Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 8 September 2013

APAKAH PERSAMAAN ANTARA FATHUL BARI, LIM GOH TONG DAN SAMY VELLU?

Mungkin tajuk N3 kali ini patut berbunyi:

APAKAH PERBEZAAN ANTARA FATHUL BARI, LIM GOH TONG DAN SAMY VELLU?

Bila sebut beza, mungkin ada yang nampak dari segi fisikalnya.

Entah di mana Ustaz Fathul Bari dalam tahun 2004. Tetapi hari ini tulisannya dalam Sinar Harian bagai satu regressi dan siaran ulangan kejadian pada tahun itu.

HARGA BARANG NAIK UJIAN ALLAH BUAT SI MISKIN?

Tulisan keseluruhan Fathul Bari boleh di akses di Sinar Harian.

Malangnya tulisan ulama UMNO ini amat mirip dengan pandangan Lim Goh Tong dan Samy Vellu dalam tahun 2004.

SALAHKAN ALLAH APABILA DITIMPA BENCANA?

Rencana asal masih ada di Malaysiakini.

Sudah tentu Fathul Bari tidak belajar dari Lim Goh Tong dan Samy Vellu kerana dia ulama yang belajar agama di negara Arab. Ini berbeza dengan Lim Goh Tong (tokey judi) dan Samy Vellu (ahli politik) yang kafir.

Tetapi itu sahajakah perbezaan antara Fathul Bari, Lim Goh Tong dan Samy Vellu?

Komen ringkas Ustaz Dr Asri paling tepat untuk dijadikan metafora tahap keilmuan atau ketololan hujah Fathul Bari:

PENDIK TAPI TEPAT

Dr Asri pernah menghurai topik pemasalahan kehidupan dan politik yang berkaitan pada tahun 201I (di sini).

Sepertinya ini petanda kiamat telah hampir. Yaitu, apabila orang tidak boleh dipercayai akan dianggap sebagai boleh dipercayai dan yang boleh dipercayai akan dianggap sebagai tidak boleh dipercayai.

Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW bersabda; “Sebelum kiamat tiba, akan muncul tahun-tahun penuh penipuan. Ketika itu orang yang jujur akan dicap pendusta, sedangkan seorang pendusta justeru akan dipercaya dan orang-orang bodoh akan diangkat berbicara.” (Hadia Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah).

UMNO yang dekat kiamat atau bumi ini?

ENDLESS POSSIBILITIES.

4 comments:

  1. Aduhai...Ustaz Goh Tong,Ustaz Vellu dan Ustaz Fatul Bari, inilah Ustaz 1Malaysia! Kerjanya merekrut Allah. Lepas berak, suruh Allah basuh tahi! Dulu Ustazah Shitah kata melacur boleh sebab Allah 'understanding' sebab terdesak, dan kini Ustaz Fatul Bari kata Allah pula yang 'rasionalkan subsidi' dan sebabkan kesusahan pada simiskin! Ustaz jenis ni, kalau jumpa patut baling tahi dan kalau dia marah katakan Allah yang baling dan ujian bagi ustaz yang sedang melaksanakan dakwah songsang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sizzly

      Bila dah masuk dalam tong shit, tentu semua jadi busuk. Hanya kerana sedikit upah duniawi, surah, hadis dan entah apa lagi digunakan untuk menutup bau shit.

      Terima kasih bangla, indon, myanmar dan cambodia, pengundi pos dan pengundi awal!

      Delete
  2. Salam.

    Arghh.. ada ulamka ILMU pun bukan nak nasihatkan@tegah perkara, isu menyusahkan rakyat terbanyak ni daripada berlaku. Demer pulak sama naik adjas @ menjustifikasikan tindakan undoings pemimpin lantik minoriti rakyat tu.

    Wot a shame! It's the beginning of The End of the world. Period!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Inilah zaman ketidakadilan dan maksiat dilakukan secara terancang di hadapan para ulama yang bisu. Inilah zaman suburnya golongan yang pandai bercakap dan memutarbelitkan kenyataan. Inilah zaman syaitan yang dikenali yang begitu halus pertuturannya, memikat dan menyesatkan ummah, sedangkan di dalam tubuh tiada hati kecuali seketul daging yang busuk.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.