Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 20 August 2013

HUKUMAN INGKAR BAYAR PTPTN: YONG SETUJU DENGAN BANK NEGARA

Mungkin ramai hot dengan Yong bila baca tajuk N3 kali ini.

Satu hari Yong duduk sembang dengan seorang Profesor yang baik hati salah tempat. Profesor ini ada rumah di Seremban yang disewakan kepada seorang janda yang anak-anaknya masih belajar.

Kata Profesor itu, janda itu selalu taknak bayar sewa. Katanya dia tak mampu. Anak-anaknya juga sedang belajar dengan berhutang melalui PTPTN.

Tapi Profesor tu heran jugak. Di rumah sewa itu, dia nampak ada carpet, ada settee, ada TV Flat-screen dan Astro. Tapi sewa rumah yang RM300 sebulan taknak bayar. Si Profesor tetap menuntut bayaran, dan si janda itu tetap berdolak-dalih. Dia tanya kami macam mana nak buat...

Oleh kerana si Profesor ni masih bujang, ada yang melawak suruh Profesor ni kahwin jer dengan janda tu...Selesai! Hahaha...

Ini pasal PTPTN pulak

Sekarang BNM akan kenakan sesapa yang ingkar bayar PTPTN dimasukkan dalam senarai CCRIS. Yong fikir kalau ikut perangai si ibu yang janda itu, kemungkinan besar semua anak-anaknya yang meminjam PTPTN akan masuk dalam senarai itu...Kesian!

Jangan salah faham. Yong menyokong pendidikan percuma. Tapi Yong tak sokong penghapusan bayaran balik pinjaman PTPTN. Hutang mesti bayar. 

Yong berpandangan sebegini, kerana sebagai rakyat Malaysia Yong merasa perit apabila melihat ada di antara pelajar yang meminjam duit PTPTN itu tidak menggunakan skim pinjaman tersebut dengan sebaik-baiknya. Anak orang miskin guna duit PTPTN untuk semua kehidupannya di kampus. Dari duit poket sampai ke kerja-kerja fotostat. Yang bagi sikit pada mak-bapak pun ada. 

Tapi, ada yang tak sedor diri; beli ipad, walaupun sepatutnya beli laptop. Ada yang beli telefon bimbit yang lebih canggih dari HP milik pensyarah. Ramai beli rokok, beli kasut sukan berjenama, menonton wayang, pergi salun mewarna rambut, makan di restoran mewah, etc...etc. Bila disuruh beli buku teks, sangat liat. Lebih suka buat fotostate satu buku, walaupun perbuatan itu salah kerana melanggar hak cipta pengarang/penerbit. Itukah prioriti sebagai siswa?

Wasatiyyah? Tiada istilah ini dalam hati siswa yang suka berfoya-foya.

Skim PTPTN sebenarnya amat lemah strukturnya sehingga mudah disalahguna oleh peminjam. Apabila keluar dari IPT dan mendapati kehidupan itu tidak sebagaimana diharapkan, PTPTN menjadi beban yang sukar digalas.


Menyenaraikan nama peminjam yang ingkar hanya akan menyukarkan lagi kehidupan graduan? 

Benar 100%

  • Jika graduan baru kerja sudah nak beli kereta, sedangkan boleh naik bas atau LRT atau komuter, sah cari bala.
  • Jika masih ada hutang, bayar hutang dulu baru fikir untuk berhutang lagi kerana nak beli kereta, atau beli rumah. 
Itu pendirian Yong. 

Jadi Yong setuju BNM perlu bertindak untuk mendapatkan semula pinjaman!

Tetapi BNM mestilah adil ketika mengambil tindakan ini. BNM tidak boleh bertindak sehingga menganiaya golongan berikut:
  1. Graduan yang menganggur.
  2. Graduan yang memilih untuk menjadi isteri sepenuh masa.
  3. Graduan yang menjadi pencari rezeki untuk keluarga kerana menyara ibu-bapa yang tua
  4. Graduan yang mempunyai adik-beradik yang perlu ditanggungnya.
  5. Gagal dalam pelajaran.
Bolehkah BNM bersikap telus dan adil dalam meneliti setiap kes pinjaman?

Jangan kesal kerana telah menolak Pakatan Rakyat yang ingin memberi pendidikan percuma.

3 comments:

  1. bayar tetap bayar tapi tak perlulahh ccris..aku sampai sekarang bayar je tiap tiap bulan..lagi pun lepas graduate gaji berapa sen sangat kroni kroni berhutang tak pulak kena bayar ...hehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam digitalmaya

      Baguslah miker ader kesedaran begitu. Kitapun menyampah kat kroni yang get away with murder ni...

      Delete
  2. Apa nak jadi, jadilah...satu sen pun kami tak mau bayar..sebabnya..
    - den dulu bayar gak bulan2..tapi nengok tak kurang pun..makin bertambah adola..
    - oo...dgn rakyat nak ccris la apa la..tu nfc tu apa cer bro..
    - aku bukan takmau bayar tapi..bila minta skim ujrah tu..di reject la plak..ah gi mam la ptptn..
    - dulu masa nak belajar..terdesak takde duit..dah offer amik je la..sekarang bila nak bayar rasa macam ditipu plak..so aku tak bayar..padan muka aku..
    - kalau gomen suruh bayar prinsipal je..aku bayar..kalau ada caj2 mcm baik tak payah...karut je semua tu...ko tengok MARA..camne...tu baru la tolong namanya..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.