dia janji boleh. Sedara Yong ni memang keturunan tukang dari atuknya. Dia kontraktor yang buat kerojer bersama pekerjanya, bukan yang hantar pekerja naik hilux, lepas tu hilang. Tinggal pekerja buat kerja hampeh. Ramai Yong jumpa begitu.

Dia datang bawa isteri dan anak. Meriah! Tetiba Yong dengar:

"Assalamualaikum!"

"Waalaikum salam." Ada sapa lagi?

Budak Rohingya terpacak di porch! Yong lupa tutup pagar!

Sedara Yong berdiri di pintu, layan dia, tanya dia nak apa? Dia kata jual buku. Sedara Yong kata "Taknak beli."

Budak tu masih terpacak, bergerak makin dekat pintu.

Sedara Yong ulang kata-katanya, "Taknak beli."

Budak itu kata, kalau taknak beli, minta derma.

Sedara Yong taknak derma. Suruh budak tu pergi. Takut sebab sedara Yong nampak garang agaknya, budak itupun pergi.

Memang selalu orang Rohingya datang ke kawasan ini. Ada seorang perempuan mendukung anak, minta sedekah. Sudah bertahun dia buat kerja ini. Dari dulu sampai sekarang anak-anaknya tak pernah besar. Asyik dia dukung sahaja!

Yong simpati nasib kaum Rohingya di Myanmar. Tapi bukan untuk ditipu puak-puak yang datang ke sini sebab simpati kita!

CONTOH1: DISYAKI PENGUNDI MYANMAR

CONTOH 2: BERBAGAI KAUM

Sedara kemudian bercerita pengalamannya mengundi di Parlimen Shah Alam. Katanya dia dah bawa slip SPR dari Internet. Jadi dia tak pergi semak lagi, tapi terus pergi ke saluran. Di hadapannya seorang perempuan.

Perempuan ini juga membawa slip mengundi SPR.

Apabila disemak oleh kerani undi, nama perempuan ini tidak ada dalam senarai. Wakil-wakil calon juga menyemak. Sah tiada nama perempuan ini seperti yang ditunjuk pada slip yang dia bawa dan KPnya.

Dari wajah dan tutur katanya, sah dia orang Rohingya. Lepas itu orang SPR bawak dia pergi, entah kemana. Sedara Yong tak dapat follow sebab tiba turn dia mengundi.

Bagaimana dia boleh ada slip mengundi kalau dia takde nama dalam senarai pengundi berdaftar yang sah?

PENINGKATAN JUMLAH PENGUNDI = 24,623

Cuba lihat data jumlah pengundi di atas. Patutlah Zulkifli Nordin begitu yakin boleh menang di Shah Alam! Alhamdulillah usaha puak penipu ini gagal. Warga Shah Alam turun beramai-ramai mengundi dan berjaya menumpaskan usaha demer menawan Selangor secara tipu helah!

Di tempat Pakatan Rakyat menang pun sebenarnya ada cubaan penipuan!

Jadi, Yong menyeru sekali lagi kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang masih bisu atau banyak cakap tapi bagi peluru pada musuh, sokonglah usaha kami membantah keputusan PRU 13.

3 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Tak payah la nak kacau orang yang tengah seronok dengan jawatan dan kuasa tue.... Diorang masih merayakan kemenangan... Hanya rakyat mustad'afin jer yang tau dan berusaha membantah keputusan PRU13...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Aduuuh…! Berapa kali nak ada perang Uhud ni?

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Diorang takmo nak amik iktibar perang Uhud... hahaha... bukankah ramai dikalangan diorang hafal sejarah dan sirah Nabi...

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.