Pagi tadi Yong menerima sms yang amat panjang dari seorang warga akademik UiTM yang senior. Amat panjang sms itu hingga ada beberapa bahagian. Dia merujuk kepada kenyataan Perkasa dalam Utusan. Keseluruhannya dia mengeluh tentang nasib universiti yang dikhaskan untuk Bumiputera itu.
Yong copy and paste sms tersebut:
Perkasa sokong UiTM bawa masuk pelajar bodoh...Politeknik...kolej komuniti...IKM ada...tapi nak bawa masuk yang bodoh...
Kesan pada universiti...pada student...pada majikan...pada pensyarah.
Kualiti turun...lecturer senior banyak berhenti.
Kesan pada UiTM adalah penting dan kesan kepada negara...dan kepimpinan Najib.
Keadaan persekitaran bangunan yang kotor dan tak dimaintain...Yang sedia ada tak dijaga...nak buat banyak-banyak bangunan baru...
Taxpayersss say somethinggggg...
Kesan...
Hasil pengurusan UiTM yang lemah dan membuat keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang akan menjejas kualiti graduan dan kualiti pengajaran...
Kesan 1: Kualiti graduan UiTM
Kesan 2: Kualiti pensyarah.
Kesan 3: Jumlah research berkualiti.
Kesan 4: Jumlah publication.
Kesan 5: Kualiti infrastruktur dan peralatan.
Kesan 6: Kebajikan pensyarah tidak dijaga.
Ingat lagi kes makmal UiTM yang terbakar? Apa nak dikata? Pejabat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan pun terbakar juga...
Yang di depan matapun tak terkawal...Ini pula yang jauh di mata dan dikuasai sektor swasta (PFI).
MAKMAL TERBAKAR PADA 15 JULAI 2013 |
Ingat lagi kes makmal UiTM yang terbakar? Apa nak dikata? Pejabat yang sepatutnya bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan pun terbakar juga...
Yang di depan matapun tak terkawal...Ini pula yang jauh di mata dan dikuasai sektor swasta (PFI).
PEJABAT PEMBANGUNAN TERBAKAR PADA 3 APRIL 2013 |
Apakah yang dapat diterjemah dari keluhan warga akademik UiTM itu? Mengapa timbul rasa tidak puas hati warga akademik di atas tindakan VC UiTM untuk mengambil pelajar reject ini?
Persoalannya:
- Sudahkah telah dibuat perbincangan terlebih dahulu dengan pihak yang lebih pakar - pihak yang akan dikerah untuk mengasah belakang parang supaya jadi tajam - yakni pensyarah?
- Bukankah tindakan ini akan memburukkan lagi implikasinya kepada masalah employbility yang kini kritikal bagi graduan UiTM (baca di sini)?
- Adakah telah dikaji keupayaan tenaga pensyarah yang berpengalaman untuk mengajar pelajar yang kurang pandai ini?
- Tidakkah tumpuan yang lebih kepada mengajar pelajar yang kurang pandai ini akan menjejaskan kualiti penyelidikan, dan peluang UiTM untuk menjadi research university?
- Siapakah pelajar yang tidak cemerlang ini? Adakah anak orang miskin? Kabarnya ada di antara pelajar yang masuk mengikut skim Mengubah Destini Anak Bangsa datang dengan menaiki kereta mewah seperti Hummer, etc.
- Benarkah keputusan ini dibuat kerana UiTM perlu dana yang besar setelah mendirikan banyak kampus melalui kaedah PFI? (baca di sini). Dana ini boleh didapati melalui peningkatan bilangan pelajar.
- Dapatkah pelajar yang kurang pandai ini bersaing menghadapai kuliah yang sama dengan pelajar biasa, tanpa menjejaskan kualiti akademik?
- Bagaimana kalau gagal? Tidakkah ibu-bapa akan terbeban dengan hutang PTPTN?
Perlu difikirkan bahawa keputusan mengambil pelajar reject ini tidak sama dengan program pre-commerce. Ini kerana program pre-commerce memerlukan pelajar menambah bilangan semester demi mempersiapkan diri menghadapi semester diploma bersama pelajar lain. Itupun kita tidak boleh kata tiada anak VIP yang masuk program pre-commerce walaupun sebenarnya ia untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Jadi, tidak mustahil, pengambilan pelajar reject ini akan menyebabkan tujuan utama penubuhan UiTM akan tercemar!
Kementerian Pendidikan Tinggi harus peka dan mengambil tahu isu-isu ini.
Belakang parang diasah lagikan tajam. Betul. Tapi jangka masa yang diambil untuk mengasah belakang parang tentu memakan masa lebih lama dan sukar berbanding dengan mengasah bahagian depannya.
Perkasa - Komer dah ada senarai nama pelajar reject nak dimasukkan ke UiTM ke?
Apakah yang hendak kamu buktikan Tan Sri Sahol Hamid?
