KES TIDAK TAHU MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI, SEBAB BOGEL
Bagai sudah tiada akhlak lagi dalam kaedah mencapai matlamat untuk berkuasa. Terkam dari belakang. Tikam dari belakang. Apa-apa saja dilakukan untuk membunuh musuh asalkan musuh tak dapat untuk mempertahankan dirinya.
PEMIMPIN VETERAN
Semua ini pastinya memberi kejutan kepada veteran di dalam PAS. Tetapi ia bukan kejutan yang menggembirakan.
NO. Not a pleasant surprise. Certainly a nasty one.
"Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS.
"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider.
Mohamad berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin PAS bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.
Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.
Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan.
Katanya, ia menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari dan tidak dizinkan walaupun tidak dilembagakan.
Tetapi kini, katanya, ia sudah menjadi trend baru di kalangan ahli PAS.
"Saya sendiri sebagai ahli veteran kadang-kadang terpinga-pinga melihat perkembangan terbaru dalam parti ini," katanya. (Sumber: TMI).
Tidak salah menggunakan media sosial untuk meningkatkan prestasi parti politik. Semua buat macam itu. Parti yang tidak menggunakan media sosial tentu akan pupus.
Tetapi membuat fitnah itu salah.
Melabelkan seseorang tanpa bukti itu pula adalah fitnah.
Macam fitnah ke atas Mat Sabu dan beberapa ahli yang tidak bersetuju dengan individu tertentu dalam PAS.
Contohnya "Syiah" dan "Liberal."
Lawan "Liberal" adalah "Konservatif." Jangan buat bodoh.
Maka, adakah segelintir pemimpin PAS yang menggelar orang Liberal ini mahu melihat parti itu konservatif? Sedangkan konservatisme itu juga satu "ism" seperti juga kommunisme, sosialisme atau apa-apa jer termasuk nasionalisme.
Adakah salah jika kita ingin membebaskan PAS dari cengkaman konservatisme yang reaksioner dan regresif itu, sehingga kita digelar liberal?
Tak tahukah konservatif itu ciri nasionalis sempit = UMNO?
ISTERI PEMIMPIN LIBERAL DAN KONSERVATIF
Tak mahu dengar cakap Yong takpe, tapi dengarlah apa kata Tuan Guru Nik Aziz, seorang ulama dan juga veteran dalam PAS:
BACA DENGAN TELINGA DAN HATI YANG TERBUKA APA YANG TERSIRAT DENGAN KENYATAAN TUAN GURU INI (MALAYSIA CHRONICLE)
Berdasarkan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tidak wujud kelompok ulama atau professional dalam PAS.
Justeru, tidak wujud, golongan pengamal media sosial bukan pro-ulama. Yang wujud hanyalah pengamal media sosial anti pemimpin tertentu yang dianggap akan menggugat kedudukan ustaz-ustaz yang penglibatan dalam PAS tidak setanding Mat Sabu, Dr Dzulkifli, Hanipa Maidin atau Khalid Samad (sama ada dari segi komitmen atau usia perjuangannya dalam parti).
Justeru, tidak wujud, golongan pengamal media sosial bukan pro-ulama. Yang wujud hanyalah pengamal media sosial anti pemimpin tertentu yang dianggap akan menggugat kedudukan ustaz-ustaz yang penglibatan dalam PAS tidak setanding Mat Sabu, Dr Dzulkifli, Hanipa Maidin atau Khalid Samad (sama ada dari segi komitmen atau usia perjuangannya dalam parti).
MASIHKAH KAU INGAT? |
PAS FOR ALL
yong aku nak habaq kat ni,org2 yg mengaku sunnah ni kebanyakannya lebih2 sunna nya,kawan nga nasrani takpe,kawan ngan yahudi takpe,kawan ngan hin du,buddha,majusi,anemisma takpe...tapi klu n gan syiah...habis le hang...silap2 hang boleh kedalam di buatnya,hang akan dituduh melawan mufti2 maka ngan itu hang termasuk melawan raja2 le..hang tau2 le klu lawan raja ....wakakaka nasib hang le.
ReplyDeleteSalam Cikmatgelap
ReplyDeleteSebab tu tak boleh kawan dengan Karpal Singh kot. Agama dia tupun asalnya Islam jugak - Guru Nanak tu...