Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 4 June 2013

CUKAI YANG TINGGI KE ATAS ROKOK TIDAK MENGHALANG PEROKOK


Malam tadi Yong pergi ke stesyen minyak. Seorang perempuan Cina nak beli rokok. Budak di kaunter memberitahu harga rokok dah naik. Perempuan Cina tu tak percaya. Terjadi sedikit perbalahan.

Keputusannya?

Perempuan Cina itu membeli rokok dengan harga yang dah naik itu.

Cukai rokok yang lebih tinggi boleh menjadi beban kewangan kepada perokok berpendapatan rendah dan bukannya menjadikan mereka lebih cenderung untuk berhenti, menurut satu kajian baru oleh penyelidik di RTI International.

Kaji selidik tersebut, yang diterbitkan pada 12 September, 2012, melibatkan lebih daripada 13,000 orang yang tinggal di New York, mendapati bahawa perokok berpendapatan rendah di negeri itu membelanjakan hampir satu perempat daripada pendapatan isi rumah mereka ke atas rokok berbanding dengan purata 2 peratus dibelanjakan oleh perokok kaya New York (sumber)

Sebaliknya, Bank Dunia yang dikuasai Yahudi itu pula menyatakan bahawa kenaikan cukai rokok akan memberi kesan yang tidak seimbang kepada pengguna miskin adalah satu metos (sumber tanpa tarikh).


Kesimpulannya?

Kerajaan akan dapat duit lebih dari kenaikan cukai rokok. Perokok pula tidak akan berhenti merokok. Bagi yang miskin dia cuma akan mengurangkan perbelanjaan untuk barangan lain bagi mengimbangi pilihan baru ini.

Fenomina ini juga tidak boleh ditafsirkan bahawa kehidupan bukan perokok akan menjadi lebih baik. Ini kerana biasanya Kerajaan menaikkan cukai rokok kerana sudah tiada barangan lagi yang cukainya  boleh dengan munasabah, dinaikkan. Maknanya, kos sara hidup sudah sedia melambung tinggi.

Yang pasti akan ada kesan tak langsung. Kesan ini akan ditanggung oleh, sebahagian besarnya, bukan perokok.

Pilihan di tangan komer. 

4 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Nasib baik gua tak merokok.... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Jika perokok itu breadwinner of the family (ketua rumah), seluruh isi rumah akan mendapat kesan dari kenaikan harga rokok walaupun demer bukan perokok.

      Bagi yang takde kena mengena, alhamdulillah.

      Delete
  2. Apa ker jadah naik rega rokok...tak adil untuk perokok 1 Malaysia ni... ni ker kerajaan yang mendahulukan rakyat? Kami ditipu lagi. Silap kami juga... pilih/ undi BN hari tu...(sob sob)

    haha..kata "Tak" to rokok.. & UmNo, too !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kat Nganu tu…perokok tentu Melayu...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.