Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 27 September 2013

PEMUDA PAS DAN BOLA SEPAK BERPISAH TIADA

Seakarang kalau kita google PAS dan bola sepak, tentu komer akan jumpa bebarapa hits.

Antaranya bertajuk:

MB Khalid gesa Pemuda PAS pilih bola sepak atau masjid.

Inilah kata-kata MB Selangor yang buat Pemuda PAS tak berapa suka.

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?

"Jadi kita kena buat pilihan," katanya kepada media tengah hari ini (Metro online).

Kita baru saja dikejutkan dengan episod SPRM "menyerbu" pejabat PAFA.

Presiden PAFA pula mendedahkan elaun pemain bolasepak Seladang itu, jauh lebih banyak dari pendapatan pensyarah UiTM skim part time-full time, yang bekerja sampai malam dan hujung minggu.

Kata Presiden PAFA, pemain dibayor antara RM6,000 hingga RM20,000 sebulan.

Berapa pulak pendapatan pemain bolasepak Selangor? 

Budak lelaki dalam gambor yang diapit pompuan-pompuan tu berapa Selangor bayor dia dulu? Berapa pulak Johor bayor? Kabornya sampai RM50,000 sebulan.

Tak cukup lagikah? 

TENTU PEMUDA PAS TAK GEMOR PERANGAI MACAM INI KAN?

Ingat! Dalam manifesto, PR akan mengamalkan Negara Berkebajikan. 

Tambah budget untuk bola sepak masuk dalam Negara Berkebajikan?

Jadi Yong minta, walaupun pemuda PAS dan bola sepak berpisah tiada, jangan le gaduh dengan MB Selangor.

Mungkin MB Selangor kurang "tactful" apabila ditanya. Tapi, jawapannya munasabah kerana menambah budget pada bola sepak tidak akan menjanjikan kemenangan untuk Selangor.

Mungkin lebih baik jika Pemuda PAS buat program untuk tarbiyah budak-budak pemain bola sepak ni.  Contohnya, jangan le biadap dengan orang tua macam kes Mat Yo.

AKIBAT SOMBONG

Jadikan bola sepak dan masjid berpisah tiada.

7 comments:

  1. Salam...maka silalah fikir fikir...SIAPA alim ulama???...Yang suka MASJID atau yang SEWELkan BOLA..tak kira lah dari parti politik MANA pun...jangan ingat pakai SERBAN JUBAH dari parti berjenama ISLAM...maka boleh suka suka...macam ORANG parti lain..jugak..pada saya...BOLA nih BUANG masa tenaga fikiran...untuk ISLAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alparok

      Islam kan mengamalkan wasatiyyah...Jadi bola sepak pun kena le wasatiyyah jugak. Tak payah lebih-lebih. Nanti jadi judi jer

      Delete
  2. Mujur pemuda PAS tak keluarkan Hadis dgn Nas. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Payah nak kuor hadis. Yong tak jumpa kisah Rasulullah (SAW) main bolasepak. Naik kuda, memanah dan main pedang ada...

      Delete
  3. yong wehl

    miker ni pukui kelilin ni. ka ka ka kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Libang Libu

      Sayang anak tangan-tangankan. Gitu ler.. Yong pukui sebab sayang...

      Delete
  4. Salam kak yong.

    Pemuda PAS S'ngor atau sapa pun nak urus (baca: menyibuk) hal bolasepak FA S'ngor kena le ada cadangan proposal yang lebih efisien & bernas. Jangan le deme asyik minta lebihkan peruntukan $ukan tu. Duit dibagi tu boleh jadi dibelanje konar ke lain.. tu seleweng dah tu. Tu dah bia$e dibuat UmNo. Kan ke tu budaya UmNo mengurus apa saje pertubuhan, koperasi, GLC, NGO selame hari ni? Pasni apa plak? Tentunya deme jugak akan berebut jawatan FA S'ngor kan? Just leave that to pros, shall we!

    Jadi elok le, PAS cadangkan buat sesuatu bagi mengIslamisasikan budaya sukan bolasepak ni di akar umbi, di kampung-2, pinggir bandar supaya jelas kepada belia & masyarakat S'ngor khasnya apa yang Islam gariskan dalam bersukan. Always there is room to educate people.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.