Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 6 June 2013

JOM BELASAH KACANG MERAH (RED BEAN) ALA KOREA

Heboh sejak mutakhir ini pasei Red Bean Army. Tapi sampai sekarang Yong masih tak tahu apa itu Red Bean Army. Bosan betul.

SUMBER REDBEAN

Yong asyik fikir bab Red Bean. Bukan red bean army. Tapi red bean porridge.

Hahaha…Yang tak suka boleh keluar.

Masa sekoleh menengah dulu kat kantin ada dijual bubur kacang merah. Memang sangat best. Hampir setiap hari Yong beli.

Okay, untuk menghiburkan hati dan melayan nostalgia Yong, jom kita masak bubur kacang merah atau azuki beans. Lupakan kejap citer Red Bean Army tu.

Rupanya makanan bubur kacang merah ini popular di Korea! Sebuah negara yang dapat banyak projek penswastaan Malaysia.

Jom kita ciluk satu resepi dari demer. Hmmm…Resepi ni Yong dah Malaysiakan.

BAHAN-BAHAN
(Persediaan untuk 5 atau 6 orang)
  • 2 cawan kacang merah
  • 1 cawan beras Vietnam
  • Air
  • Gula putih atau gula kabung
  • Setengah cawan sago mutiara.
  • 2 helai daun pandan
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 2 biji Bawang putih
Mula-mula Yong jelaskan bab bahan-bahan dulu.


Kacang Merah: Pastikan komer beli kacang merah. Bukan kidney beans! Saiznya berbeza. 

Beras Vietnam: Kenapa beras Vietnam? Sebab beras Vietnam saiznya bulat berbanding beras Malaysia atau beras Siam. Beras Jepun pun bulat juga. Tapi terlalu banyak kanji dan melekit. Beras Vietnam sesuai. Takde beras Vietnam? Takpe. Guna beras Malaysia je. Tapi jangan guna beras wangi panjang atau beras basmati atau beras ponni. Beras wangi panjang merosakkan bau kacang merah. Beras basmati dan beras ponni tak cukup kanji.

Air: Guna air biasa. Bukan air mineral.

Gula: Boleh guna gula putih atau gula kabung. Rasa dan warna akan berbeza bila guna gula kabung. Ini ikut citarasa sendiri. Yong guna gula biasa untuk melestarikan keaslian kacang. Banyak mana? Ikut suka ler. Kalau ada masalah kencing manis kurangkan.

Sago mutiara. Orang Korea guna bebola beras. Iaitu bebola yang dibuat dari tepung beras. Lebih sedap guna sago mutiara, dibuat dari tepung sago.

Pandan: Ini optional. Tak suka takpe. Ambil yang sederhana tua, bukan pucuknya.

Kulit kayu manis: Ini juga optional. Guna dalam bentuk kulit kayu, bukan serbuk. Agak-agak sebesar jari kelingking perempuan yang slim. Ini nak bagi rasa spicy.

Bawang putih: Optional. Ayah Yong masukkan bawang putih ke dalam bubur. Buang angin. Bagi Yong bawang putih dalam bubur kacang wajib!

CARA MENYEDIAKAN:
  • Basuh kacang merah. Rebus selama lebih kurang satu setengah jam. Masukkan dua bijik bawang putih (bukan dua labu ye). Boleh rebus dalam periok nasi eletrik. Kalau ada pressure cooker tengok manual le. Yong tak tahu sebab takde.
  • Beras dan sago dibasuh berasingan dan toskan.
  • Bila kacang agak lembut, masukkan beras, sago dan gula. Masukkan kulit kayu manis (optional) dan daun pandan (optional).
  • Masaklah lagi sampai kacang jadi lembut.
  • Keseluruhan masa memasak lebih kurang 2 jam.
Selamat mencuba.

Boleh dinikmati panas atau sejuk. Kalau sejuk boleh makan dengan ais-krim. Jangan tanya Yong bab kalori…Kah kah kah. 

2 comments:

  1. Wah..tu ayat macam pernah dengar ler..tapi kat mana yer? hmmm... oh .. dari si Zzzz-ahid Hamid... the then menteri pertahanan, while at helm, senang aje orang Sulu, bagai, dpt IC xpres bila masuk Sabah...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Hahaha…nampaknya miker tak keluar ye!

      Udah cuba masak bubur kacang merah kacukan Korean-Malaysia ni?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.