Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 16 July 2013

SIAPA KATA YONG TAK TAHU APA-APA TENTANG TERENGGANU? [GAMBARAN YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG]

Sebenarnya Kuala Besut menyimpan sebutir mutiara yang tidak diketahui atau sengaja dibenamkan di dalam dasar Laut China Selatan.

Kuala besut yang memiliki sejarah keilmuan Peribumi Melayu (Malay indigenous knowledge) yang tinggi itu kini hampir pupus kerana pemerintah langsung tidak peka…Langsung tidak peka.

Kuala Besut bukan semata-mata sebuah perkampungan nelayan!

KAPAL NELAYAN BERLABUH DI KUALA BESUT MENUNGGU UNTUK DIPERBAIKI

Benar. Potensi Kuala Besut tidak pernah diberi perhatian dalam k-economy ala maqasid-syariah UMNO.

Gambar di atas bukan semata-mata kapal nelayan yang rosak. Tapi sebuah potensi yang terabai. Kerana apa? Kerana kerajaan Terengganu ingat menubuhkan Perwaja, membina chalet dan menganjurkan Monsoon cup itu paling hebat. 

Benar. Kuala Besut telah diabaikan dari rancangan pembangunan pada masa lalu dan tidak ada peningkatan yang ketara dalam keadaan semasa infrastruktur dan kemajuan ekonomi.

Benar. Kuala Besut juga telah tidak diambil kira sebagai sebuah pelabuhan nelayan oleh kerajaan yang menerajui projek Kemasin Semerak. 

Kerajaan Terengganu/Persekutuan gagal mengexploitasi sumber tempatan untuk menjana ekonomi penduduk tempatan.

Apa yang Kuala Besut dapat?

PEKERJA SIAM SEDANG MEMPERBAIKI KAPAL

Kapal nelayan rosak, tersadai lama menunggu untuk diperbaiki kerana tiada orang tempatan yang pandai memperbaikinya.

Kalau kapal rosak, nelayan buat apa Mat Said oi? Takkan nak suruh nelayan jadi petani atau pemandu pelancong?

BOS SIAM SEDANG MENYELIA PEKERJA SIAM MEMPERBAIKI BOT

Tiada tukang baiki kapal tempatan. Kapal yang rosak terpaksa diperbaiki oleh tukang dari Siam. Semua - dari bos sampai kepada kuli, semua orang Siam.

PAKU IMPOT DARI SIAM

Bukan hanya tiada orang tempatan yang ada kepandaian memperbaiki kapal, peralatan untuk memperbaiki bot pun kena impot dari Siam!

Sepatutnya, bila ada nelayan, tentu ada elemen sokongan berikut:
  1. Kapal. 
  2. Pembuat kapal. 
  3. Pembaik-pulih kapal. 
  4. Peniaga peralatan memperbaiki kapal.
Malangnya semua elemen bermasalah. Elemen 1 dan 2 hampir pupus. Elemen 3 pula tidak wujud. Elemen 4, kena cari di luar negara. Ini pandangan pembuat kapal di Pulau Duyung, Terengganu.

Justeru, di mana elemen sokongan untuk servis kapal dan nelayan Kuala Besut?

Itulah nasib industri perikanan Kuala Besut. Kontrak ratusan ribu memperbaiki kapal terpaksa diserahkan kepada orang Siam kerana kerajaan gagal mengenalpasti potensi tempatan bagi menjana ekonomi tempatan.

Benar. Kuala Besut memerlukan wakil yang boleh mengenal pasti isu-isu utama yang serius yang memberi kesan kepada penduduk tempatan.

Ceramah, ceramah dan ceramah tidak dapat memenuhi keperluan pembangunan lestari penduduk Kuala Besut.

Dapatkah calon PAS Azlan Yusof, atau lebih dikenali sebagai Che Long, sebagai seorang yang telah dikenali kerana kemurahan hati beliau untuk membantu penduduk tempatan dan juga sebagai 'budak' tempatan memahami isu-isu mendesak yang dihadapi oleh nelayan dan industri perikanan?

Jika menang bolehkah beliau menjadi "champion" untuk menggarap potensi tempatan bagi menangani masalah tempatan?

Sebaliknya, dapatkah Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, bekas jurutera awam JPS, Memenuhi keperluan jangka panjang penduduk Kuala Besut?  

Yang lebih penting, jangan percaya politik fitnah MP Pasir Salak. 

BERILAH PELUANG KEPADA YANG FAHAM MASALAH. BUKAN HANYA FAHAM TEORI TENTANG MASALAH.

5 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hehehe.... satu benda yang DeeDee Yong terlepas pandang.... Hahahaha.... tue siap ader lampu Halogen (lampu limpah) khas untuk kapal dan bot yang ader terbongkang rosak tue... Hahaha...

    Kat tempat lain mana ader disediakan lampu.... hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Yong datang siang. Tak perasan pulak lampu tu idup ke mampus.

      Delete
    2. DeeDee Yong...

      Hahaha... itu sumer buat gempaq jer... gua rasa aaa lampu tue tak nyala... hahaha... gimik jer lebeyy... hahaha

      C++
      CipanTapirTenuk.Blogspot

      Delete
  2. kak yong,
    mak bapa mana yang nak anak nya mencari rezeki sebagai nelayan walau pon dgn peralatan canggih? sekarang pon kita dapat lihat harga harga ikan naik...kerajaan banggang mana tau cara tangkap ikan..tangkap duit adalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abdul Aziz

      Di negara sebelah Norwagian (Norway, Denmark dan Sweden) nak jadi nelayan kena ada ijazah perikatan, atau agric engineering atau apa-apa yang relevan dengan laut. Negara demer amat maju.

      Kapal demer ada sistem elekronik yang canggih. Kalau tak sekolah tak tahu guna. So, mentaliti tak mahu anak jadi nelayan itu kena diubah.

      Tapi kalau nelayan tu sinonim dengan kemiskinan, siapa nak jadi nelayan?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.