Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 2 July 2013

HANYA TINGGAL KEME BLOGGER PRO-PAKATAN RAKYAT YANG MASIH BOLEH DIANGGAP KAWAN ANWAR IBRAHIM...

KAWE NI PESAN

Dah lama Yong nak tulis bab ini, tapi tiada kesempatan.

Anwar Ibrahim memang bijak berhujah sampai John Hopkins University di Amerika jemput dia untuk menyampaikan ucaputama.

Tapi satu perkara Anwar Ibrahim memang sah tak bijak. Dia tak bijak memilih kawan. Habis makhluk yang dianggapnya "kawan" mengkhianatinya. Dari Nalakarupan, Ezam, Sidek Baba, Ruslan Kassim etc. etc dan terkini makhluk dari luar negara bernama Jusuf Kalla.

Geram betui dengan Anwar Ibrahim ni.

Adakah dia berpandangan tiada musuh atau kawan dalam politik?
Dulu musuh, sekarang boleh jadi kawan.
Dulu kawan sekarang boleh jadi musuh.

Begitukah?

Oi Datuk Seri Anwar Ibrahim! Meh Yong bagi tahu.

Hanya miker yang berpandangan begitu. 
Musuh miker tetap anggap miker musuh! 
Kawan miker pulak bila-bila masa boleh jadi musuh.

Yong tak catat apa Yusuf Kalla dah merapu macam orang mabuk jerubu. Komer boleh tengok sendiri dalam Malaysiakini atau mana-mana media yang komer suka. Tapi, Yong nak tanya: Macam itu ke kawan?

Sekarang cuma tinggal blogger pro-Pakatan Rakyat sahaja yang "kawan" dengan Anwar Ibrahim. Itupun, jika Anwar Ibrahim istiqomah dalam perjuangannya. Jika dia hanyut ke arah lain, keme pun tak sior kawan dah.

Contohi Tuan Guru Nik Abdul Aziz - The Best Leader.

NOTA: Definisi Yong tentang Kawan:

"Kawan" bermaksud seorang/sekumpulan manusia yang tidak mengkhianati seorang/sekumpulan manusia lain yang baik.

9 comments:

  1. Bagi teman..kawan yg baik ialah mereka akan tetapa berkawan dgn kita semasa kita berbuat kejahilan dan tidak jemu menasihati kita agar keluar dr kejahilan kita! Dan kita juga wajib melakukan seperti itu keats kawan2 kita! Ramai manusia berkawan kerana sesuatu yg bakal dan boleh di perolehi dari satu sama lain. I beg to differ with yong on ur terms mengkhianati..bcis some people thought when u advuse them persistently..u betray them!
    But aftr all well said of this topic.

    P/s
    most muslims..tend to fall into this trap., including me..but for mukmin and mukmins..they juz won't!

    Cheers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ashburn

      Bagi Yong tidak mengkhianati itu termasuk menegur mana yang tak betui. Kalau kawan dah salah tapi kita diamkan saje, maknanya kita dah mengkhianatinya.

      Delete
  2. Salam Yong, Ramai orang Malaysia heboh pasal Syiah menyembelih Sunni di Syria, tapi Sunni sembelih Sunni di Malaysia, negara sendiri, mereka tidak nampak dan tidak ambil peduli

    ReplyDelete
    Replies
    1. itule dia, bila menantu dah seruper hantu

      Delete
  3. Kawan yg baik adalah kawan yg berusaha mmperbetulkan bila kita tersilap dan ebrsama ketika dalam kesedihan. Kawan yg lari bila mereka senang atau ketika kita dalam musibah.. mereka dalah kawan yg khianat

    ReplyDelete
  4. Aku tak pernah langsung anggap Anwar Ibrahim sebagai 'kawan'... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cenangau

      Kalau gitu miker anggap dia 'musuh?'

      Delete
  5. yeah..Count me in too. Kawan dia byknya pun jenis opportunist. Kawan masa susah dia ada tapi bila semua senang sikit makin ramai kawan dia dulu jadi tamak haloba, lupa diri, senang kena pancing dgn duit/ diugut.

    Byk jadi pembelot yg cakap pun merapu with no wisdom...tapi cukup ler untuk bikin kacau mentaliti/undi Melayu hutan.. character assassination.. somehow backfire/thwart his political game plan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.