Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 2 August 2013

BAGAIMANA KALAU AHLI BIASA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA AHLI MAJLIS SYURA? (UPDATE)

GAMBAR HIASAN SAHAJA

Yong bukan nak menghina tahap ilmu sesiapa. Kalau komer mengaku ada ilmu mengenai Islam yang tinggi, tak kirale usuludin, politik Islam, ekonomi Islam atau undang-undang Islam, maka Yong terima pengakuan itu. Takde le Yong nak dispute.

Tapi Yong ada tanya beberapa ustaz, dalam kuliah kat universiti dulu:

Ada tak belajar decision making techniques? 
Ada belajar tentang policy implementation processes? 
Ada belajar strategic management? 
Ada belajar competitive intelligence?
Corporate governance? 
Knowledge mangement? 
Structural engineering?
Fluid mechanics? 
Data processing?
Radiography?
Toxicology?
Statistical data analysis? bla...bla...bla...

Jawapan pada semua soalan "La!"

Tapi bila tanya pada jurutera, pegawai tadbir, pengurus, etc. yang beragama Islam:

Adakah komer belajar pendidikan Islam?
Semua jawab "Ya!"

Demer belajar dari tahun 1 sampai ke tingkatan 5.
Bagi setengah universiti tempatan, kursus Pendidikan Islam itu juga kursus wajib, di samping kursus teras bidang pengkhususan.

Tentulah apa yang demer belajar ni tidak cukup untuk mentafsir hadith etc...
Samalah macam yang ustaz-ustaz itu belajar matematik dan sains am masa sekolah dulu tentu tak boleh menjawab segala persoalan berkaitan kehidupan manusia sekarang. 

Tapi ada dua soalan cepumas yang di "design" dengan cantik oleh C++. Soalannya Yong kopipes di sini:

"Aderkah sebagai seorang yang alim dalam bidang agama Islam dibenarkan membuat fitnah tanpa sandaran aper-aper bukti dan fakta terhadap orang lain"

dan

"Aderkah hukum haram membuat fitnah itu hanya jatuh kepada orang yang bukan alim ulama sajer"

Nak tahu seterusnya komer baca soalan tu di sini. Soalan itu ustaz-ustaz boleh jawab.

Yong juga nak tahu apa jawapan soalan itu.

N3 berkaitan dengan soalan itu adalah ayat berikut:

“wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

Baca di sini dan tuduhan berikut terhadap kumpulan yang mohon pencerahan:

“Adakah ini cubaan menjatuhkan Abdul Hadi oleh 'Mahathir PAS' sebagaimana Mahathir Umno pernah jatuhkan Pak Lah? Jadi, siapa ‘Najib PAS’ yang hendak gantikan Abdul Hadi?" 

Baca di sini

Ini kerana kita juga tidak mahu soalan yang menjadi tajuk N3 ini menjadi kenyataan.

3 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Alamak... Yong sudah cucuk gua punya artikel... hahaha... panas nih... lagi la gua kena hantam sama itu geng... hahahaha

    Takper... gua layan jer... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Sabor yob.

      Anyway, I could not have framed the questions any better than yours.

      Berani kerana benar. Takut kerana salah. Kita tanya bukan kerana kita anti wala'. Kita tanya sebab kita takmo ahli PAS jadi macam orang sebelah sana yang kena cucuk hidung.

      Delete
  2. Slm srlmt menyambut lailatul qadar

    Jom register parti a.b.u
    . untuk
    Ganti parti ajaran sesat paz
    . dan
    Umngok parti hipokrit melayu (jaguh kpd pnduduk bahlol di kg kg melayu mundur)

    Syarat keahlian. Perlu jd bekas ahli umno.

    Modus operandi , bertanding d 30 kerusi paz gagal tembusi sejak 50 tahun lalu dgn amalan sesatnya

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.