Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 6 August 2013

GAMBAR BIADAP NURUL IZZAH PULAK TERSEBAR!!!

YANG BERKHIDMAT (SUMBER)

Masa dia kecik dulu (maksud Yong masa dia belum jadi YB), Yong beberapa kali berjumpa dengannya. Berjumpa kerana hadir program, hari raya etc. Ini kerana, bukan hanya anak-anak saudara yang teruja dengannya, malahan ibu Yong pun sangat suka dan mahu mengambil gambar bersamanya. Nurul Izzah tidak pernah menghampakan karenah kami, walaupun tak kenal kami. Masa itu papa dia masih dalam penjara. 

Kak Cik (anak saudara) menyimpan sekeping gambar bersama Nurul Izzah atas meja dalam biliknya.

"Buat inspirasi." kata Kak Cik.

Kak Cik sekarang bekerja sebagai senior accountant dalam sebuah firma antarabangsa di luar negara. Usia Kak Cik baru masuk 30 tahun.

Yong bangga dengan Kak Cik yang mengambil Nurul Izzah sebagai ikon dia. Kak Cik dulu sikapnya penakut dan tidak tegas. Tapi tak sangka dia berubah menjadi seorang yang berani, berkeyakinan, assertive dan tegas walaupun semua teman sepejabatnya bangsa asing.   

Inilah YB (Yang berkhidmat), sumber inspirasi anak muda.

Syabbas Nurul Izzah. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

5 comments:

  1. Ish3x sepatutnya makcik yang cium tangan dia bukan dia yang cium tangan makcik.. Rosmah kena tengok n buat sidang media saman nurul izzah sebab mencium tangan rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Shahran

      Sebab tu setakat ini Yong respek budak ni.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    singgah sini komen.

    saya bangga dengan YB Nurul Izzah, kerana dia menghormati org tua. Walaupun pangkatnya tinggi, namun dia tdak mementingkan statusnya itu terhadap warga Tua seperti dalam gambar di atas.

    Patut dicontohi oleh semua menteri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Nana

      Ya betui. Harap diteruskan budi pekerti yang baik ini.

      Delete
  3. boleh kita nilai dengan anak menteri-menteri..anak orang pangkat besar..kendatipun anak pakar motivasi kita..hehehr

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.