Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 15 January 2016

SENGAJA SALAH TAFSIR HADIS UNTUK HALANG AHLI MENINGGALKAN PARTI?

Ingat lagi Che Ibrahim Mohamed yang menang saman dengan Nik Amar tak berapa lama dulu? Yang tak tahu boleh baca kisahnya di Malaysiakini. Bagi yang tak tahu, Che Ibrahim Mohamed ini ustaz juga. Dulu dia kadi sebelum menjadi pengasas KIAS. 

Berikut catatan Facebooknya mengenai tindakan PAS terhadap ahlinya yang tidak walak kepada Presiden PAS:

TIGA HADIS YG SERING DIKESAN TELAH DISALAH TAFSIR OLEH PIHAK PAS UNTUK MENGHALANG AHLI MENINGGALKAN PARTI

1.Hadis 

من اتاكم وامركم جميع على رجل واحد، يريد ان يشق عصاكم او تفرق جماعتكم فاقتلوه - رواه مسلم

(Sesiapa di kalangan kamu, sedangkan kamu telah sepakat urusan kamu atas seorang lelaki (yakni melantik sebagai khalifah), dia ingin mematahkan tongkat kamu, atau menghancurkan jamaah kamu, maka bunuh lah dia).

Hadis ini diletak oleh ulama hadis dalam bab Imamah dan Khilafah, iaitu perihal bila dilantik dua orang khalifah dalam satu masa, maka perlantikan yang kedua hendaklah dibatalkan/diperangi.

2. Hadis 

من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام

(Sesiapa yang keluar jamaah islam walaupun sejengkal maka dia telah melucutkan ikatan islam daripada tengkoknya.)

Hadis ini adalah merujuk kepada sesiapa yang keluar daripada jamaah umat islam dalam sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dengan menentang ajaran dan hukum islam yang sedang dilaksanakan dalam negara tersebut, maka terbatallah aqidahnya

3. Hadis

من فارق الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية

(Sesiapa yang keluar dari jamaah orang Islam, kemudian dia mati, maka matinya seperti mati jahiliah)

Ibn Hajar al asqalani ketika mentafsirkan hadis ini mengatakan maksudnya sesiapa yang tidak berada atau tunduk kepada sebuah kerajaan Islam, sekiranya dia mati, matinya seperti mati ummat di zaman jahiliah yang tidak ada kerajaan, hidup terasing sendiri2 seperti nomad, tidak ada kerajaan, hidup ikut kelompok masing2.

Pas tidak boleh dianggap sebagai "Jamaah Orang Islam" kerana:

1. Ianya tidak mewakili atau dianggotai oleh keseluruhan ummat Islam.

2. Keahliannya sendiri bebas dan terbuka, boleh masuk dan boleh keluar serta boleh dipecat bila2 masa.

3. Pas tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yang keluar daripada jamaahnya, nak jatuh hukuman bunuh kerana murtad guana?

4. Jika keluar Pas dianggap murtad/haram, maka tak masuk Pas pun murtad/haram, adakah Pas merasakan keluar sahaja yang tidak dibolehkan mengikut hukum syarak, tetapi tak masuk Pas seperti dok dalam umno diharuskan?

Parti hanyalah alat kepada perjuangan, kita wajib berjuang menegakkan Islam, namun uslub dan kaedah yang nak digunakan adalah tertakluk kepada maslahah dan persekitaran semasa, bukannya tetap kepada satu alat sahaja sepanjang masa.

Perjuangan menegakkan Islam diwajjbkan secara nas, namun bagaimana cara nak berjuang Islam adalah perkara ijtihadi, tertakluk kepada maslahat dan kesesuaian semasa.

Che Ibrahim Mohamed
Naib Pengerusi 2
Amanah Kelantan

********************

Mustahil pemimpin PAS tak tahu tafsiran sebenar hadis-hadis tersebut. Kalau demer tak tahu, maknanya demer bukanlah "Ulama Pewaris Nabi." Kalau demer tahu tetapi sengaja membuat tafsiran yang salah, maknanya apa ya?

Berikut Yong sertakan petikan diciluk dari Greenboc:




Berikut pula kenyataan pemimpin PKR yang PAS hanya mahu bertahaluf di Selangor dan Kelantan tetapi dibelasah keliling:


Dan ini adalah contoh posting pemimpin PAS yang sengaja enggan menyebut nama Parti Amanah Negara dengan betul - siap disertai dengan fitnah Parti Amanah Negara "diremote oleh tangan2 yang kotor."

Beginikah akhlak seorang pemimpin Islam?


Siapa yang nak U-turn dari Amanah, silakan. Kitapun tak sior orang yang tiada pendirian.


