Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 13 June 2013

VIRUS JIN DALAM NOTEBOOK?

Penatlah cerita bab politik ni. Pong pang pong pang, last-last bos SPR taknak lepas jawatan kecuali dia gila! Huh nak gila macam mana lagi? 

Cerita pasal gila ni Yong teringat satu notebook yang gila. Notebook itu brand Fujitsu.

Yang tak suka, sila keluar.

Yang nak tahu baca seterusnya. Pelik tetapi benar.



Brand Fujitsu memang mahal, yob. Takpe mahalpun asal kerojer siap. Yong pulak perlu travel sana sini - naik turun kapal terbang. Notebook hebat ini kecil dan ringan (1.6kg). Masa tu belum ada lagi notebook Macbook Air 1.1kg lagi.

Yong jadi punca irihati member-member sebab memiliki notebook yang canggih dan comel. Masing-masing pun teringin beli Fiujitsu. Ada sorang peminat Yong mampu beli - itupun jenis yang murah. Katanya takpe, asalkan Fujitsu. Yong pun kata takpe. Yang penting orangnya, bukan komputernya. Member Yong ni sekarang tengah buat PhD di Australia.

Berbalik pada cerita notebook tadi, iapun perlu maintenance. Nampaknya anti-virus free tak berapa berkesan. Dan membuang virus ni amat memenatkan! Semakin dicuci semakin banyak! Yong pun beli anti virus siap dengan firewall etc. etc. Yong instal anti-virus tu dalam desktop. Oh, Yong lupa cerita. Yong ada satu desktop di rumah sebagai spare. Yong ni jenis yang suka technology dan innovation! Habis duit ke situ jer…Beg tangan mahal, barang kemas, cincin berlian, gelang semua tak minat.

Alangkah terkejutnya bila Yong cuba instal anti-virus ni, notebook duduk dalam mod run dan tidak mahu berhenti. Berjam-jam tunggu ia tidak berhenti. Notebook tak boleh ditutup. Yong pun force shut-down. Bila on balik, anti-virus tu masih mencuba instal. Yong shut down dan tinggalkan notebook.

Esoknya Yong on semula. Aduuuhhh! Anti-virus masih buat kerja menginstal. Nak buat macam mana ni? Notebook masih dalam waranty. Boleh minta dealer tengok.

Tetiba kawan telipon. Ajak pergi jumpa Sifu. Yong grab notebook dan terus pergi. Naik kereta dia.

Habis urusan kawan, kami borak-borak pasal komputer. Kawan Yong pensyarah undang-undang siber. Dia bercakap bab salahguna komputer.

Dari undang-undang sampai ke cerita virus dan anti virus. Yong cerita masalah notebook yang gila babi.

Sifu minta tengok notebook Yong.

Happily Yong keluarkan notebook dari beg.

"Ada virus." Kata Yong

"Meh saya cuba buang." Kata Sifu.

Huh? Apa Sifu mengarut ni. Memang dia handal buang hantu, saka, sihir dan yang sejenama dengannya. Tapi ini virus dalam notebook. Buang macam mana?

Sifu ambil telur ayam kampung dan baca doa. Dia buat macam mengalin telur. Yang dialin bukan Yong, tapi notebook Yong. Bila selesai, mesej installation berhenti. Notebook pun hidup!

"Nanti instal balik anti-virus tu, tengok apa jadi." Kata Sifu.

Apa yang sudah terjadi?

Sifu Yong pun menerangkannya. Begini katanya:

"Jin itu negative energy. Kerana itu ia boleh duduk di mana-mana. Jin negative energy yang hidup dalam notebook ini sebenarnya kiriman orang untuk mengganggu hidup Yong."

Ini masuk dalam kategori paranormal. Entah betui entah tidak.

Balik ke rumah Yong reinstal anti-virus itu. Beres.

SubhanAllah!

Komer ingat Yong buat cerita merapu?

Sifu Yong wujud. Kot sesapa ada masalah paranormal, boleh cari Sifu Yong. InsyaAllah sembuh. Kita usaha. Allah menentukan segalanya.

Fujitsu itu masih ada. Dah buruk dan slow. Sekarang duduk dalam kabinet jer…

Oh ya, jangan salahkan Fujitsu. Notebook Fujitsu tetap salah satu notebook yang bagus dan comel.

Takkan asyik nak cerita pasal pembohongan UMNO ajer kan? Hahaha…VIP UMNO pun ada yang cari Sifu Yong. 

8 comments:

  1. Terbaik. Teman ada kabo kawan orang yg ada Phd pun sama je macam orang biasa tapi deme tak pecaya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Heheheh sama jer dalam beberapa perkara. Ada jugak masalah takleh selesai cara biasa. Dengki mendengki, khianat ada belaka.

      Sifu Yong ada PhD dalam Chemistry. Tapi mencebur diri dalam bidang perubatan alternatif.

      Bukan nak menunjuk. Kebanyakan kawan Yong ada PhD. Tapi demer pun banyak problem macam orang biasa...

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Jin komputer gua tak pernah dengar... Supiah Jin tau la gua... hahaha... Aper pon.. gua ader sebijik notebook Fujitsu ... beli masa tahun 1998 dulu... touch screen... guna stylus... memang best.. kecik, ringan dan power... harga mengarut betul lar... hahaha... Skrang nih jadi tukun tiruan dah... windows NT4 workstation masih lagi ader dalam tue... tapi kalu nak pakai... berjanggut lar... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong pun baru dengar jin bolehmasuk dalam sistem komputer beberapa tahun ke belakang ini.

      Yelah, samale nasib Fujitsu Yong. Nak bagi pada anak buah pun kesian. Ingat nak beli satu notebook yang besar - tengah tengok Toshiba, Sony atau Fujitsu. Acer, Asus, HP, Lenovo takde dalam vocab. Sorry.

      Delete
  3. nak minta tolon kat Yong pasal paranormal tu. Saya memang ade masalh paranormal boleh ke yong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makemoneyonine

      Boleh layari blog dia di sini. Contact number ada di situ. Good luck.

      http://crystaldrmarya.com/v2/index.php/component/content/article?id=36

      Delete
  4. As salam Yong...

    Pandangan peribadi Pazuzu adalah begini: Jin tersebut adalah suku sakat Jin Megat Chandin yang telah complete MCSE dan mendapat certified dari Microsoft.

    Jin itu berjaya meloloskan dirinya ke dalam Windows Registry (Regedit.exe) dan meletakkan dirinya pada start-up file (msconfig.exe)menyebabkan ianya berjaya mengulangi arahan install / resume install sekali pon computer telah di shutdown.

    Pensyarah programming Pazuzu satu ketika dulu pernah quote " Sebodoh bodoh Jin adalah sepandai pandai Melayu haprak yang ada PHD" tambahan lagi yg kunun2nya ada JATI diri kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pazuzu

      Hahaha lawat siot!

      Yong pun tahu bab ini. Sebab tu sekarang Yong tak guna lagi windows.

      Pensyarah Pazuzu tu pandai pulak buat peribahasa baru ye? Tapi Yong tahu ramai orang mengaku ada PhD Computer Science. Tapi sebenarnya buat Computer Education atau DBA (IT) atau PhD Management Informtion System. Kahkahkah.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.