Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 7 September 2013

BILA SYARIKAT BESAR PERLEKEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

SIAPA KATA KALAU BERHIJAB JADI TAK CUN?

Satu hari Yong pergi ke hotel untuk jumpa kawan dari Jepun. Ini hotel yang hebat jugak. Ketika sedang menunggu di lobi, seorang gadis menegur Yong. Macam kenal tapi di mana?

GADIS: Saya Mas Ayu, student Dr, tahun XXXX
YONG: Mas Ayu? (Tentu Yong ingat Mas Ayu. Bukan sebab dia pandai. Tapi sebab namanya).
GADIS: Saya ambik paper "Environmental Management"
YONG: Ya, saya ingat. Bukankah awak dulu pakai hijab?
GADIS: Oh, bos tak benarkan saya berhijab.
YONG: Bos awak tu Mat Salleh ker?
GADIS: Bukan...Melayu.
YONG: (Kalau dah Melayu tu Islamlah) Astaghfirullah! Kenapa begitu?
GADIS: Ini international hotel. Polisinya begitu.

Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3. Agama bagi Persekutuan

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dan Perkara 11. Kebebasan Beragama

Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Baca detail di website berikut:




Firman Allah SWT bermaksud: "Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir" (Surah an-Nur ayat 31).

Tidakkah pemimpin-pemimpin ini berasa malu kerana, bukan sahaja demer engkar kepada Perlembagaan Persekutuan yang demer kata telah mendaulatkannya; TETAPI engkar kepada Perintah Allah yang demer kata sedang mempertahankan kalimahNya.

BOS UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SUKANYA DIA

Banyak lagi syarikat (dari berbagai sektor) yang menafikan hak umat Islam mengamalkan kewajiban agamanya. Pemimpin Malaysia takkan tak tahu?

Berani demer kata rakyat Malaysia memilih pekerjaan? Cis!

SYARIKAT MILIK KRONI BN
SYARIKAT MILIK RAKYAT MALAYSIA

ENDLESS POSSIBILITIES

13 comments:

  1. Nampaknya kebebasan beragama bagi orang Islam hanya terdapat di negara2 Barat yang diperintah oleh orang2 kafir. Lihat saja video2 saudara2 baru islam di Eropah dan Amerika di Youtube. Mereka tidak didiskriminasi oleh majikan kerana berhijab.Tidak malukah kerajaan melaung2kan negara ini kununnya negara Islam???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam XUMNO

      Umat Islam yang terus mengundi BN untuk berkuasa ikut sama berdosa kerana memberi mandat kepada demer bag menghina Islam.

      Kerajaan di bawah kuasa BN memang tak tau malu.

      Delete
  2. Salam kak yong.

    That's irony. Kalau demer dah sanggup jadi jaguh kalimah "Allah" apa tak demer mahu Islam, beriman secara total?

    Demer cakap tak sanggup orang lain guna "Allah" dalam ajaran agama lain TAPI sampai hati halang orang kita sendiri yang berusaha berpegang kepada amalan ajaran & tuntutan Islam sebagai pegangan hidup, dalam pendidikan, sosial, kerjaya, ekonomi, dll !

    Kite pun sanggup orang lain perlekeh & salahguna kalimah "Allah" seperti penggunaan dalam terjemahan Bible & whatnots. TAPI .. kite semua yang dah ngaku "Beriman kepada Allah" kena le cube usaha melakukan segala ajaran Islam & meninggalkan segala larangan-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Iman diorang itu duit. Senjata diorang lidah yang kuat menipu. Yang lain just fall into place.

      Pertahan kalimah Allah hanya retorik. Allah Maha mengetahui. Sebab itu kita dikenakan bala mempunyai pemimpin yang bodoh. Entah bila rakyat Islam Malaysia akan sedar?

      Delete
  3. Tanpa 'greenlight' dari kerajaan, syarikat Internasional tak mungkin berani menetapkan polisi yang mendikriminasikan kewajipan beragama,terutama penganut Islam!Orang-orang agama atau ustaz Jakim hanya ditugaskan memantau halal haram makanan dan penyediaan makanan tetapi tidak dibenarkan memantau dan mengeluarkan sijil halal haram dalam berpakaian dan mempamerkan aurat oleh pekerja Islam dihotel! Ustaz dan ulamak termasuk Mufti di Malaysia ni banyak yang jenis 'takde telo'! Kalau ada yang berani pun sekadar menentang dalam hati(selemah-lemah iman) takut tak dapat cari makan. Mana perginya pejuang agama dan melayu seperti Perkasam,PPIM,Jati? Satu lagi ialah....apa peranan dan tindakan PAS dalam membela hak orang Islam dalam industri hotel nih?......(oh ya, jangan bagi Din ayam atau ustaz UG main peranan, nanti hukum halal dan haram dedah aurat dan berpakaian jadi bercampurgaul dan berpadu hukumnya menjadi HALAM pulak!)Hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sizzly

      Bab kerja hotel ni, itu baru pekerja bertaraf pengurusan. Belum lagi yang bertaraf pelayan yang terpaksa menghidang arak. Misalnya dalam kapal terbang MAS.

