Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 5 June 2013

TERIMALAH DENGAN LAPANG DADA CALON BN RAMPAS KERTAS UNDI



Heboh satu blogosphere wakil calon BN merampas kertas undi pos untuk dipangkah sendiri. RM100.00 diberi kepada seorang petugas (1 kertas undi). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa kejadian itu berlaku pada 29 April lalu, berdasarkan pengakuan seorang petugas SPR yang namanya dirahsiakan (ramfiziramli). Tempat kejadian di Terengganu. Sila lihat laporan polis:

LAPORAN RAMPAS KERTAS UNDI

Selain kertas undi dirampas, ada juga kes pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana ada orang lain yang telah menggunakan KPnya. Laporan polis juga telah dibuat. Kes ini juga berlaku di Terengganu.

LAPORAN PENGUNDI HANTU

Kejadian menipu dalam pilihanraya ini berlaku juga di negara dunia ketiga di benua Afrika. Menurut berita "Beberapa calon telah terlibat dalam usaha untuk mendorong sokongan daripada pengundi melalui pengeluaran wang secara langsung dan tidak langsung," kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kenya (KHRC). Penganalisis berkata rasuah begitu meluas di mana ramai warga Kenya dibayar untuk beralih perhimpunan, tetapi ia jarang ditangkap oleh kamera. Pemerhatian dari pemantau menggunakan kamera kecil dan telefon bimbit untuk menangkap rahsia calon yang bertanding bagi kerusi wilayah dilihat membayar wang tunai (Globalpost).

Benda macam ini pun ada ka di negara kita…?

Takde. PRU di negara kita paling bersih!

Takde sebab Pakatan Rakyat nak berhimpun membantah keputusan PRU13 di sana sini dan menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan.

SIAPA TAK SETUJU SILA KELUAR

Betul. Hanya orang Terengganu tahu apa yang berlaku di Terengganu, kata pencacai UG. Orang Terengganu cerdik sendiri telah membuktikannya. Yes!

3 comments:

  1. Hahahaha..Siapa yang kata berlapang dada dan terima saja keputusan PRU13 tanpa kita berbuat apa apa? Siapa Yong? Dah terang terangan tanpa bersuluh lagi boleh kita terima keputusan PRU13? Dah lah SPR menipu , BN menipu , kita nak biarkan perkara ini berleluasa sampai bila bila? Ayat tu bunyi macam geng geng UG ( Unity Government ) yang berkehendakan sangat bergabung dengan Umno. PAS bergabung dengan UMNO atas pujuk rayu dan tipu helah, memang kepimpinan tertinggi PAS tak memahami nurani rakyat yang menyokong PAS, dah kena pelbagai helah dan tipu daya lagi nak bergabung? Alamat PAS akan tersungkur ke bumi. Geram ni Yong! Tak reti bahasa lah yang nak kan UG ni! Dah berada dalam PR teruskan lah saja , buat apa nak bersatu dengan Umno atas nama melayu? PAS ni tak serik serik nak kena tipu lagi...! sudah 2 kali kena tipu pun nak masuk lagi buat kali seterusnya? Dah lah nampak DAYUS kerana membiarkan penipuan dengan berkata mari lah kita berlapang dada...! Ini ayat TUAN GURU HAJI HADI ni..!! Pemilihan akan datang bukan TGHH , sebab dia banyak buat onar tidak seperti Tuan GURU Nik Adb Aziz Nik Mat... Geng geng UG ni tak serik serik..nak UG, sila keluar dari PAS...masuk terus UMNO..Habis cerita..!! Full stop..! Itu jam baru depa tau..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ler..yg dah redha ditipu, & lagi, & lagi..sampai sudah pilihan raye kita ler paling bagus hingga rekod dunia - Perikatan/ BN tak pernah tumbang. Mane idaknyer, engkohnyer deme menipu kita dulu, kini & selamanya (ler tu)..haha.. Berkelana ke negara orang lak.. teman ingat nak lepak lama sikit...1, 2 tahun ni kat Singapore, Australia ker.. tak kuase teman nak layan biot Zzzz-ahid Hamid (baca: UmNo-BN).

      Cer kot demer + $PR berani ikut care India pun lama dah demer tumpor, kome...haha !

      Delete
    2. Salam Hanz

      Ayat terakhir tu yob…power tu.

      Apekejadah nak ikut care India. Susah payah pak datang ke Malaysia sebab taknak ikut care India ler…Kahkahkah

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.