Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 8 June 2013

TERIMA KASIH ANWAR IBRAHIM, KERANAMU KU KENAL ZULKIFLI NOORDIN

Tiba-tiba katak PKR bersuara.

Apa yang diharapkan oleh sang katak ialah supaya hujan turun.

Hujan akan menyelamatkan sang katak dari menjadi makanan ular.

Malangnya lagu katak itu lagu kitar semula dari rekod yang tak laku.. Lagu basi yang akan menjadi racun kepada spesis katak dan gerombolannya. Alahai…

Ini petikan nyanyiannya:

Jawatan khas dakwa penderhaka perlu diwujudkan 
8 Jun 2013 

Sinar Harian 
Datuk Zulkifli Noordin 

KUALA LUMPUR - Mahkamah khas dan pendakwa raya khas perlu diwujudkan untuk mendakwa "penderhaka" jika kerajaan berminat untuk menggubal undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja. 

Peguam dan juga ahli politik Datuk Zulkifli Noordin berkata, wujudnya jawatan baharu ini akan dapat mengelakkan wujudnya konflik kepentingan kerana Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan manakala pendakwa raya khas itu boleh mewakili institusi Diraja.

"Tidak sesuai jika Peguam Negara menjalankan pendakwaan bagi pihak raja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Lawak betui Zulkifli Noordin ni. Dia belajar undang-undang kat mana? Kenapa nak buat dua set sistem perundangan; dan dua orang Peguam Negara bagi sebuah negara?

Cerita penderhakaan (pemberontakan) ini telah disentuh oleh ulama muda UMNO, untuk memburukkan Pakatan Rakyat. Tetapi, ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri!

BACA N3 DI SINI

Zulkifli Noordin bercakap seolah-olah yang menderhaka tu gerenti orang Pakatan Rakyat. Sedangkan kita tahu siapa penderhaka sebenarnya. Kita tahu siapa yang enggan patuh kepada titah Sultan Kelantan yang menuntut hak rakyat Kelantan mendapat royalti minyak.

Kalau nak buat dakwaan jugak, bukalah satu pejabat di Istana. Namakan pejabat itu "Pejabat Aduan Penderhakaan." Biarlah Yang di-Pertuan Agong sendiri yang jadi Ketua Pejabat itu bagi meneliti setiap kes. Biarlah Sultan Kelantan, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan Ketua Pendakwa dan memimpin pasukan pendakwaannya.

Kita mula dengan kes Royalti Minyak Kelantan.

Ada berani? 

Ini semua salah Anwar Ibrahim.

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Jual dan beli atau iklankan produk di laman web www.produkmuslim.info

    Sokongan anda amat dihargai

    Terima kasih

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.