      Heran sungguh. Kita kata Arab Saudi jahat sebab tolong Al-Sisi. Tapi dalam kapal terbangnya takde hidangan arak. Begtu juga Kuwait dan Brunei.

      Malunya Malaysia.

      Delete
  4. bagai jarum jarum gerakkan pemusnah sudah menusuk di dalam kapilari darah, tinggal kena enjet saja isi picagari sedikit demi sedikit, dan tubuh kini cuma bergantung pada antibodi. Moga kita dapat bertahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam eidri

      Bagaimana syarikat beasar boleh buat polisi yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

      Ada yang diketuai oleh orang Islam. Tapi masih perlelek hukum Islam.

      Delete
  5. Tak usahlah sibok menilai orang! Islam tak suruh! Kalau seorang Muslim itu tetap menturuti rukan Islam 5 perkara tu pun sudah menjadi petanda perbuatan yang baik! Kalau sibok memperkata tentang tutup aurat kenapa tidak menegur kaedah menutup aurat yang semakin lama semakin sonsang ini! Bertudung litup, sehalai rambut tak nampak, tetapi, berbaju pendek berseluar ketat sampai nak terkeluar bahagian yang tak patut dilihat, bertudung litup, berbaju jarang, berseluar legging, berlengan pendek. Sudah tu bahasa dan adab tiada dijaga. Bila buka mulut, perkataan longkang semua keluar!, bertudung warna warni, sehelai rambut tak nampak, tetapi bila jumpa pacar, berpeluk, beramas-ramas macam tak ada hal! Apakah sebenar yang cuba ditutup oleh orang Melayu Islam? rambutnya sajakah? Atau apakah yang lebih afdhal? Ajarilah anak-anak perinsip menjadi orang Melayu Islam yang sebenar! bertudung, bukan hanya suka-suka, bukan setakat fesyen! Bila perinsip dan pemahaman sudah betul, maka perlakuan dan perbuatan dengan sendirinya akan berlandaskan pemahaman tersebut! Di Malaysia ni , orang perempuan Melayu Islam yang bertudung lebih memalukan diri sendiri! Malah lebih bersopan orang yang tidak bertudung, tetapi sederhana sangat dalam pemakaian dan tingkah laku dan adap sopan mereka! Scarves and hijab do not Islam make!! So stop judging others!

    ReplyDelete
  6. Janne Duncan - Scarves and hijab do not Islam make but ianya termaktub di dalam Al-Quran dan hadith yang perlu tanpa soal dilaksana. Yang kamu terlalu prejudis dengan org bertudung kenapa plak???

    ReplyDelete
  7. Saya tidak pernah sebut saya prejudis dengan orang yang bertudung, Akmam yang sebut. Saya cuma mengingatkan bahawa orang yang memilih untuk bertudung dan berhijab supaya mereka lebih bertanggung jawab kerana mereka kononnya memilih untuk memelihara imej dalam Islam. Saya sanjung semua orang yang berakal bicara baik, bertata susila, bersopan dan berbudi bahasa,jujur dan amanah samada mereka bertudung , berhijab atau tidak. Jika akal panjang sejengkal janganlah hendak cepat menghukum orang lain! Itulah penyakit short sighted orang Melayu Islam. Namun saya memohon maaf jika terkasar bahasa! Hanya Allah yang berhak mengadili!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jane dan Akmam

      Benar ada orang pakai tudung tapi macam telanjang. Ada orang tak pakai tudung tapi amat baik tingkah lakunya.

      Apapun, hukum memakai hijab itu wajib.

      Oleh itu Kerajaan wajib mengambil tindakan terhadap syarikat yang mendiskriminasi wanita Islam yang ingin menjalani hukum Islam yang wajib ini.


      Delete
    2. like many other Muslim Malays, alway failed to understand the crux of the matter. I feel sorry for you! Subhanallah. Salam.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.