12 comments:

  1. Kelebihan manusia berbanding makhluk2 lain adalah akal. Rugilah sekirannya kita tidak menggunakan akal yang Allah kurniakan kepada kita.Aoa yang ditulis Che Ibrahim Mohamad melambangkan ketajaman pemikiran orang berpendidikan agama. Orang macam ni tak ramai didunia ini itu sebab Islam dianggap buruk dari kacamata orang di luar Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diantara Ustaz Mokhtar dan Ustaz Che Ibrahim, siapakah yang lebih sempurna dalil dan hujahnya? Siapakah yang mampu membahaskan isu dengan hujah yang bernas dan dengan logik yang dapat diterima oleh akal yang sihat. Jelas sekali antara keduanya, siapakah yang berada dijalan yang benar dan siapa yang berada dalam kedudukan yang cuba menyebarkan kekeliruan.

      Akal yang sihat akan dapat mengenal pasti siapa diantara mereka yang benar dan yang salah. Cuma manusia2 jahil dan berhasad sahaja yang tak mampu untuk menilai. Tidak hairan mengapa PAS begitu memusuhi Amanah melebhi UMNO. Ianyanya tidak lain dan tidak bukan kerana ketakutan dan kegerunan. Kebatilan akan cuba melenyapkan cahaya kebenaran, maka fitnah, cacian dan tipu daya adalah senjata pendokong kebatilan. Maka antara PAS dan Amanah, siapakah yang sinonim dengan fitnah, caci maki dan penipuan?

      Nick.
      Cape Tiger.

      Delete
    2. Sdr Nick,

      Mana boleh samakan bekas pejuang Al Maunah yang sesat dengan bekas Kadhi yang disingkirkan secara kotor tetapi akhirnya menang saman ke atas manusia bebal. Kalau dalam agama Hindu sekalipun ianya ibarat membandingkan antara Pariah (Mokhtar Arsenik) dengan Brahmin (Ustaz Che Ibrahim) kah kah kah.... Orang bodoh bebal dan mudah tersesat akidah macam Mokhtar Arsenik sebenarnya tak layak pun berhujah atau mengeluarkan kata nasihat. Seolah-olah biawak lidah bercabang yang menasihati anak supaya tidak memakan bangkai!

      Delete
    3. Kahkahkah..
      Moktar senik mana bleh sesat..
      Mimpi jumpa sahabat bepuluh kali..
      Ke mimpi jumpa jin ifrit?
      Kes dia bawa lari anak dara org dah selesai?

      Delete
    4. Dah namapun mokhtar snake... perangai pun mcm ular ..cakap berbelit belit dan lidah pun bercabang dua.

      Delete
  2. Kalau hang kata PAS salah tqfsir...apa takut lagi...melompatlah ke PAN Imayam...apa nak ditunggu lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nas yg menghalalkan hadi buat tuduhan keatas calon pkr dgn pil kuda?

      apa nas yg menghalalkan hadi menipu konon ug dah tutup tp masih bangkit isu di singapura?

      apa nas yg menghalalkan hadi ponteng sidang parlimen?

      apa nas yg menghalalkan hadi menyokong najib yg jelas zalim?

      apa nas yg menghalalkan hadi utk mencalon ku li sbg perdana menteri slps setuju sdr anwar utk jwtn itu?

      apa nas yg menghalalkan hadi menghina kak wan?

      apa sudah jadi dgn surat2 YB Husam kpd pas? dah jadi umno ke? kejahatan pemimpin dibiarkan, org yg melapor dihukum?

      inilah pdh org2 spt kamu yg taat pemimpin zalim.

      ”Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami ta`at kepada Allah dan ta`at kepada Rasul". Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta`ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami. Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar". (QS. Al-Ahzab [33] : 66-68)

      dineraka nanti org2 spt kamu akan mengutuk pemimpin2 kamu sendiri.

      Delete
    2. Nah haihh...sapa takut cik ooiii...dah ramai dah penyokong lompat tinggai bahtera PAS yang hampir tenggelam tu hang tau dak...ka hang dok lalok tertelan pil kuda lagi...

      Delete
    3. Komen terbaik dr sdr arnab jingga..

      Hadi marang juga kaki bohong.
      beliau ada berkata dia mempunyai surat dari alqardawi yg mengaharamkan parti amanah?
      Yang mana sampai ketika ini, hadi marang tak berani tunjuk surat pengaharaman parti amanah(aku percaya tak ada),dan tak berani jawab soalan pasal pengharam itu bila ditanya.
      Org mcm hadi marang pun ada gak yg taksub lg..

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.