Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 15 July 2013

BERHATI-HATILAH! AYAM BUSUK, JANGAN MAKAN


AYAM BUSUK

Tak tahu yang busuk ni apa atau siapa. Ayam atau orang?

Menteri kata jangan beli ayam. Tapi Yong degil, Yong beli juga. Kenapa Yong beli? Sebab dah lama tak beli ayam pasaraya. Selalunya Yong beli ayam kampung dari pasar tani. Yong selang seli dengan ayam organik.

Tapi kali ini Yong beli drumstick ayam dari hypermarket terkenal. Hati kecil kata, jangan. Tapi sebab ingat nak grill...

Seperti selalu, ayam campur rempah ratus, masuk dalam ketuhar. Siap.

Masuk waktu berbuka puasa, Yong rasa ayam macam tak segar. Takut mungkin masalah deria rasa Yong minta Bodyguard rasa jugak. Deria rasa Yong memang super sensitif. Tapi kali ini sah! Ayam memang tak berapa segar. Ayam tolak tepi. Nanti basuh, bagi kucing jer.

Mujur ada lauk lain…

Hampeh! Disebabkan harga ayam dah naik, hypermarketpun jual daging ayam yang dah tak berapa segar. Entah bila sembelih. 

Kekurangan supply ayam ini nampaknya dah menimbulkan masalah lain. Masalah kualiti ayam sudah diketepikan demi memenuhi permintaan.

Pihak penguatkuasa tolonglah!

Jangan hanya serbu pasar dan peniaga kecil. Hypermarket juga kena selalu dipantau.

Menteri dan peniaga ayam dan ayam nampaknya sama saja.

Menteri bangang. Peniaga ayam tamak. Ayam busuk.

Nasihat Yong: Belilah ayam di pasar basah. Mungkin mahal sikit. Tapi ayamnya lebih segar. Selain kita tolong peniaga kecil, kita juga tidak menyumbang untuk menambah kekayaan kapitalis.


8 comments:

  1. Assalamualaiakum Yong;

    Salah sendiri Yong, beli di Pasaraya. Saya dari dulu lagi tak pernah percaya dgn barangan basah Pasaraya... sebab diorang ambil stok dan simpan berhari2.

    ReplyDelete
  2. Salam Isa

    Memang Yong salahkan diri sendiri sebab tak ikut gerak hati yang kata jangan beli. Yong ingat okay sebab ramai yang beli.

    Dah tobat. Takde nak beli ayam kat pasaraya lagi.

    ReplyDelete
  3. Wak kalu nak makan ayam, ambil kat reban dan potong sendiri aje..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Wak

      Saja wak nak bagi Yong jeles. Kat rumah teres ni macam mana nak bela ayam? Nanti marah pula bandaraya!

      Delete
  4. Ayam ker beras ker apa barang pun keperluan dapur rakyat Pak Menteri akan divert & seek the scapegoat. Ro$ymah leh jadi Menteri kalau macam tu Hasan Malek bagi cadangan. Ro$ymah cadang kita takyah pakai gula bila gula naik harge untuk kesihatan. Malek cadang kita tak makan ayam lak dah. Habih daging lembu, ikan tu murah drp ayam ker? Apa punya Menteri tak buat kerja dia cari punca msalah isu kenaikan harga barang, to tackle the problems?

    Saya pun leh jadi Menteri ..agaknya ler! hehe...Saya cadangkan C+++ sebagai Menteri Ketamadunan & teknologi Melayu & Islam , instead!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kena jadi senator le pulak.

      BTW, ikan lagi mahal dari ayam. Hari tu Yong pergi pasang, sorang pakcik tu beli ikan kurau sekor, RM90.00. Ayam baru RM17.00. Agak2 Yong.

      Delete
  5. Kesian kat kucing,,, dapat lebihan makanan manusia yabg dah kena reject... kih kih kih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Manjungmari

      Malangnya malam tu kucing Yong pun reject ayam tu...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.