Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 3 June 2013

AKU TAK KISAH SAIFUL KAHWIN DENGAN SIAPA DAN SIAPA DATANG KENDURINYA...

Sungguh!

Siapa Saiful kahwin Yong tak kisah. Siapa datang kenduri kahwin diapun Yong tak kisah.

Gasak demerlah…

Sebab tu Yong tak bukak/baca pun blog/facebook yang tunjuk gambar dia atau gambar tetamunya. Entah pakai baju apa. Entah siapa isterinya sebab Yong pun tak tengok TV3.

Hak dia nak kahwin dengan siapa dan nak jemput siapa ke majlisnya, walau dia nak jemput PM sekalipun. Ini pulak yang dia jemput hanya orang macam Nasharuddin Mat Isa dan Papagomo.

Bagi Yong semakin kurang cerita Saiful semakin baik.

Semakin kurang cerita artis semakin baik.

Dulu masa Ziana Zain kahwin entah dengan siapapun Yong tak kisah.

Gasak demerlah.

********************

Tapi bab sesumpah ini Yong amat kisah.

Termasuklah yang dah sumpah namanya bai'ah cerai isteri ni.

CAKKK!!!

Apapun sumpah bai'ah takde kaitan dengan tetamu istimewa Saiful sekarang. Sebab dia bukan siapa-siapa lagi dalam PAS. Dia datang hanya untuk meneruskan agenda perpaduannya aka UG, seperti contoh yang dia beri:

MELAWAT ORANG SAKIT KERANA ADA AGENDA POLITIK? (SUMBER)

Cuma Yong cukup hairan.

Sejak bila melawat orang kena potong kaki itu boleh jadi agenda perpaduan PAS-UMNO?

Bukankah melawat orang sakit bagi umat Islam adalah sunat mu’akkad? Buat apa nak ungkit-ungkit?

Hadir kenduri kahwin juara sumpah itu pulak agenda perpaduan PAS-UMNO jugak ke?

Sekarang hari dah terang benderang. Tak payah lagi nak bersuluh-suluh.


6 comments:

  1. Ada banyak jenis gila..satu darinya yang bahaya ialah jenis Gila UG(Ustad Goblok)! Gila UG ni dia tak kira tempat, asal jumpa orang sakit ke,kenduri kawin tempat berkumpulnya kaki fitnah dan kaki sumpah ke, asyik nak berpadu-padu je! He he he....kesian tengok Ustad UG ni, rupanya peminat tegar Sodap Mee! Baek punya apit!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      Entahle kenapa demer benci sangat dengan DSAI. Kalau ada isu dengan DSAI, jumpa dan trashout isu tu, tak boleh ke?

      Geng yang gila UG ni Yong nak pesan. Jangan le perasan diri tu holi sangat. Lagi, jangan perasan pemimpin UMNO tu holi, lebih baik dari 70% ahli professional dalam PAS. Tologlah sedar diri!

      Delete
  2. Salam Yong miker boleh ganti almarhum Dr Lo Lo atau lebih bail lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ESRF

      Terima kasih kerana menghagai Yong. Tapi takde le Yong hebat macam Almarhum Dr Lo Lo. Yong ni orang biasa jer.

      Delete
  3. tak payah nak bagi suluh suluh atau nak tunggu hari terang benderang dalam bergelap pun dah nampak cerah liklap liklap laklagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maw

      Hahaha…Agok demer tu bute. Tak nampak!

      Yang kesiannya penyokong dan pembodek!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.