Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 16 August 2013

BAGI SETIAP 100 ORANG PENDUDUK MALAYSIA, SEORANG ADALAH PENJENAYAH

Ini kes harapkan pagar, pagar bagi masuk perompak! Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk menjaga keselamatan rakyat?

KUALA LUMPUR - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan dengan sengaja melepaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, Isnin lalu.

Kpl M. Eamulai, 52, didakwa melepaskan Osuji Kelly Prince, 25, yang ditahan atas kesalahan dadah di Lokap Berpusat Jinjang, di sini, antara 9.30 pagi dan 10.46 pagi, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 225 (C) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes tersebut adalah serius kerana tertuduh melepaskan tahanan yang berhadapan kes dadah yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Katanya, alasan yang dikemukakan peguam G. Ganeson mengenai penyakit yang dihidapi anak guamnya iaitu sakit tulang belakang akibat kemalangan dan kencing manis tidak disokong oleh dokumen sah atau bukti di mahkamah.

Bagaimanapun, Suzanne berkata beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Hakim Dazuki Ali tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Ogos untuk sebutan semula kes. - Bernama


Kata Menteri jaga keselamatan, ada 260,000 penjenayah di Malaysia. Anggaran bilangan rakyat Malaysia adalah seramai 28.3 juta orang.

ZAHID NAK MENAKUTKAN RAKYAT MALAYSIA?

Ini bermakna, jika komer duduk dalam satu kawasan perumahan, tentu ada di antara jiran komer itu penjenayah.

Bilangan penjenayah ini tidak termasuk pengganas Sulu, PATI dan pelancong. Ini kerana demer semua bukan penduduk Malaysia dan tak masuk dalam census.

Bilangan penjenayah ini tidak termasuk remaja yang buang bayi kerana demer tidak menggunakan senjata api.

Bilangan penjenayah ini tidak termasuk kes kesalahan moral seperti khalwat, minum arak dan judi di kalangan umat Islam. Ini kerana demer tidak dianggap penjenayah.

Bilangan penjenayah ini tidak termasuk ahli politik atau kaum kerabatnya yang pukul orang kerana demer adalah golongan "tidak boleh disentuh."

Bilangan penjenayah ini tidak termasuk mereka yang memfitnah ahli politik PR untuk membunuh kerjaya demer dan penyokongnya kerana senjata yang digunakan hanyalah media perdana.

Bilangan penjenayah ini tidak termasuk yang sedang bermastautin dalam pusat serenti dan penjara kerana menteri kira hanya yang masih bebas.

Kalau dimasukkan semua itu dalam jumlah penjenayah, statistik Zahid akan runtuh dan punah ranah!

Untuk makluman, kira-kira 9 juta rakyat Malaysia adalah dalam usia 1 hari hingga 14 tahun. Belum boleh masuk dalam statistik penjenayah.

Wah! Amannya Malaysia!

1 comment:

  1. Salam kak yong.. pekabo kak yong & famili, lepas raye ni?

    Si Zahid sorang ni kena tau kita bukan saja tak mau "Penjenayah Berat/indeks" sebenornye kite tak mau penjenayah terancang/berlesen (undi) macam dia & the gang, jugak ler..hehe

    EO ada pun macam takda, dulu tu. Jenayah indeks banyak jugak. EO takda pun takkan ler polis kite dah jadi pondan sampai takda kuasa nak siasat, tangkap atau tembak mati penjenayah yang dah 'main kasar', guna senjata & open fire in public?

    Alasan menteri saje nak coverline & adakan balik akta yang repressive,draconian ISA alike!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.