Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 6 June 2013

PETRON TAKUT BISNES MINYAK SEMAKIN TAK LAKU DI MALAYSIA?

Mula-mula kita baca kenyataan Petron Malaysia ini:


Kita pegang kenyataan Petron Malaysia. Ada 3 poin penting.

Poin 1: Mirzan takde saham dalam Petron Malaysia. Dia takde peranan apa-apa dalam Petron Malaysia. 

Semakan dalam Laporan Tahunan mendapati memang Mirzan bukan ahli Lembaga Pengarah Petron Malaysia. Tapi Petron Malaysia sebahagian dari Petron Corp. Maknanya pangkat dan kuasa Mirzan lagi besar berbanding dengan ahli Lembaga Pengarah Petron Malaysia. Ini kerana Petron Malaysia cuma anak syarikat sahaja. Ini dijelaskan dalam poin seterusnya.

Poin 2: Mirzan ahli Lembaga Pengarah Petron Corp.

Bagi Syarikat Petron Corp seseorang boleh dilantik jadi ahli Lembaga Pengarah dengan memegang saham hanya 1,000 dari 9.4 bilion saham. Kalau ini benar, apa kepentingan Petron Corp melantik seorang yang ada hanya sekelumit saham dan bukan warga Filipino? 

Poin 3: Mirzan memegang 5,000 saham San Miguel.

San Miguel ni niaga arak. Maknanya apa erk?


Nak tutup sana, terburai sini. Nak tutup sini terburai sana!

Pi mai pi mai arak jugak!!

Ingat warga Islam di Malaysia senang nak ditemberang oleh sekumpulan peniaga Filipino?

Err...Nak tanya EMPAT Soklan:
  1. Apesal Petron Malaysia kalut sangat ni? 
  2. Bisnes jual minyak Petron kat Malaysia tak cukup baik ke? 
  3. Cer tengok kat jadual berikut. Petron Malaysia tambah untung atau kurang untung?
  4. Apa kaitan saham Mirzan dalam Petron dan San Miguel ini dengan pemilihan UMNO 2013?



3 comments:

  1. Salam yong, cer citer skit ttg stesen minyak Projet pulak? Dengor citer milik kroni mamak death jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yadzid

      Nanti Yong siasat. Tapi Yong tahu Projet udah bungkus.

      Delete
    2. DeeDee Yong dan Bhai Yadzid...

      Projet sudah kena makan oleh SHELL... sememangnya sebelum itu ProJet adalah sebuah syarikat yang kukuh (syarikat induknya)... tapi disebabkan oleh kerana ada campurtangan pihak ketiga dalam operasi Projet di Malaysia... maka kroni yang dapat kuasa.... Hahaha... saper kroni tu... lain kali gua citer,.... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.