Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 29 October 2013

GEMPAR!: BILANGAN AHLI UMNO BAKAL MENINGKAT DENGAN MENDADAK?

NAJIB MINUM AYOR TEH O TANPA GULA

Tak tau le yang bakal lahir ini anak haram atau anak halal. Tapi PM dah bagi klu pada budak-budak dan yang tak berapa budak kalau nak seks bagus, jangan ambik gula.

Bukan hanya ekonomi tidak terjejas kerana tak makan gula, barang pun boleh jadi hebat.

Huh! Ini macam boleh bankrap syarikat yang jual pil viagra dan pil kuda. 

Ada baiknya juga. Takde le geng gila jawatan mengadu lagi pada Presiden PAS si polan ini jual pil kuda, si polan itu jual pil kuda...Takde le budak beringuih teghoyak dekat pilihanraya sebab terasa diri dituduh jual pil kuda...Alahai...

Habih le modal ameno nak pecah-belahkan PR...Hahaha...

TAK MAMPU TEH, MINUM AYOR KOSONG JER (SUMBER)

Mudah sangat bagi budak-budak. Minum ayor sejuk jer...the rest is history.

Anak-anak demer hasil dari teori PM bolehle masuk ameno, sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih.

Wow! Bertambah ramai ahli ameno. Besar peluang untuk memerintah sampai kiamat! Kakahkah!

INI WASATIYYAH GULA KA?

ENDLESS POSSIBILITIES!

Berikut beberapa link yang boleh dirujuk tentang pengambilan gula:




4 comments:

  1. salam kak yong.

    saje le tu PM kita cakap ghope tu .. saje dia nak buat lawak kot? Atau memang dia cakap sebab dia based on his personal experience + maka dia yakin those sweet food had caused his libido performance? haha..that's something...dia perli Bini dia sendiri ker ni? hehe..entah le.

    He should seek help from Urologist or Sexologist, then. Apa pun kena agak-agak, cakap pun jangan sebarang takut nampak "bodohnya"... bior kita bersederhana, even in diet, less sugar/ sweet food is much preferred. Melainkan dah memang sakit -e.g. diabetes.

    Alasan dia saja tu...untuk justifikasi ra$ionalisasi subsidi kepada orang terbanyak + tolong taikun gula + pemborong lain. Rakyat kena tolong kerajaan, jaga diet, takleh makan banyak gula, rasa beban kenaikan barangan.

    Deme boleh la cakap apa saja..coz words are easy/cheap..cer deme kat tempat orang biasa-biasa, baru deme tahu + paham kot.

    ReplyDelete
  2. Salam Hanz

    Mula-mula Yong tak percaya seorang PM akan cakap macam ini di hadapan rakyat jelata. Yong ingat cakap-cakap macam ini layak di kedai kopi sahaja.

    Apa nak buat, Malaysia ada PM yang dalam kepala otaknya ingat seks saja.

    Kenapa jam dan alat mekap jadi duty free?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni menunjukkan "He cares about us"?

      Sampai hal rumahtangga, libido rakyat pun dia concern...payah nak dapat PM macam ni, kak yong...hehe

      pasal jam? oh, supaya rakyat boleh belajar menghargai masa, be punctual sentiasa on time, nomore late to work, meeting? hehe

      teman ingat le, supaya rakyat boleh tolong kerajaan semasa memperkasa ekonomi negara dengan selalu-selalu membeli-belah sebanyak mungkin jam di pasaran terutama di Kedai 1Malaysia. Ada jam jenama "1Malaysia" kot pasni?

      Alat makeup tentunya supaya ramai wanita kita sentiasa nampak ever-ready, cantik pandai bergaya, berkeyakinan tinggi biarpun tak tinggi mana in height... seperti our lovely 1st Lady, bini PM kita le, kan kan? hehe.. gurau je.

      Delete
    2. Salam Hanz

      Alat mekap dan parfum lelaki dan perempuan pakai juga. Pasarannya juga bagus. Begitu juga assessori macam tie dan bag tangan berjenama. Kalau impot kenakan cukai. Jangan jadi bodoh naikkan harga barangan yang orang miskin perlu seperti makanan. Sedangkan kita tahu yang mengundi UMNO kebanyakannya miskin di luar bandar. Inikah habuan untuk demer setelah mengundi BN?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.