Salam Yong,
ReplyDeleteSaya kecewa dengan apa yang berlaku di UiTM sekarang ini. Kualiti graduan memang semakin teruk, bukan sahaja setakat akademik, tetapi juga attitude mereka.
Bahasa Inggeris mereka semakin bertambah buruk. Kebanyakannya mereka memang tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Ini mengherankan saya, kerana dulu-dulu Bahasa Inggeris diberikan penekanan yang tinggi dengan adanya kursus bahasa Inggeris untuk menambah baik kelemahan pelajar.
Ini ditambah pula dengan pensyarah yang juga tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Sungguh menyedihkan.
Bagi saya, cita-cita untuk menjadi mega universiti ialah cita-cita yang membunuh kredibiliti UiTM.
Kepincangan kualiti ini sudah boleh dikesan bagi yang menjalani latihan industri. Mereka ada budaya untuk membuat permohonan serentak kepada beberapa syarikat dan kemudian hilang begitu saja selepas tawaran dikeluarkan dan penerimaan dibuat. Ini bukan kes terpencil, ini sudah menjadi budaya mereka, dan kelihatannya tiada tindakan keras dari pihak UiTM. Bayangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh majikan yang menawarkan tempat ini. Meja, kerus, peralatan telah disiapkan, tetapi mereka tidak hadir.
Bagi saya, ini kegagalan UiTM dan juga semua pensyarah yang tiada bertanggungjawab terhadap budaya buruk ini.
Buatlah sebanyak komplen kepada UiTM, mereka tetap pekak dan terus pekak. Semakin buruk tanggapan pihak industri kepada graduan UiTM dgn kebebalan pihak akademik dan pentadbir. Mereka langsung lupa bahawa mereka ialah sebahagian dari kumpulan yang menghancurkan anak bangsa.
Apa salahnya...manusia semuanya sama, yang membezakan adalah kita ini yang mengaku pandai dan spesies istimewa. Pensyarah tdk boleh memandang rendah rendah pada para pelajar yg dilabel reject. Awak yg tulis itu pandai melangit ke? Pergilah bantu mereka anak bangsa kita tu. Jangan beri banyak alasan dan tidak ada yang mustahil.
ReplyDeleteUnknown,
DeleteYang menulis sms pada Yong tu tentu lebih pandai dari pelajar kerana dia pensyarah bertaraf Profesor Madya. Dia tahu menilai apa yang berlaku di kelilingnya.
Yong pula takde nak mengaku diri ini pandai melangit. Ini kerana yang di langit dan di bumi hanya Allah yang tahu.
yong dah tulis tentang diri Yong di sini:
http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/02/ghopernyer-selama-ini-yong-belajor.html
Banyak cara nak bantu anak bangsa. Masukkan ramai-ramai pelajar lemah ke universiti yang kekurangan pensyarah bukan salah satu caranya.
Allah jadikan manusia mempunyai keistimewaan masing-masing! Semua manusia ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Ya manusia itu semua sama, tetapi bukan semua manusia sama kepandaiannya. Allah tak jadikan semua manusia mesti belajar di universiti! Kalau begitu siapakah yang akan jadi tukang paip (plumbers), juru kimpal, ((cablers),tukang buat rumah (house contractors), tukang kayu, (carpenters), tukang bersih pakaian (dhobiers, cleaners), juru solek (make-up artists), tukang gunting rambut (hairstylists), tukang buat roti (bakers), tukang baiki kereta (car repairers), dan macam-macam lagi pekerjaan berkemahiran tinggi yang sangat kurang diceburi anak Melayu, gara-gara tiada galakan ibu bapa kepada anak-anak terhadap masa depan pekerjaan tersebut? Ini semua kerana pelajar dan ibu bapa sendiri gagal melihat potensi yang ada dalam bidang-bidang ini, kononnya percaya kerja-kerja orang yang berjaya adalah semata-mata dari lulusan universiti! Kerajaan bina IKM, dan lain-lain Badan Latihan Kemahiran, namum, pelajar tetap memilih untuk bekerja senang duduk di meja dan di bilik berhawa dingin sahaja! Arwah ayah saya pernah memberi latihan kepada pelajar IKM, dan ada diantara muridnya jadi jutawan sekarang! Pelajar yang ke universiti adalah mereka yang mampu berfikir tahap tinggi! bermakna mereka sudah ada kemahiran utama asas yang penting seperti berkeupayaan berkomunikasi dengan efektif dalam mana mana bahasa yang digunakan. UiTM bukan tempat untuk mengajar anak-anak perkara asas ini! UiTM seperti universiti-universiti yang berkredibel adalah tempat untuk mengasah kemahiran berfikir tahap tinggi! Oleh itu meletakkan anak-anak yang tiada kecenderungan untuk melaksanakan kebolehan ini (bukan kerana mereka bodoh, tetapi kerana mereka mempunyai keistimewaan kemahiran lain) adalah langkah yang kurang bijak! Ia tidak mengujakan pengajaran kerana pensyarah terpaksa mengerahkan tenaga kepada membina perkara asas yang tiada pada pelajar tersebut! Ini adalah langkah terkebelakang yang sekian lama telah dibebankan di bahu pensyarah UiTM yang sepatutnya menggunakan masa disamping memberi kuliah setimpal, juga boleh menjalankan penyelidikan yang menjadi KPI bagi pensyarah. Tidakkah peliknya budaya bekerja UiTM ini yang "mengimport" pelajar ( berbeza kemahiran) ini kemudian pensyarah disaran supaya melatih mereka ini dengan sempurna tanpa mengira masa, tetapi apabila tiba waktu kenaikan pangkat, ditanya pula berapa banyakkah research yang pensyarah telah lakukan? Usaha memasukkan pelajar seperti ini kerana percaya "Belakang Parang Kalau di Asah.....) tidak boleh dipakai lagi namun jika ianya diteruskan juga, akan menjadi exposure yang baik bagi pelajar meihat sendiri bagaimana teruknya UiTM yang tidak mampu menjaga hal ehwal pensyarahnya dengan baik dan bagaimana tidak kondusifnya infrastuktur yang ada sekarang bagi pelajar sendiri! Jangan terperanjat pelajar-pelajar yang meradang akibat dari keadaan tidak senonoh inilah juga bakal jadi pembangkang nanti, (yang memang sudah pun jadi trend terbaru sekarang)! Tolonglah stop this nonsense!
