Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 9 June 2013

USTAZ HARON DIN BUKAN GOPOH - CUMA TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI LAGI?

Pandangan Ustaz Dato' Dr Haron Din memang ditunggu-tunggu, baik di kalangan blogger PR mahupun blogger pro-BN.

Kita semua maklum blogger pro-BN akan spin pandangan Ustaz Haron Din selagi boleh.

Tetapi sejak Ustaz Haron Din bersedia bertanding sebagai calon Arau, Ustaz Haron Din seolah-olah sudah mendapat ilham baru. Pandangannya jelas - tiada lagi unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan UG. Baca kenyataannya di bawah. Ustaz Haron Din memilih untuk bersama rakyat Marhein, bukan macam pemimpin tertentu PAS yang mahu menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka. Tahniah Ustaz!

KENYATAAN YANG DINANTI-NANTI (HARAKAH)

Ustaz Haron Din pasti sudah melihat, hakikatnya pengadil pertandingan ini memang penipu. Kerana pengadil ini sudah menentukan siapa pemenang sebelum pertandingan bermula lagi. Sebab itu dakwat tak kekal dikata kekal. Pengundi Cambodia, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh berleluasa dikata rakyat Malaysia. Kertas undi dirampas dikata tiada kaitan dengen SPR.

Di samping itu beribu-ribu laporan polis telah dibuat yang membabitkan kepincangan dan penyelewengan SPR.

Lantas, Ustaz Haron Din mengulangi lagi dakwaannya tentang dakwat kekal yang tak kekal.

KENYATAAN YANG BUAT UG PATAH HATI (HARAKAH)

Sekarang kita sudah maklum bagaimana BN berdolak-dalih tentang perhimpunan yang dijangka akan berlaku pada 15 Jun 2013. Tindakan BN ini didorong oleh rasa ketakutan yang amat sangat tentang kebangkitan rakyat. Takut pada saka yang telah bersarang dalam jiwa syaitan yang dikenali. Ini saka duit yang lebih dahsyat dari saka biasa. Rasanya Ustaz Haron Din takkan dapat membuang saka ini melalui kaedah rawatan biasa kepada pesakit yang kerasukan.

Saka ini hanya boleh dibuang melalui pilihanraya yang bersih!

Dalam keadaan pengadil yang menipu itu Anwar Ibrahim masih menang di Permatang Pauh. Tetapi Ustaz Haron Din kalah di Arau. Mungkin ini menyedarkan dia...

Apapun, takkan Ustaz Haron Din nak berdiam diri membiarkan rakyat terus dianiaya?

3 comments:

  1. Nasib baik tak sama mcm Harun sorang lagi. Murshidul dan Timb Murshidul Am dah clear sefahaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu Amin

      Alhamdulillah. Harun satu pun udah u-turn. Harap berkekalan begitu.

      Delete
  2. inilah nilai ulama kita,dah kena atas batang hidung sendiri baru nk menggelepar..selama ni suka duk tatang dodoi kat UMNO,nk main cara lemah lembut konon...skrg sendiri merasa baru tau...baru terbuka kasyah dpt ilham tu...hehe

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.