Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 15 August 2013

YONG TIDAK AKAN BUAT TOHMAHAN POLIS TAK BUAT KERJA. SYABBAS POLIS.

GAMBAR DARI INTERNET

Setelah video jantan dayus ini belasah isteri dalam lift tersebar di internet, polis mengambil tindakan memburunya.

Oleh kerana Yong salah seorang blogger yang telah menyebarkan video CCTV tersebut, maka kali ini Yong siarkan juga keputusannya.

Harap pihak polis meneruskan kerja baik ini - memburu pendera wanita dan kanak-kanak. Jangan dok asyik memburu pembangkang dan bloggers pro-PR. Kami bukan penjenayah. Kami sayang agama kami, negara kami dan rakyat Malaysia.

GEORGETOWN: Lelaki yang menjadi buruan polis selepas membelasah isteri dalam lif sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam, Isnin lalu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 4.45 petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.

"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini melawat mangsa di rumahnya di Mengkuang.

Polis juga kena buru 266,002 penjenayah yang masih bebas! Eh? Bukanke menteri jaga keselamatan kata ada 266,000 penjenayah? Mana datang 2 itu? Ini Yong akan tulis kemudian.

2 comments:

  1. A'kum Yong

    Kesian orang-orang yang menjadi anggota polis kan?
    Memburu penjenayah, membontoti orang besar, mengintip dan mengekang pergerakan pembangkang di atas arahan dewa kayangan dan sekarang memburu penjenayah yang lebih bahaya - penjenayah berpistol pulak!

    Yang brutal dengan bini pun ramai gak. Tapi jenis manusia begini biasanya amat pengecut dengan sesama jantan. Itu dari penghayatan dan pemerhatian sayalah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Dulu masa Yong jadi pensyarah sambilan (PLK, PJJ) IPTA, ramai jugak Yong jumpa pegawai polis sebagai student Yong.

      Kesian Yong tengok demer, tersepit di tengah-tengah. Iman pulak lemah...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.