ReplyDeleteSalam Jane Duncan
DeleteYong tahu ada pensyarah yang terpaksa kerja malam. Kadangkal terpaksa kerja sampai jam 2.00 pagi kerana kerja non-academic yang terpaksa dibuat oleh pensyarah. Kemudian apabila pelajar gagal, pensyarah dipersalahkan.
Yong ada anak sedara yang enggan sambung belajar setelah tamat SPM kerana mahu mencebur dalam bidang yang dia suka- kimpalan. Sekarang dah ada bengkel sendiri. Pelanggannya termasuk PDRM!
Pokoknya, mahu usaha atau tak mahu?
Jane Duncan,
ReplyDeleteJangan tak heran, kerana UiTM telah melahirkan ramai anti BN dari kalangan pelajar dan juga kalangan pensyarah. Sudah berpuluh tahun berlaku.
Salam Metaphysics
DeleteKata rakan Yong yang hantar sms itu, cara pengurusan UiTM yang teruk inilah yang membuatkan Shah Alam jatuh ke tangan pembangkang. Tak tahu betul tak betul. Tapi ternyata Perkasa pun gagal merampas kembali Shah Alam pada PRU13, walau dengan pengundi hantu sekalipun.
Waalaikumussalam Yong,
DeleteMungkin pandangan rakan Yong tu ada 'weight', tapi bukan main factor. Yang saya boleh kata pasti, (dan saya dapat info dari orang BN sendiri) ialah faktor orang atasan BN yang tidak mandang kepada orang awam. Mereka kan sentiasa lupa bahawa orang awam di Selangor ni ramai yang bijak dan reti matematik...
Kalau lah org atasan BN pun tak mandang org bawahan BN, agak-agak mereka nak mandang orang bawahan peringkat awam ni ke?
Jika orang atasan UiTM bersikap seperti orang atasan BN (yang sebenarnya mereka adalah dari group yang sama, kalau tak, masakan boleh naik ke atas) maka kata-kata rakan Yong itu ada kebenarannya dan terkena dan terpakai kepada orang bawahan UiTM yang berada/mengundi di Shah Alam. Ada juga antara staff UiTM Shah Alam dengan terang terang melakukan penentangan.
Tapi Yong, kalau dikaji, sebenarnya orang BN sendiri lah yang mencipta kita yang menentang mereka. Mereka akan menghentam orang-orang yang berbeza pendapat, dan kita pun mencari platform lain untuk bersuara...
Entahlah. Yong bukan pengundi Shah Alam. Tapi pengirim sms itu aliran politiknya UMNO. Ahli UMNO seumur hidup.
DeleteDiapun rapat dengan kumpulan UMCEDEL. Mungkin dia tahu apa yang kita tak tahu.
yup, kalau saya tahu perkara ini dari awal dah lama saya reject UITM dalam hidop,
ReplyDeletedi uitm, pelajar2 yang berkualiti akan menjadi tidak berkualiti sebab syarikat2 luar
mmg dah mark pelajar UITM nie low quality, tengok sendiri lah, betapa bnyknyer
kekurangan dalam pengurusan mereka, bukan itu sahaja suara2 mahasiswa yg
berilmu tidak diendahkan langsung.. mereka hanya memikirkan kepentingan
untuk mereka sahaja, dan baru ini mereka ingin menjatuhkan hukuman terhadap
pelajar uitm di sabah kerana share hal2 politik di FB, apakah yang bermain di
fikiran uitm??? hak memilih pemimpin adalah hak masing2 bukannya di wajibkan
menyokong UMNO, selain itu pihak uitm sendiri membawa angkatan UMNO mereka dalam uitm, apalah nak jadi