Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 20 July 2013

UITM BAKAL MEMBAYAR HUTANG RM1 JUTA SETIAP HARI SELAMA 20 TAHUN KEPADA SYARIKAT PFI? (VIDEO RAFIZI).

Fast forward ke minit 12.00. Di situ Rafizi bangkitkan isu PFI UiTM.

Terima Kasih Rafizi. Teruskan bongkar!!!!!




Kiraan perbelanjaan bayaran balik hutang UiTM dalam projek mengikut kaedah Private-Finance Initiative (PFI):

Menurut Rafizi, jika diambil contoh, Kampus Tapah.

Sewa tahunan: RM57,000,000.00 (RM57 juta).
Jika membayar sewa selama 23 tahun, jumlah bayaran balik ialah: RM57,000,000.00 x 23 = RM1,311,000,000 (RM1.3 billions).
Jika 6 kampus menggunakan kaedah yang sama, jumlah bayaran balik ialah: RM1,311,000,000.00 x 6 = RM7,866,000,000.00 (RM7.7 billions).

Harus diingat, kos pembinaan kampus UiTM Tapah ialah RM285,000,000.00 (RM285 juta) sahaja. Namun, seperti yang didedahkan sendiri oleh Pengerusi Menang Corporation, kos pembinaan kampus UiTM Seremban jauh lebih tinggi, iaitu RM300,000,000.00 (RM300 juta):

MENANG CORP

Kos pembinaan kampus Pasir Gudang pula ialah RM308,000,000.00 (RM308 juta):

SUMBER UTUSAN

Dengan itu sudah tentu perbelanjaan bayaran balik lebih tinggi berbanding kampus Tapah.

Justeru, tidak hairan jika pembinaan kaedah PFI digunakan untuk 6 kampus, anggaran perbelanjaan  bagi membayar hutang UiTM boleh mencecah sebanyak RM360,000,000.00 (RM360 juta) setahun, iaitu hampir RM1,000,000.00 (RM1juta) setiap hari.

Jika RM360,000,000.00 x 23 tahun = RM8,280,000,000.00 (RM8.3 billions).

Sedangkan menurut kata Menteri Pengajian Tinggi, kos pembinaan 6 kampus UiTM ialah RM1.8 billions sahaja.

UiTM akan menjadi universiti paling terbilang kerana banyak hutang.

Jangan fikir UiTM takkan naikkan kos pengajian. 

Kalau UiTM tidak naikkan kos pengajian, dari mana dapat duit bayar hutang, kalau bukan dari pembayar cukai?

Rakyat mohon pencerahan dari Kerajaan 1Malaysia dan UiTM.

7 comments:

  1. Replies
    1. Salam Hussain

      Agreed. No offence, but he is the best, so far compared to other PKR leaders.

      Delete
  2. malangnya rakyat Malaysia memilih parti yang diwakili oleh pemimpin lembab tapi korup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mansor

      Rakyat jahil. Cuma baca berita harian, utusan malaysia dan tengok TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, TV8 dan Astro. Tengok cerita hindustan dan cerita cinta sex luar nikah.

      Delete
  3. gua respect sama mu lah rafizi!!!!JANGAN JOIN GENG2 LEMBU!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maie

      Rafizi prihatin masa depan rakyat Malaysia. Geng2 lembu cuma jaga perut jer...

      Delete
  4. Majoriti Melayu Malaysia kaya..termasuklah yang tinggal diluart2 bandar dan pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak...sebab tulah mereka menolak tawaran2 PR dlm PRU13
    1. Pelajaran percuma
    2. Penghapusan tol
    3. Penurunan cukai eksais kereta
    4. Penghapusan PTPTN

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.