Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 1 July 2013

RAHSIA AZALINA - DIA NAK HALAU LEMBU?

LEMBU NAK KEMANA?

Biarlah Yong pecahkan satu rahsia - Yong kenal Azalina ketika dia menjejakkan kaki ke Menara Gading. Dia seorang yang berterus-terang, rajin, extrovert dan akan berjuang demi menegakkan apa yang dia percaya. Dia akan mempertahankan apa yang dia percaya telah tidak mendapat layanan yang baik - Dalam bahasa Inggerisnya = she stands by those who she thinks have been badly treated.

Dr Mahathir nampak kelebihan Azalina. Sebab tu Mahathir ambil dia untuk mengetuai Puteri UMNO. 

Tetapi Azalina tidak rela menjadi "bayang-bayang" Mahathir, atau "bayang-bayang" Sharizat. 

Sharizat pula telah menjadikan wanita UMNO bagai lembu, seperti dakwaan bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim:

SETERUSNYA DI SINI

Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa Yong tak cerita tentang keburukannya?

Oh, Yong takkan cerita, walaupun Yong tahu. Kalau cerita maknanya Yong mengumpat. Selagi masih bernyawa, dia masih ada ruang untuk memperbaiki dirinya.

Kenapa dia nak bertanding menentang Sharizat?

Mudah sahaja jawapannya: Dia nak halau lembu-lembu dalam UMNO.

Yong tak kata lembu itu semestinya duduk dalam Wanita UMNO yer...

Kah Kah Kah!

Lelaki-lelaki dalam UMNO sudah kecut!

Siapa yang paling kecut?

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.